BAB 60

9.1K 400 5
                                    

Setahun kemudian.

Aisyah, Alicia dan Mastura sedang mundar-mandir di dalam bilik solekan yang ada di dewan itu. Mereka gelabah kerana mereka akan bersanding pada hari ini.

Pintu dibuka. "Ara. Kau dah boleh keluar. Rafiq dah tunggu nak naik pelamin." kata Elena.

Mastura menarik nafas dalam-dalam, kemudian keluar meninggalkan Aisyah dan Alicia di dalam bilik itu. Elena pula membetul dress yang dipakai oleh Mastura.

Aisyah dan Alicia memandang sesama sendiri. Mereka tidak perlu membetulkan pakaian mereka kerana hari ini mereka memakai baju nombor satu pegawai bomba.

"Korang berdua standby." pesan Elena.

Mereka mencebik.

"Okay! Korang boleh keluar sekarang!" sergah Elena tiba-tiba.

Terus tubuh mereka menjadi sejuk. Mereka menjenguk kepala mereka ke luar untuk melihat keadaan. Ramai! Dengan keluarga-keluarga yang keluarga mereka jemput dan pegawai-pegawai yang dijemput oleh suami mereka.

Aisyah dan Alicia berpandangan. Mereka menyatukan tangan mereka dan bergerak keluar menghampiri suami mereka.

Danial yang sedang membetulkan songkok di kepala Arif disentuh oleh Aisyah. Danial menoleh.

"Wait, sweetheart."

Songkok dikepala Arif dikemaskan. Setelah siap, dia beralih fokus kepada Aisyah. Kepala Aisyah diusap dan tangan Aisyah digenggam.

"Sejuk gila tangan, sayang!" Arif terkejut apabila tangan Alicia yang digenggam itu sejuk.

"Korang buat apa dekat dalam sampai sejuk tangan ni?" tanya Danial pula apabila mendapati tangan Aisyah juga turut sejuk.

"Nervous."

Arif dan Danial ketawa. "Jom.." mereka menghulurkan lengan mereka kepada isteri mereka.

Aisyah dan Alicia mencapai lengan mereka. Kini mereka berdiri berpasangan dan bersedia untuk berjalan naik ke pelamin yang berada di atas pentas.

Mereka berjalan naik ke pelamin dengan alunan muzik dari beg paip. Sampai sahaja di kaki tangga pentas, pasukan sword bearer berhenti dan saling berpandangan antara satu sama lain.

"Err.. Kenapa diorang angkat pedang tu? Nanti pengantin lalu bawah tu, kepala diorang kena potong ke?" tanya seorang kanak-kanak yang duduk berdekatan dengan laluan pengantin.

"Control your laugh, sweetheart." pesan Danial walaupun dia sendiri mahu menghamburkan tawanya.

"Can't, abang." Aisyah menggantikan tawanya dengan senyumannya.

Kini sudah tiba giliran mereka untuk berjalan di bawah pedang. Jari Aisyah menggenggam lengan Danial kuat apabila mereka memandang para tetamu yang hadir. Danial dan Arif mengangkat tabik hormat kepada komander pasukan sword bearer itu.

Selepas itu mereka menuju ke pelamin mereka.

~
"Puan Aisyah!" panggil seorang ahli pasukan Danial dan Arif teruja.

"Aisyah je? Alicia takde?" sambung Alicia pula.

"Puan Alicia pun lah. Hehehe.."

"Tak payah nak berpuan-puan sangatlah. Kitorang bukan pegawai kau."kata Aisyah.

"Nanti ajar kitorang macam mana kau baling pisau tu.."

"Lah! Kau ingat lagi ke?!" Aisyah terkejut.

"Come on! Tu memori yang tak boleh dilupakan you know?"

Mereka ketawa.

"Aku pun tak sangka member aku ni pandai buat macam tu. Ingat lembab sentiasa." balas Alicia.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now