BAB 14

7K 414 2
                                    

Aisyah duduk termenung di atas buaian di halaman rumah Haryana sambil memeluk kakinya. Keluarganya yang melihat keadaan Aisyah seperti itu sedih.

"Sunyi balai nanti.." keluh Alicia.

"Semangat dia down.." kata Alea. Semua mengangguk.

"Lelaki tu memang tak gunalahh!" kata Puan Hazel bengang.

"Tadi Hana ada call aku.. Dia nak datang.. Tengok Aisyah.." beritahu Haryana.

Semua mengangguk.

"Aku pergi buat air jap.." kata Hazel lalu pergi ke dapur.

Selepas 5 minit Puan Hazel ke dapur, muncullah Mak Cik Hana bersama Danial dan Arif di pintu pagar. Semua menyambut mereka kecuali Aisyah yang sedang termenung di atas buaian tersebut. Mak Cik Hana dan Arif membuat isyarat kepada Danial untuk pergi berbual dengan Aisyah. Danial mengangguk.

Danial melepaskan kucing peliharaannya yang dibawa bersama. Kucing itu terus menerpa ke arah Aisyah.

Aisyah tersentak apabila merasakan ada benda berbulu sedang baring di sebelahnya. Dia mengangkat kucing itu dan diletakkan di atas pehanya.

Danial mengambil tempat di atas rumput sintetik di hadapan Aisyah. Disebabkan Aisyah duduk di atas buaian, dia kena mendongak melihat Aisyah.

"Kau oke?" tanya Danial memecahkan kesunyian.

Aisyah mengangguk. Tangannya membelai Danny, kucing Danial.

"Bila kau start kerja?" tanya Danial lagi.

"Lusa.." balas Aisyah sepatah.

"Weyh.. Jom gaduh?" ajak Danial.

"Malas aku.." balas Aisyah.

"dua patah perkataan jer kau jawab? Aku tanya tiga patah perkataan tau.." rungut Danial.

"Oke lah tu aku balas.. Halah-halah.." balas Aisyah sambil menjeling ke arah Danial.

"Weyh.. Kau cute dho pakai kain batik..HAHHAHAHA" puji Danial.

"aku pakai apa-apa memang comel..kau jer yang buta.." bidas Aisyah.

"Haa yelah-yelah.. Perempuan memang nak menang jer.." Danial menggulingkan biji matanya.

"Eleh.. Dia yang bengap.. Benda boleh jer lelaki menang.. Tapi taknak lawan.. Heh!"

"Lawan kang nangis.." balas Danial.

Aisyah terdiam.

"Jom masuk.. Apalah duduk seorang-seorang dekat luar.. Buat lah jantan tak guna tu datang lagi.. Haa..tak sempat kau nak lari.." bebel Danial.

"haa yela bang..yela..ada apa-apa lagi tak nak bebel?saya sudi dengar ni bang.." balas Aisyah.

~
"Danial dengan Arif start bertugas bila ni?" tanya Encik Akmal ramah.

"Lusa.." balas Danial.

Encik Akmal mengangguk.

Kemudian mereka mendengar suara lelaki dan perempuan ketawa. Mereka pandang. Arif dan Alicia yang baru keluar dari dapur sambil membawa nuget dan karipap yang digoreng sedang bergurau.

"New couples here.." usik Aiman.

"Eh abang Aiman ni.. Yang bukan-bukan jer lah" kata Alicia.

"Tu lah tu.. Semua nak ship.." sambung Aisyah.

"masa sekolah dulu tak pernah kena ship.." balas Puan Hazel.

Semua ketawa. Aiman mencebik.

"Danial.. Aku nak cakap dengan kau sikit.. Dekat luar.." pinta Aiman. Danial mengangguk. Mereka terus ke halaman rumah Haryana.

"Kau nak cakap apa?" tanya Danial sambil memandang Aiman.

Aiman memeluk tubuhnya. "Tolong jaga Aisyah.."

"Aku boleh jer jaga dia.. Tapi aku tak selalu ada dengan dia.. Kalau setakat nak keluar kem pergi balai dia tu oke lagi..Habis kalau aku kena jaga sempadan? Ada mission ke?" balas Danial.

"Habistu?"

"Macam ni lah weyh.. Bagi aku fikir dulu.. Nanti aku bagitau kau.. Buat masa sekarang, aku akan jaga dia  takat mana yang aku mampu.." Danial memandang muka Aiman.

Aiman mengangguk. "Kalau susah sangat.. Kau kahwin jerlah dengan dia.." kata Aiman.

"Eh kau.. Botak kang kepala aku kalau aku tiba-tiba ajak dia kahwin.."

Mereka ketawa.

"Lusa aku ikut dia balik sampai rumah dia.." beritahu Danial. Aiman mengangguk.

Kemudian mereka masuk ke dalam rumah semula.

C | sir army miss bomba Where stories live. Discover now