BAB 37

76 8 0
                                    

MAJLIS persandingan kak Saadah dan abang Harris yang diadakan di dewan besar Bandar Bukit Baru ini sangat meriah. Majlis persandingan yang sangat biasa tapi cukup megah sekali. Kawan kak Saadah sendiri yang menjadi pengapit.

Aku terbayang pula. Andainya aku berkahwin nanti, siapakah yang akan menjadi pengapit aku pula? Dulu aku pernah terfikir untuk mengambil Aurdyah sebab dia merupakan kawan aku yang sangat rapat sejak dari sekolah menengah lagi. Mungkin aku akan memlilih Aurdyah.

Haip, aku ini. Masih muda kot aku ini mahu berfikir tentang kahwin. Kak Saadah pun baru saja melangsungkan perkahwinannya. Abang Aakif pun belum lagi berkahwin. Sudah aku berfikir ke arah itu pula. Tidak aku mahu langkah bendul. Calon pun tidak jumpa lagi, ada hati mahu berfikir pasal kahwin.

Aku pun membantu mama menguruskan tetamu yang hadir di bahagian pintu masuk. Tidak ada kerja punya pasal. Kawan-kawan aku yang lain aku biarkan mereka menikmati makan-makan mereka. Disini aku membantu mama. Sementara Salwa dan abang Aakif pun ada di sini juga.

“Assalamualaikum…,” ucap seorang wanita.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wanita tersebut adalah baginda Tunku Permaisuri Agong bersama dengan keluarga baginda yang lain. Apa yang membuatkan aku lebih terkejut adalah Sultan Agong pun turut hadir juga. Tanpa membuang masa, kami menunduk hormat kepada mereka di muka pintu itu. Saudara-mara aku yang lain pun seperti tidak percaya yang keluarga kerabat DiRaja turut hadir pada majlis ini.

“Ampun, Tuanku. Terima kasih la sebab hadir ke majlis kahwin anak patik yang tak seberapa ni,” kata mama sambil tersenyum.

“Tak apa la. Dah Safa jemput. Mesti la kami pun datang. Nanti biadap pula,” jawab Permaisuri Agong sambil ketawa.

“Biar patik tunjukkan meja untuk tuanku sekeluarga,” kata mama lalu menunduk sedikit. “Safa pun ikut sekali…,” bisik mama kepada aku.

Alamak, sudah. Kenapalah pula mama membawa aku sekali? Aku mahu saja menggelengkan kepala. Tapi mama sudah terlebih awal memberikan ketam yang cukup enak kepada aku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa membuntuti mama. Saudara-mara aku yang lain sudah tersenyum nakal kepada aku. Sudah kenapa pula mereka begitu?

Tanpa membuang masa lagi, aku pun membuntuti mama. Dari belakang mereka, aku dapat melihat ada kelibat Tengku Isyraq dan Tengku Asyraf. Ada Tengku Syarifah juga bersama dengan seorang gadis yang aku tidak tahu siapa dan seorang lelaki. Mungkin antara adik-beradik mereka juga.

“Tuanku nak apa-apa ke? Boleh patik ambilkan,” kata aku dengan memberi satu senyuman kepada mereka setelah mereka melabuhkan punggung di kerusi yang telah disediakan.

“Tak apa la. Susah-susah aje. Kalau kami nak apa-apa, pandai-pandai la dorang ni ambil sendiri. Dah besar panjang dah pun, kan?” kata Sultan pula sambil ketawa.

“Kalau macam tu, kami minta diri dulu la. Selesakan diri la, ya?” ucap mama pula sambil tersenyum. Permaisuri setakat senyum.

“Mama tak tau pula dorang datang betul-betul,” bisik mama kepada aku selepas saja kami meninggalkan meja mereka.

“Tu la. Kakak pun macam tak percaya juga,” jawab aku turut merasakan benda yang sama.

“Kalau macam tu, kakak layan dorang. Mana tau dorang segan nak minta apa-apa ke?” kata mama aku.

“La, mak. Takkan kakak pula yang kena layan?”

Mama sudah bercekak pinggang memandang aku. Sudah kenapalah pula kami berbincang di tengah jalan ini? Macam pula sedang membincangkan benda penting.

“Kakak la kena layan. Sebab tu tetamu kakak,”

“Mak, kakak nak pegi tempat kawan kakak dulu la,” jawab aku seraya melarikan diri.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now