BAB 23

85 6 0
                                    

SELESAI sudah kelas business management hari ini. Macam biasa. Muka penuh dengan blur dan tidak berpuas hati. Tidak faham langsung apa yang diajar. Nasiblah badan kalau sudah ada peperiksaan untuk course ini pula. Di manalah aku mahu letak semua otak aku ini nanti? Terpaksa balik nanti aku buka buku dan faham balik apa yang diajar.

"Balik bilik terus ke macam mana?" soal Aurelia dengan tidak ada semangat.

"Makan la dulu. Lapar la pula ni. Tak tau kenapa asal habis aje kelas business ni aku terus lapar," jawab Ros dengan longlainya.

"Kau tu dah memang macam tu. Jangan kau pergi telan pengurus tu sudah. Kau pula macam mana Safa?" kata Aurelia sambil memandang aku.

Baru saja aku mahu menjawab tapi ia seakan tergam. Aku ternganga. Aku memandang satu kelibat di belakang Ros dan Aurelia. Seseorang aku kenal. Seorang lelaki yang sedang memakai hoodie dan bertopi di dalam hoodie itu.

Iya, kawan-kawan. Orang itu adalah Tengku Asyraf. Seorang lelaki yang aku kenali pandai menyamar. Tapi peliknya, adakah aku seorang saja yang mengecam dia? Dimanakah peminat dia yang setia itu? Takkan tidak kenal dengan tengku pujaan hati mereka ini?

"Tengok. Aku rasa Safa ni dah terlampau penat dan lapar. Sampai dah tak boleh jawab dah soalan kau tu, Lia," jawab Ros sambil menggelengkan kepala.

Aku tersedar akan kata-kata Ros sebentar tadi lalu memandang mereka kembali.

"Apa korang cakap tadi?" soal aku sambil fokus kepada kedua-dua kawan aku itu.

"Aku tanya. Kau nak balik bilik terus atau nak makan dulu? Atau kau ada schedule lain?" soal Aurelia.

Aku kembali memandang kelibat Tengku Asyraf tadi. Aku tahu tujuan dia ke sini apabila menyamar. Tidak lain dan tidak bukan mesti dia mahu mengajak aku keluar. Mesti dia ponteng lagi tugasnya itu. Sebab itulah dia menyamar dan datang ke kolej tempat aku belajar dan mengganggu ketenteraman aku sebagai seorang pelajar.

"Aku rasa aku nak...,"

"Hello, guys,"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, sudah pula lelaki ini menegur kami bertiga. Aku menepuk dahi aku. Kalau boleh, mahu saja aku bertepuk amai-amai, belalang kupu-kupu di atas jalan ini. Apasal pula dia pergi tegur kami pula?

"Hello. Sorry tapi awak siapa, ya?" soal Ros dengan teragak-agak dan pelik.

Apanya tidak pelik? Orang asing tiba-tiba datang menegur dan memotong perbualan 3 orang sekawan. Kacau daun betullah encik tengku ini.

"Sorry ganggu. I am Safa's cousin, Iman," kata Tengku Asyraf sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya itu.

Mahu saja aku tergelak mendengar nama yang dia sendiri beri itu. Iman konon. Entah iman siapa yang dia pergi kutip pula.

"Oh, hai, Iman. Safa tak pernah bagitau pun yang dia ada cousin nama Iman, kan, Lia," kata Ros sambil menyiku Aurelia yang berada disebelahnya.

Aurelia yang sedang menjegilkan matanya untuk meneliti Tengku Asyraf terus saja membuat muka terkejut yang aku tidak tahu kenapa. Aurelia berdehem sebentar sebelum dia mengalihkan pandangannya daripada Tengku Asyraf.

"Eh, ada la Safa bagitau. Aku baru ingat. Kau dah lupa kot, Ros. Maklum la, maybe kau stres kot dengan kelas tadi," jawab Aurelia sambil memukul di belakang Ros.

Okay. Itu pelik. Aku tidak pernah bagitahu pun mereka yang aku ada sepupu yang bernama Iman. Ini pasti ada udang disebalik tom yam. Kenapa Aurelia tiba-tiba mahu menipu pula?

Aku memandang pula Tengku Asyraf yang sedang tersenyum itu.

Ada apa-apa yang aku tidak tahukah? Semakin pelik pula aku rasa.

---

"AWAK nak bawa saya ke mana?" soal aku setelah beberapa lama kami berada didalam kereta itu.

Tengku Asyraf tidak juga menyuruh aku untuk bertukar pakaian. Jadi aku tidak rasa dia mahu membawa aku ke padang polo itu lagi. Walaupun Tengku Asyraf ingin mengajak aku ke padang itu lagi, memang sekarang juga aku terjun dari kereta ini. Tidak mahu aku ke sana lagi. Serik!

"Somewhere special...," jawab Tengku Asyraf dengan bersahaja.

"Kalau awak nak bawa saya tengok polo lagi, memang saya bagi warning awal-awal yang saya tak nak ke sana lagi! Titik. Tak ada koma," jawab aku tegas dengan pendirian aku.

"Eh, macam mana pula awak tau yang kita nak tengok polo ni?" soal Tengku Asyraf sambil memandang aku sekilas sebelum dia kembalik fokus pada pemanduannya itu.

"Ha, bawa la saya ke sana. Sekarang juga saya lompat keluar kereta ni," kata aku tidak bergurau.

Tengku Asyraf ketawa mendengar kata-kata aku sebentar tadi. Dia fikir aku berguraulah tu. Ini NurSafa Malaiqa la! Pantang mundur kecuali operasi! Eh macam tagline kumpulan Zero la pula.

Aku kalau sudah aku serius bercakap, memang tidak ada gurauan sudah. Jadi, maksudnya memang aku akan buat apa yang aku cakap tadi. Tapi...

Aku memandang keluar tingkap. Aku menelan air liur liur. Boleh nampak betapa bahayanya jalan raya pada masa kini. Itulah, kau Safa. Tadi bukan kemain kau dengan yakinnya kau akan terjun keluar dari tingkap kereta ini. Sekarang baru kau mahu fikir hidup segan mati tak mahu. Sekarang kau dengarlah Tengku Asyraf ketawakan kau. Lain kali fikir dulu sebelum nak cakap apa-apa.

"Gurau aje la. Tak ada la saya nak bawa awak ke sana. Once a while aje main polo. Bahaya kalau nak main selalu. Maklum la sekarang ni musim PKP. Saya kena la protect awak dari kena jangkit virus," jawab Tengku Asyraf sambil tersenyum.

Dan senyuman dia itu aku tidak pasti kalau ada makna apa-apa. Macam yang aku pernah cakap yang aku sendiri tidak tahu sama ada aku ada cakap atau tidak, aku ini tidak berapa pandai mahu membaca fikiran orang lain.

"Awak ingat yang awak tu superman la sampai nak protect saya?" soal aku tidak berpuas hati.

Mahu protect konon. Diri sendiri tidak dapat mahu di lindungi, ada hati mahu lindungi aku ini pula? Mungkin dia lupa agaknya yang sebelum ini kuda yang telah menyelamatkan nyawanya dari binasa.

"Ai, awak ni macam tau-tau aje yang saya ada buat kerja part time as superman. Mesti awak ni ahli nujum, kan?"

"Eh tak la. Saya ni malaikat maut. Tinggal nak tarik nyawa awak aje kalau awak buat loyar buruk lagi," jawab aku sambil tersenyum sinis.

"Garangnya, cik adik. Jangan la garang sangat. Encik abang ni nak ajak gurau aje," kata Tengku Asyraf sambil terketawa bebas.

Aku mencebik bibir aku. Ya Allah, kenapa la kau biarkan aku berdua-duaan dengan orang yang tidak waras ini di dalam kereta. Seram sejuk aku melayan perangai Tengku Asyraf. Beza sungguh apabila bersama dengan Tengku Isyraq. Mereka merupakan adik-beradik tapi perangai mereka berdua memang sukar untuk aku jangkakan.

Cepatlah masa berlalu! Tidak sanggup untuk aku melayan perangai sengal Tengku Asyraf ini.

Aku memejamkan mata. Pura-pura tidur apabila Tengku Asyraf kembali mengenakan aku.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now