"Alicia! Jom periksa alatan!" laung Aisyah.
"Ya! Jom!"
Mereka memeriksa peralatan di dalam jentera bomba itu. Ia sudah menjadi rutin mereka.
"Aisyah. Tu bukan jip tentera ke?" jari Alicia menunjuk ke arah sebuah kenderaan tentera yang berada di hadapan balai itu.
"Weyh! Entah-entah suami kita. Rindu weyh dah sebulan dia tinggalkan kita!" Aisyah teruja.
"Kan!"
Mereka melompat turun dari jentera lalu menghampiri kenderaan tentera tersebut dengan wajah gembira. Tapi malang, bukan Danial dan Arif di dalam kenderaan tersebut.
"Abang. Kakak."
Alea dan Aiman keluar dari kenderaan tersebut dengan muka sedih. Sedih mahu melihat dua orang wanita yang mereka sayang di hadapan mereka ini akan menangis dan meraung disebabkan berita yang mereka mahu sampaikan.
Alea memegang bahu Alicia manakala Aiman pula memeluk adiknya.
"Kenapa ni, abang?" tanya Aisyah. Abangnya akan memeluknya jika ada perkara yang menyedihkan.
Aiman melepaskan Aisyah. Sepucuk surat dihulurkan kepada mereka berdua.
"Surat apa ni?" Alicia pelik.
Mereka membuka sampul surat tersebut. Surat di dalamnya dibaca.
"Abang. Danial mana, bang?" mata Aisyah sudah mulai panas.
Woi, sayang!
Masa kau dapat surat ni, mungkin aku takde dengan kau. Kalau aku tak balik, betullah apa yang aku cakap sebelum aku pergi operasi ni. Aku sayang kau lebih dari diri aku. You should know that and please be glad you have a handsome husband.
Suami kesayangan kau.
"Abang! Danial dah balikkan?!" Aisyah mencengkam kolar baju Aiman.
"Tolonglah bagitahu kami apa jadi pada diorang." pinta Alicia. Air matanya sudah tak dapat di tahan.
"Mereka kena culik dengan Ray. Operasi kali ini dijalankan untuk menumpaskan Ray. Tapi mereka termasuk perangkap." terang Alea.
Alicia sudah terduduk mendengar penjelasan Alea.
"Jantan ni memang nak mampus awallah!" jerkah Aisyah. "Abang, Aisyah nak selamatkan diorang." Aisyah berkata dengan nada yang serius.
"Jangan nak buat lawaklah Aisyah!" marah Aiman.
"No! Kami nak selamatkan suami kami!" balas Alicia.
"Bolehlah abang. Train kitorang. Abang sanggup ke tengok Zafran jadi anak yatim?" rayu Aisyah.
"Who's Zafran?"
"Anak Alicia and Arif. Tolonglah, bang. Aisyah masih banyak dosa dengan Danial."
Alea dan Aiman berpandangan.
"Tak bagitahu pun." Alea mencebik.
"Kalau korang nak selamatkan diorang. Datang kem. Dekat sana abang dengan Kak Alea akan ajar macam mana nak fight dengan diorang." balas Aiman.
Aisyah dan Alicia mendongak.
"Abang! It's too dangerous for them!" bantah Alea. Gila ke nak bagi mereka berdua selamatkan suami mereka?!
"Tolonglah, kak." rayu Aisyah.
Alea memandang suaminya. Bukan dia tidak memahami adik-adiknya itu, tapi perkara yang mereka mahu lakukan itu terlalu berbahaya untuk mereka.
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...