"AISYAH CASSANDRA! JANGAN BUAT HAL!" jerit Danial di bawah tapi tidak diendahkan oleh Aisyah.
"Dik.." panggil Aisyah lembut kepada pelajar perempuan yang sedang duduk di hujung atap bangunan itu.
"Jangan dekat!" jerit pelajar itu.
"Akak nak teman awak jer.." Aisyah duduk di sebelah pelajar itu. Kakinya dibiar tergantung.
"Akak tak gayat ke?"
"Akak gayat? Sepatutnya akak tanya awak.. Awak tak gayat ke?" Aisyah membetulkan posisi duduknya supaya kelihatan lebih santai.
Pihak bomba sudah sampai di bawah. Mereka menyiapkan tilam udara untuk Aisyah dan pelajar perempuan tersebut.
"Cuba awak cerita dekat akak. Kenapa awak buat benda macam ni?"
"Saya penatlah! Saya give up.. Dah nak SPM pun masih bodoh! Dahlah bodoh! Tak cantik pula tu! Datang sekolah kena ejek! Balik rumah pula..haih.."
"Akak pun dulu tak cantik.." Aisyah cuba merancakkan perbualan mereka.
Pelajar itu memandang Aisyah. "Tapi sekarang akak cantik.."
"Sekarang.. Bukan masa akak sekolah dulu.. Dulu akak hodoh.. Selalu kena ejek.. Macam awaklah.. Muka berjerawat.. Aktif sukan sampai lupa jaga muka.." Aisyah tersenyum hambar. "Akak pernah stres macam awak.. Semua cikgu harap akak dapat straight A's for SPM.. Tapi akak tak dapat.. Akak dapat 4A jer.. Kalau bukan sebab kawan-kawan akak letak julap dalam makanan akak dulu.. Akak rasa akak dah jadi doktor dah.. Time tu semua orang cuma cakap itu rezeki akak.. Akak marah gila.. Yelah.. Kita bersengkang mata belajar tengah malam.. Bila keputusan kita macam tu.. Diorang cuma kata tahniah itu rezeki kita.."
"Sekarang akak jadi apa?"
"I'm the one of them.." Aisyah menunjukkan beberapa anggota bomba yang sedang menyediakan tilam udara di bawah.
"Macam mana akak dapat semangat?"
"Dari kawan akak tu.." jarinya menunjuk ke arah Alicia di bawah yang sedang risau dengannya. "Dengan abang akak.. Awak nak tahu apa abang akak cakap?"
Pelajar perempuan itu mengangguk.
"Dia cakap yang kita tak boleh mengalah hanya sebab sekeping kertas.. Kertas result SPM itulah.. Seminggu jugalah di basuh kepala otak akak ni sampai dia geram.. Dia campak akak masuk bomba.. Alang-alang kawan akak pun masuk bomba.. Akak on jer la.. Bila dah masuk bomba.. Baru akak dapat semangat baru.. Instructor akak garang nak mampus.. Huish.. Pertama dan terakhirlah akak kena rekrut.."
"Kenapa abang akak macam garang?"
"Ntah.. Dia garang? Tolonglah.. Maybe sebab dia tentera? But I don't think he's fierce. I'm more fierce than him."
Pelajar itu ketawa kecil.
"Haa.. Kan lawa senyum macam ni.. Siapa nama awak?" Aisyah mencubit pipi pelajar itu.
"Aisha"
"Well.. Nama kita nak dekat sama.. But I'm Aisyah.. Cikgu sekolah ni kebanyakkannya panggil akak Cassandra. Unik kot nama tu.. Apa-apa pun.. Akak nak cakap, tiada A untuk SPM takkan jadi sebab untuk awak hilang semangat. Awak kena terus melangkah ke depan.. Awak lulus semua subject itu dah kira bersyukur.. Awak tak dapat capai cita-cita awak nak jadi doktor, engineer itu semua tapi awak boleh jadi polis, bomba, tentera semua tu.. Banyak lagi kerja yang boleh terima kita walaupun result kita takde A langsung.."
Pelajar itu mengangguk.
"So.. Jom turun guna tangga.. Jangan terjun.. Akak yang bomba ni pun takut nak terjun dari tingkat tiga ni.." Aisyah bangun lalu menghulurkan tangannya kepada pelajar itu. Tangannya di sambut. Mereka turun ke bawah menggunakan tangga bangunan itu dan menuju ke tempat guru-guru, anggota-anggota bomba dan rakan-rakanny berkumpul.
"Haish kau ni Aisyah! Dengan tali takde.. Helmet tak pakai.. Tak ikut S.O.P kerja langsung!" rungut Alicia.
"Well.. Kita bukan dalam waktu bertugas.. Alah sesekali buat kerja gila.. Time aku sekolah dulu tak dapat.." Aisyah tersengih.
"Aku hentuk juga perempuan ni dengan helmet motor nanti.. Eyy.. Orang lain punyalah risau kat kau.." Danial mengangkat tangannya mahu mengetuk kepala Aisyah.
"Helmet motor kau takpe.. Jangan aku.. Aku baru beli.. Kesian telinga kucing tu nanti.."
"Danial.. Sabar.. Dia ni keras kepala kadang-kadang.." kata Alicia.
"Bukan kadang-kadang.. Selalu.." balas Danial dalam nada geram.
Aisyah mengajuk dengan memek muka.
"Cassandra!" panggil guru tadi.
"Ya saya, cikgu.." Aisyah memberikan senyuman.
"Terima kasih selamatkan dia.." ucap guru itu.
"Tugas saya, cikgu.. Dah biasa dah pujuk orang ni.."
"Cikgu percaya tak perangai tak semengah ni boleh pujuk orang? Dengan tak reti sabarnya lagi.." sambung Danial.
Aisyah terus menendang belakang lutut Danial. "Sedap mulut jer kutuk orang.."
"Kamu kerja apa sekarang, Cassandra?" tanya guru itu
"Bomba. Rezeki saya dekat bomba. Sama macam Alicia.." guru itu mengangguk.
"Cikgu.. Kami pergi dulu ya?" pinta Arif kepada guru tersebut. Guru tersebut mengangguk lalu mereka berlalu ke dewan terbuka.
~
Semua mata di dalam dewan terbuka tersebut memandang Aisyah. Aisyah pula mulalah menyorok di belakang Danial."Dekat atas tadi bukan main berani.. Sekarang takut pula.." ejek Danial.
"Manusia lagi menakutkan dari hantu.."
Arif dan Alicia di sebelah mereka hanya menggelengkan kepala apabila mendengar kenyataan Aisyah.
Satu dewan memberi tepukkan kepada Aisyah.
"Kenapa ni?" Aisyah mendongak memandang Danial yang membelakanginya.
"Tak tahu.."
"Good job,Aisyah!" sorak Riesya.
"Eh! Tetiba jadi baik.." kata Arif.
"Kau ni.. People can change.." Alicia menepuk belakang Arif.
"Jomlah duduk" Danial bergerak ke tempat duduk mereka.
Sekarang ini mereka melihat gambar-gambar semasa mereka masih bersekolah.
"Weyh! Arif! Tu kau dengan Alicia kan?" jari Aisyah menunjuk gambar Alicia terjatuh di atas Arif ketika mahu menuruni cerun ketika melakukan aktiviti jungle tracking pada hari perkhemahan unit uniform.
Terus Arif dan Alicia memandang tempat lain. Habis semua aib mereka ditayangkan. Selepas selesai menahan malu melihat gambar-gambar ketika mereka masih bersekolah, mereka dibenarkan makan.
"Aisyah.. Kau dengan Danial macam bukan partner jer?" tanya Riesya ketika berjalan beiringan bersama Aisyah dan Danial untuk ke meja mereka.
"Kenapa? Sebab kitorang punya panggilan tak sweet macam orang lain?" tanya Aisyah semula. Riesya mengangguk.
"Benda macam tu tak payah bagitahu public pun takpe.. Buat apa bagitahu kalau ending dia patah hati?" balas Danial.
"Terasa weyh" Aisyah memegang dadanya.
"Siapa suruh beria kutuk aku.. Padan muka putus tunang.." ejek Danial.
"At least aku masih boleh sara diri sendiri tanpa lelaki tu.." balas Aisyah.
Tiba-tiba seorang lelaki menyimbah air kopi susu panas ke arah Aisyah. Mujur Aisyah sempat menutup mukanya dengan lengan.
"Panas!" Aisyah mengibaskan jaket putihnya yang sudah kotor itu. Kulit dadanya rasa seperti mahu melecet. Aisyah memandang si pelaku. "Azim!"
"Riesya pegang kejap pinggan aku" Danial menghulurkan pinggannya kepada Riesya. Riesya mengambilnya.
Danial memusingkan tubuh Aisyah ke belakang. Jaket jeans putihnya ditanggalkan. "Buka jaket kau.. Guna jaket aku.. Baju kau basah.. Nanti terdedah.." Danial mula mengalihkan pandangan bagi menghormati Aisyah sebagai wanita.
Cepat Aisyah membuka jaketnya dan menyarungkan jaket Danial pada tubuhnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/300301237-288-k624995.jpg)
YOU ARE READING
C | sir army miss bomba
RomanceBomba dan tentera? Dua-dua penyelamat.. Seorang menyelamatkan nyawa dan harta benda, seorang lagi menyelamatkan nyawa dan menjaga keselamatan negara. Dua-dua perkerjaan tersebut juga perlu menggadaikan nyawa. Aisyah Cassandra merupakan seorang anggo...