BAB 44

62 7 0
                                    

AKU termanguh seketika. Aku menjenguk ke luar rumah. Antara ramai tetamu itu, hanya Tengku Asyraf saja yang aku cari. 

Pada majlis tunang aku dan Tengku Isyraq hari ini, boleh pula dia tak datang? Majlis sarungkan cincin pun sudah berlalu. Hampir kesemua adik-beradiknya datang. Tapi dia? Batang hidung langsung tak nampak. 

Aku mengeluh berat. Tapi mata masih melilau mencari kelibatnya itu.

“Cari apa?”

Aku menoleh ke arah kenan aku. Tengku Isyraq rupanya. Aku sangkakan Tengku Asyraf sengaja mahu kejutkan aku. Tapi rupanya abangnya saja. Aku mengeluh sekali lagi.

“Tak ada apa la…,” aku senyum seketika sebelum aku membuka langkah aku untuk masuk ke dalam rumah.

Hanya seketika sebelum langkah aku terhenti. Aku memandang Tengku Isyraq yang masih menghantar pandangannya kepada aku.

“Can I you something?”

Tengku Isyraq menjongketkan keningnya.

“Tengku Asyraf memang tak nak datang ke sini ke macam mana? Saya bukan la nak biadap ke apa. Saya just tanya sebab saya memang dah lama tak dapat contact dia,”

“Tengku Asyraf tak ada cakap apa-apa kat awak ke?”

“Apa dia?”

“Dia dah lama flight ke UK. Study kat Royal Military Academy Sndhurst. Maybe lama lagi kot dia pulang,”

Aku tengangah habis. Dah lama ke UK tapi tak bagitahu aku apa-apa? 

Tapi kau siapa, Safa, sampai dia kena bagitahu kau dia mahu ke mana? Biarlah dia mahu ke mana pun. Kau bukannya ada apa-apa dengan dia pun sekarang ni. Entah-entah Tengku Asyraf pun tak nak kawan dengan aku sudah.

Mengingat akan itu aku terus muncung bibir. Sedihnya!

“I know everything will be okay about Tengku Asyraf. Awak jangan risau la,”

Aku terkejut seketika. Lupa yang Tengku Isyraq masih ada disini pula. Aku sekadar mengukir senyuman kepada Tengku Isyraq. Mahu dia tahu yang aku tak apa-apa.

“Tengku Asyraf is very lucky to have a sweet girl worried about her,” ucap Tengku Isyraq seraya membuka langkah meninggalkan aku yang masih tercengang di hadapan pintu.

Cuba mentafsir kembali apa yang dikatakan olehnya. Dari nada suara seakan lemah. Atau imaginasi aku saja? 

Ah, sudahlah! Yang penting sekarang aku sangat sakit hati dengan Tengku Asyraf sebab pergi tanpa memberitahu aku langsung! Huh!

KALAU dalam kartun kita selalu saja nampak Tom dan Jerry bersama. Kalau bukan bergaduh, mereka akan bekerjasama dalam melawan musuh mereka.

Tapi dalam realiti, jarang sekali aku melihat Tom dan Jerry ini bersama. Pasti aku yang akan menjadi pengantara antara mereka. Kalau berjumpa pun pasti akan bergaduh saja mereka berdua. Tapi aku gembira melihat Ainul dan Aurdyah melawat aku di tempat aku bekerja.

Sebenarnya bukanlah tempat aku bekerja sangat. Tempat aku pratikal saja. Memandangkan mahu mengumpul duit pula untuk konvo aku pada 2023 nanti.

Aku menghidangkan mereka berdua kopi memandangkan kedua-dua mereka tidak minum air berkarbonat. Aku pun melabuhkan punggung di sofa berhadapan mereka berdua. Masih berada di butik tempat aku pratikal. Tapi kini kami berada di dalam pejabat madam Zahirah.

Nasib saja madam Zahirah sedang bercuti sekarang. Bolehlah aku dapatkan privasi disini. Lagipun didalam biliknya ini langsung tidak ada CCTV. Jadi kami bebas menggunakannya.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now