BAB 15

96 9 26
                                    

"GIVE me your phone," kata Tengku Asyraf sebaik saja aku sampai di depan kereta miliknya. Pelik. Jawatan TPM tapi tidak ada pemandu.

Tanpa membuang masa, aku memberi telefon aku kepadanya. Kelihatan dia sedang menekan sesuatu di telefon itu sebelum dia memberi kepada aku. Aku melihat telefon milik aku sendiri.

"Apasal awak save nombor awak sendiri dengan gelaran My prince?" soal aku dengan pelik sambil menunjukkan telefon itu kepadanya.

"Senang awak ingat pasal saya. Dah jom masuk. Kita dah lambat dah ni," jawab Tengku Asyraf. Dia pun menghilang di balik kereta itu. Aku pun turut masuk.

Sepanjang perjalanan itu kami senyap. Tengku Asyraf hanya fokus dalam pemanduannya. Baru aku tahu yang Tengku Asyraf sebaya dengan aku, iaitu pada tahun 2000. Simpati aku. Muda-muda lagi sudah terlibat dengan politik dan parlimen semua ini. Tidak ada kebebasan langsung. Patutlah dia selalu ponteng kalau melibatkan majlis DiRaja. Tengku Asyraf cuba untuk membiasakan diri. Tapi dalam masa yang sama, dia yang tersakiti. Sebab bukan itu yang dia mahukan selama ini. Dia cuma mahu menjadi budak-budak yang normal. Kehidupan yang biasa dan enjoy.

"Macam mana awak tau saya belajar kat mana?" soal aku memecahkan kesunyian.

"Oh tu tempat awak belajar ke? Saya ingat tu tempat awak tinggal," kata Tengku Asyraf lalu ketawa.

Mahu saja aku menghumban dia keluar tingkap. Boleh pula dia bergurau macam begitu. Langsung tida serupa dengan Tengku Isyraq langsung. Kakandanya itu aku lihat selalu saja serius. Beza dengan lelaki disebelah aku ini.

"Ni Tengku Asyraf Imanuddin Syah la. Apa yang saya nak, saya datang ke butik Ayyan's Collection tu balik. Bukan susah sangat nak tau pasal awak," jawab Tengkus Asyraf sambil memandang aku sekilas.

Terus saja aku teringat balik peristiwa aku bekerja di Ayyan's Collection. Aku lupa yang keluarga Pahang ini merupakan keluarga VVIP di butik itu. Senang betul kalau sudah kaya. Apa yang mereka mahu, semua mereka dapat. Semua ini mesti sebab Ainul yang membuka mulut pasal aku. Dalam masa yang sama aku turut banggalah juga. Sebab Tengku Asyraf masih ingat tentang kejadian itu.

"Kita nak ke mana sebenarnya ni?" sudah banyak kali pun aku tanya, dia tetap berahsia. Harap sajalah yang dia akan memberitahu aku kali ini saja.

"Awak suka kuda?" soal Tengku Asyraf.

Aku menjongketkan kening. Apa kena mengena pula soalan aku tadi dengan kuda? Adakah kami akan pergi ke taman kuda?

"Awak ingat ni novel? Macam dalam cerita Awak Suka Saya Tak?" soal aku tidak puas hati. Tiba-tiba melibatkan kuda pula dia ini.

"Suka," jawab Tengku Asyraf.

Aku memandangnya dengan pelik. Tiba-tiba cakap suka pasal apa pula?

"Awak tanya saya tadi, awak suka saya tak? Saya jawab la yang saya suka," katanya lagi.

Aku terkelu. Salah faham betullah lelaki ini. Dalam banyak-banyak benda yang aku cakap, itu juga yang dia dengar.

"Saya maksudkan nama cerita tu Awak Suka Saya Tak? Bukannya saya tanya awak suka saya tak?" kata aku memperbetulkan soalan aku tadi. Nanti jadi salah pula maksudnya itu.

Aku mendengar Tengku Asyraf sedang berdehem.

"Tu la yang saya cakap. Saya pun suka juga tengok cerita tu. Sebab tu la saya cakap yang saya suka. Awak ingat saya cakap pasal apa?" dalih Tengku Asyraf.

Aku ketawa mendengar jawapannya. Tahu sangat yang dia sedang cover malu. Eleh, tak nak mengaku yang dia salahlah tu. Inilah orang lelaki. Tidak mahu mengaku kalau sudah salah. Makin dia bagi alasan adalah. Apa salahnya kalau dia cakap yang dia salah dengar? Tidaklah dia rasa malu sangat. Aduilah, Tengku Asyraf, seksa sangatkah kalau mahu mengaku?

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now