EPILOG

171 6 0
                                    

"CEPATLAH, kak Safa! Nanti lambat pula!" gesah Tengku Syarifah, merangkap adik ipar aku.

Mungkinlah. Sebab dia merupakan kembar kepada Tengku Asyraf. Tapi oleh kerana Tengku Asyraf yang keluar sebelum Tengku Syarifah, itu menjawab persoalan yang Tengku Asyraf tua 2 minit dari Tengku Asyraf.

So, yes. She is my adik ipar. Haha! Pening kepala begini.

Back to the story, tepat pukul 10.30 pagi, Tengku Syarifah suruh aku bersiap ketika aku sedang membantu KDYMM Tengku Ampuan Pahang mengemas dapur.

"Eh, tak nak la kak Safa. Kak Safa nak tolong mama ni,"

"Kak Safa bersiap la dulu. Pleaseeeee...,"

"Apa yang penting sangat sampai perlu nak bersiap bagai? Tak boleh nak tunggu kak Safa habis mengemas ke? Nanti kesian mama tak ada tolong,"

Tolak aku lagi. Bukan apa. Sudah alang-alang aku membantu di dapur ni, takkan nak buat kerja separuh-separuh saja? Mestilah aku nak tolong sampai habis.

Tengku Syarifah ni pun satu. Macamlah tak boleh tunggu sampai aku habis membantu. Bukan siapa pun, mama dia juga yang bantu.

"Ifah nak jak kak Safa keluar jap. Tapi kak Safa kena la bersiap. Benda ni tak boleh tangguh-tangguh kak. Benda ni kena buat sekarang juga!"

Lagilah aku rasa musykil. Nak keluar tapi urgent? Keluar apa kalau macam ni? Sudahlah aku tak suka keluar dengan rush. Nanti tak best rasa nak keluar tu. Lagilah aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana. Sudahlah Pahang ni besar!

Yes. Setelah sekian lama kami berkahwin, akhirnya aku bersetuju untuk ikut Tengku Asyraf pindah ke Pahang, tempat tinggalnya. Macam yang mama cakap, keputusan semua ikut Tengku Asyraf. Ikut dialah kalau dia nak tinggal di Melaka ataupun Pahang.

Tapi Tengku Asyraf langsung tak kesah. Sebab dia akan ke mana saja asalkan aku akan sentiasa dengan dia. Tapi, aku tak mau jadi pentingkan diri sendiri. Aku sedar yang aku tak boleh berpisah dengan keluarga aku. Lagilah aku ni langsung tak pernah berpisah dengan keluarga sebelum aku mendapat tawaran sambung belajar di Pahang.

Tapi sudah cukuplah selama setahun setengah perkahwinan kami itu aku mengajak Tengku Asyraf menetap di Melaka walaupun sekali sekala kami akan balik ke Pahang ataupun Tengku Asyraf yang akan ke Pahang sendiri. Sebab Tengku Asyraf pun ada tugasnya di Pahang.

Sekarang aku haruslah bertoleransi. Bukan kepala aku saja mahu diikut. Pandangan Tengku Asyraf juga sangat penting walaupun dia cakap yang dia tak kesah. Itu lebih buat aku rasa bersalah.

Jadi, aku membuat keputusan untuk ikut Tengku Asyraf menetap di Pahang. Not bad la tinggal kat sini. Keluarga Tengku Asyraf semua sangat sempoi termasuk KDYMM Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang. Walaupun mereka berdua jarang ada di rumah atas tanggungjawab mereka kepada rakyat negeri Pahang. Keluarga Tengku Asyraf semua sangat prihatin dan aku rasa sangat disayangi. Terubat juga rindu aku pada keluargaku di Melaka!

Namun sekali-sekala tidak lupa juga aku untuk menghubungi mereka setiap hari, setiap minggu. Sehingga mama bergurau yang dia sudah bosan mendapat panggilan dari aku. Haha!

Apabila Tengku Asyraf ada masa terluang yang panjang, kami pula akan balik ke Melaka jumpa mama dan adik beradik aku. Jadi, aku sudah membuat keputusan yang terbaik dengan ikut Tengku Asyraf ke Pahang. Dan keputusan terbaik aku mengahwini dia.

"Kalau rush lagi la kak Safa tak nak ikut...,"

"Alah, kak Safa...,"

"Pegi je la, Safa...,"

Aku dan Tengku Syarifah memandang Tengku Ampuan Pahang. Sedari dari tadi hanya kami saja yang bersuara. Tengku Ampuan Pahang hanya berdiam diri saja. Ini tiba-tiba baginda bersuara, terkejutlah kami.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now