"Assalamualaikum, Danial." pintu bilik mereka dikuak oleh Aisyah. "Aik? Tak ada? Mana mamat ni menghilang?"
"Haa! Cari siapa?"
Aisyah terus berpusing ke belakang untuk melihat gerangan manusia yang menyergahnya macam tu. "Danial." akibat jarak mereka yang terlalu dekat, Aisyah berundur beberapa tapak.
"Baru balik ke?"
"Kau ada nampak macam aku baru nak pergi kerja ke?" Aisyah menjeling Danial. Cubalah tanya soalan algebra ke? Pasal sistem saraf manusia ke? Tak relevan langsung soalan.
Danial tersengih. "Jomlah makan. Aku dah masak."
"Kau masak apa hari ini?" riak teruja terpancar di wajah Aisyah. Memang jika dia kerja siang, Danial yang akan masak untuk makan malam mereka dan yang menarik, masakan Danial lebih sedap berbanding masakan Aisyah.
"Kau nak makan apa?"
"Tadi kata dah masak, lepas itu tanya aku nak makan apa. Apa dia ni?" Aisyah mengerut dahinya.
"Lah! Mana tahu kau nak makan aku?" Danial menjongket-jongketkan keningnya.
"DOUBLE MEANING!" Aisyah menarik rambut Danial.
"Kepala otak dia yang kotor."
"Aku juga yang salah?" jari telunjuk Aisyah diarahkan kepada dirinya sambil berjalan ke meja makan.
"Dah tu? Takkan nak salahkan dinding?"
Selesai makan, mereka naik ke bilik mereka masuk ke bilik mereka. Aisyah membersihkan dirinya manakala Danial pula baring di atas katil mereka.
~
"Danial. Kau tak ada plan nak pindah ke?" tanya Aisyah."Belum lagi. Kenapa? Kau kena pindah ke?" Danial memandang isterinya itu.
"Taklah. Tanya je."
"Aisyah~" panggil Danial dalam nada menggoda.
"Apa?"
"Jangan rosakkan mood romantik aku boleh tak?" wajah Danial berubah tegang.
Aisyah ketawa. "Ya, cik abang saya. Kenapa macam ulat bulu naik daun malam ni?" kata Aisyah lembut.
Danial tersengih. "Nak baby. Twins. Triplets ke?"
Aisyah terkedu. Haa sudah! Dah cakap Danial ni kadang-kadang merisaukan. "Period." Aisyah memberi alasan. Kenapa jujur sangat Danial ni?!
"Tak nampak pun kau usung pad masuk toilet tadi?" Danial mencebik. NAK ANAK!
"Lah. Takkan benda tu pun aku nak tayang?"
Danial berdecit. Dia mencebik. "Menipu pun agak-agaklah. Ikut tarikh, sepatutnya minggu depan kau period. Lepas itu, bila kau period, senggugut kau teruk. Jadi, kehadiran saya di sini adalah untuk menghentikan senggugut awak untuk jangka masa sembilan bulan."
"Yang kau kira kenapa?!"
"Suami mithali." Danial membuat gaya pistol pada tangannya lalu diletakkan di bawah dagunya.
"Tak nak!"
"Nanti kau yang berdosa. Haa!"
"Danial! When I said no, means no." Aisyah berkata tegas.
"Apa siot?! Tak payahlah nak marah-marah! Alicia dengan Arif tu dah nak jadi parents dah pun." dahi Danial berkerut. Tak suka apabila Aisyah berkeras dengannya.
"Itu diorang. Bukan kita. It's normal for them to make love because they're literally in love. But us?"
"So, you wanna say that you're not love me, right?" Danial memandang Aisyah tajam.
Aisyah yang mendengar ayat yang dituturkan oleh Danial hanya mampu menggigit bibir. Dia baru sedar dia bercakap mengikut perasaannya, bukan ikut akalnya.
Suasana menjadi sunyi.
"No answer?" tanya Danial.
Aisyah menunduk. Tak mampu pandang wajah tegang Danial kali ini.
"Fine. Sleep well, Aisyah." Danial keluar dari bilik tersebut.
Bagai direntap hatinya apabila Danial hanya memanggil namanya dihujung ayat. Selalunya, jika Danial berkata-kata dalam bahasa inggeris, Danial akan menggelarkan diri Aisyah sebagai sweetheart.
"Da-" Aisyah bangun mahu mengejar Danial tapi baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari bilik itu, kedengaran pintu bilik sebelah dihempas oleh Danial.
Aisyah mengeluh. Dia tahu itu salah dia. Bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain. Huh! Aisyah kembali ke katil mereka.
Kepalanya mula memikirkan perkara yang tidak logik. Macam mana kalau Danial cari perempuan lain? Kalau Mastura tahu keadaan mereka sekarang ni, mesti dia akan ambil peluang ini untuk goda Danial. Argh! Serabut! Nak nangis!
Aisyah baring. Telefon dicapai lalu nombor telefon Rania didail. Dia ingin menelefon Rania, tapi Rania tak menjawab. Sibuk mungkin?
Aisyah mengeluh. Siling bilik itu dipandang kosong. Nak tidur, tak boleh. Bantal peluk tiada. Dia menjerit kecil. "You're really stupid, Aisyah!"
~
"Betullah apa aku cakap. Takkan nak suruh umi dengan ibu minta dulu? Lagi malu nanti." omel Danial seorang diri.Sedang dia mengomel seorang diri di dalam bilik itu, dia terdengar derapan tapak kaki di luar biliknya. Cepat dia menyelimutkan tubuhnya apabila pintu bilik itu diketuk. Pura-pura tidur. Dia tahu itu Aisyah. Tak boleh tidurlah tu.
Pintu bilik dikuak dari luar. Benar sangkaannya. Aisyah yang mencarinya.
"Danial." Aisyah menyeru namanya.
Danial tidak memberi respon kepada panggilan Aisyah.
"Tak macho langsunglah mamat ni pun!" Aisyah mengomel perlahan tapi Danial sempat tangkap setiap bait omelan Aisyah.
"Tak reti pujuk ke? Ada ke patut dia kutuk aku?!" dengus hati Danial.
Aisyah mendekati Danial. Dia tahu Danial belum tidur. Biasalah, suami dia tu gedik orangnya.
"Aku- Aku tak ready lagilah. Janganlah merajuk." lengan Danial disentuh.
Danial mengubah posisi tidurnya. Dia membelakangi Aisyah. "Nak suruh parents kita minta dulu baru nak ready ke?"
"Bukan macam tu maksud aku. Situasi kita tak-" kata-kata Aisyah terus dipotong.
"You always give a reason!" Danial berkata keras. Nada suaranya sedaya upaya dikawal supaya tidak naik seoktaf.
"Aku minta maaflah, Danial." lengan Danial digoncang.
"Pergi tidur."
"Tidurlah dengan aku." Aisyah merengek. Mana tahu hati Danial boleh jadi lembut.
"Tak nak!"
Aisyah berdecit. "Merajuk lebih-lebih siapa nak layan? Sudahlah. Kau tidurlah dulu. Tenangkan fikiran kau. But it doesn't mean kau boleh layan perempuan lain. You're only mine, Danial Raviel." ayat terakhir diucap tegas sebelum keluar dari bilik itu.
Danial mencelik. Benarkah apa yang didengari olehnya?
~
Muka Aisyah disembamkan pada bantal. Mahu jerit, sudah malam. Nanti mengganggu jiran yang mahu tidur. Tak pasal-pasal kena marah nanti.Setelah lama menyembamkan mukanya pada bantal, dia kembali baring terlentang. Matanya merenung siling putih di dalam bilik itu. Dia tak habis-habis menyalahkan dirinya sehingga matanya mula mengeluarkan air mata.
Aisyah cuba menenangkan dirinya. Dia tak boleh nangis, nanti dadanya sesak dan sakit akibat menahan esakan. Kepalanya juga akan pening nanti.
Aisyah kalah. Dia tak mampu menenangkan dirinya. Akhirnya, air matanya jatuh membasahi mukanya. Dia bangun dari baringannya lalu memeluk kakinya. Mukanya disembamkan pada lututnya. Tanpa sedar, dia tertidur dalam keadaan begitu. Itupun sebab kepalanya sudah mulai sakit. Jika tidak, mungkin dia akan berjaga sepanjang malam.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...