BAB 2

128 11 3
                                    

SUDAH hampir seminggu juga setelah aku menghantar manuskrip aku melalui email. Seminggu juga aku asyik terperuk di rumah saja. Sudah mendapat dua dos vaksin pun, masih lagi terperuk di rumah. Bukan sebab tidak boleh keluar. Tapi kerana aku malas mahu keluar. Dua orang kawan aku yang sengal itu pula masih tidak cukup dua dos kerana mereka mengambil vaksin Astra Zenneca dan aku pula Pfizer. Tidak dapatlah keluar. Hmm. Aurdyah pun sama juga.

Aku turun ke ruang tamu bersama dengan novel Dheo’s karya dari Anjell. Aku melabuhkan punggung di atas sofa yang berwarna putih itu. Bosan punya pasal. Scroll-scroll telefon pun bosan juga sebab asyik melihat benda yang sama saja. Akhirnya aku pun membaca novel yang aku baru beli di Shopee itu. Semua karya dari Anjell aku suka. Aku sudah baca Dr. Alpha Male. Sekarang Dheo’s. baru-baru ini aku ada baca Rose’s di Wattpad yang bakal diterbitkan. Selepas itu, aku beli novel Dia Tetap Sempurna di Shopee.

Lihat betapa banyaknya duit yang telah aku bazirkan hanya untuk Shopee dan Foodpanda. Huhu. Beginilah kehidupan seorang pelajar. Amatlah boros. Mama dan abah tidak pernah ajar aku menjadi boros. Selepas ini, aku janji untuk tidak membazir. Janji!

Sedang aku leka membaca dan membayangkan Dheo, tiba-tiba telefonku berbunyi.

‘Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi, Jung Hoseok, Park Jimin, Kim Taehyung, Jeon Jungkook, BTS, Bogo Shipda…’

“Hello…,” ucap aku setelah mengangkat panggilan itu. Nama panggilan tidak ada. Hanya nombor telefon saja yang tertera.

Biasalah. Aku ini jarang menyimpan nombor telefon orang. Kecuali orang terdekat aku saja.

“Hello. Boleh saya bercakap dengan NurSafa Malaiqa Binti Malik?” soal si pemanggil.

“Iya. Saya la tu. Kenapa, ya?”

“Ini dari syarikat peneritan The Gallery’s. Cik diminta untuk datang ke The Gallery’s untuk melangsungkan karnival buku yang dipamerkan oleh The Gallery’s,”

Aku terkejut beruk. Aku menepuk dahi. Aku lupa mahu simpan nombor telefon syarikat penerbitan The Gallery’s pula. Tapi dalam masa yang sama, aku pelik. Sedangkan baru seminggu aku menghantar manuskrip Mengenali Hatinya. Email pun tidak dibalas lagi sama ada manuskrip aku diterima atau tidak. Takkanlah sudah mahu membuat karnival buku pula? Scammer ke apa ni?

“Tapi, manuskrip yang saya send kat email belum diterima lagi. Karnival apa pula ni?” soal aku dengan pelik.

“Ni karnival untuk novel lama cik tu,” jawab si pemanggil.

“Bila ya saya perlu datang? Sebab saya masih kat Melaka ni,” kata aku dengan risau. Sudahlah pada minggu depan aku harus pergi ke Pahang. Leceh betullah. Baru saja aku mahu menikmati cuti aku yang masih berbaki seminggu lebih itu.

“Karnival tu dilancarkan pada hari jumaat ini, cik,” katanya.

Hari jumaat, ya? Sekarang ini hari ahad. Aku ada masa dalam 5 hari saja sebelum jumaat. Kalau macam itu, lebih baik aku bertolak pada hari khamis. Boleh juga aku mahu merehatkan diri. Sudah lama tidak ke Selangor. Sambil itu, boleh juga aku mencuci mata di sana. Muahaha!

“Oh, okey la. Hari khamis macam tu saya datang,” kata aku menjawab persoalan sama ada aku boleh pergi atau tidak.

“Baiklah, cik. Nanti kami akan maklumkan sekiranya ada sebarang perubahan,” kata si pemanggil.

Selesai semua panggilan. Aku menyandarkan badan pada sofa. Baru saja mahu membaca novel dengan aman. Tapi, lagu BTS kedengaran sekali lagi. Spoil mood betullah siapa yang call aku ini. Mereka tidak tahukah aku sedang mahu berehat? Sudahlah masa aku ini tidak lama lagi.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now