Jam 0300, semua agensi keselamatan berkumpul di dataran Putrajaya itu. Danial mencari kelibat Aisyah tetapi tidak jumpa kerana isterinya terlibat dengan demonstrasi di bangunan tinggi.
"Tuan." seorang prebet menghampirinya.
Danial menoleh.
Prebet itu menghulurkan roti dan air mineral.
"Dari isteri tuan. Dan, dia ada bagi nota juga untuk tuan." nota kecil dikeluarkan dari poket seluarnya dan diberikan kepada Danial.
"Terima kasih." ucap Danial setelah mengambil nota tersebut.
"Sama-sama, tuan."
Prebet itu pergi meninggalkan Danial. Nota daripada Aisyah dibuka dan dibaca.
Makan - Aisyah
Erk. Rasanya tak payah tulis pun takpa kot. Tahulah suaminya itu nak buat apa dengan roti dan air mineral itu.
Danial mengulum senyum di sebalik wajah yang dicalit warna hijau dan hitam apabila membaca nota itu walaupun hanya sepatah perkataan. Sekurang-kurangnya isterinya masih mengambil berat tentangnya. Roti itu dibuka dan dimakan.
Perbarisan Hari Kemerdekaan itu bermula. Danial sudah bersedia di atas pesawat untuk melakukan demonstrasi payung terjun. Setelah mendapat arahan untuk mereka terjum daripada helikopter, Danial dan rakan seperjuangannya yang lain mula melompat dari helikopter itu.
Sementara di atap bangunan yang tinggi, Aisyah sedang membetulkan tali pada pinggangnya untuk demonstrasi turun bangunan menggunakan tali.
Aisyah mendongak melihat langit. Anggota tentera yang berterbangan di udara dipandang dengan hati yang berdebar. Otaknya mula berfikir bagaimana jika payung terjun itu gagal berfungsi. Bagaimana dengan payung terjun Danial tidak berfungsi.
Danial tiba di bawah dalam keadaan selamat. Tabik hormat diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong sebelum meninggalkan tempat itu bersama payung terjunnya.
Tiba giliran Aisyah melakukan demonstrasi turun bangunan. Tali yang sudah dipasang pada pinggangnya dilibas untuk memastikan tali itu tidak terbelit. Aisyah menterbalikkan tubuhnya supaya menghadap ke bawah membuatkan para penonton bersorak kerana terkejut. Aisyah turun dengan laju tanpa rasa gugup.
Sempat Danial menoleh ke arah bangunan itu. Dia tahu itu Aisyah kerana Alicia memberitahunya bagawa Aisyah terlibat dengan demonstrasi pasukan HRRT.
~
Danial dan anggotanya yang lain mengemas barang-barang mereka. Danial duduk sambil mengemas kembali payung terjunnya. Matanya dapat menangkap bayangan seseorang sedang melihatnya di sebalik trak tentera yang tidak jauh dari mereka. Menyedari warna pakaian orang tersebut ialah warna celoreng bomba, dia hanya membiarkan sahaja dan tersenyum senget.Aisyah menghendap suaminya yang sedang mengemas barangannya di sebalik trak tentera itu. Dia mahu menghampiri Danial tetapi dia takut. Entah apa yang ditakutkan pun tidak tahu. Dari sebelum kahwin sehingga sudah mendapat Daniellea, Danial tidak pernah memarahinya dengan menaikkan suaranya, apatah lagi menaikkan tangan kepadanya. Tetapi dia, dia tahu itu bukan salah Danial. Selepas beberapa hari selepas kejadian itu barulah dia sedar. Inilah perempuan, marah dulu, fikir kemudian.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...