BAB 25

101 6 0
                                    

Beberapa bulan kemudian…

SUDAH hampir beberapa bulan aku meninggalkan negeri Pahang Darul Makmur ini. Kini aku kembali. Untuk mengambil barang yang aku tinggalkan di asrama Kolej Komuniti Temerloh.

Apa yang aku buat selama beberapa bulan itu? Ingat tak lagi janji kita dulu Aspalella? Kau dan aku akan bersama hingga ke akhir tua. Tiba-tiba pula ternyanyi lagu Saiful Apek iaitu Aspalella. Okay, serius. Ingat atau tidak macam mana pertama kali aku bertemu dengan Tengku Asyraf? Ketika itu kami berada di sebuah kafe.

Iya. Aku melakukan kerja separuh masa. Malang sekali yang kafe itu sudah pun tutup ketika musim pandemik ini. Bisnes kafe itu langsung tidak dapat mampu tampung sewa bangunan tersebut. Akhirnya bos kafe itu pun mengumumkan untuk tutup kafe itu. Aku sangat sedih. Banyak kenangan aku berada di kafe tersebut.

Tapi, aku sempat mengumpul duit gaji aku. Walaupun tidak seberapa. Sekurang-kurangnya aku dapat menyimpan duit. Itulah yang aku buat sepanjang beberapa bulan selepas ujian akhir kolej. Oh, tidak lupa juga yang aku sedang menulis sebuah novel. Kini berada dalam draf. Selain itu juga aku menonton konsert BTS. Lama sudah tidak mendengar kemunculan korea mereka.

Oh, lupa nak cakap. Aku ada menghantar manuskrip novel Mengenali Hatinya di syarikat penerbitan The Book’s Gallery. Alhamdulillah akhirnya manuskrip aku berjaya diterbitkan. Seronok dapat melihat manuskrip yang aku tulis selama ini menjadi sebuah buku novel. Tidak sia-sia usaha aku selama ini sebagai seorang penulis novel dan juga seorang pelajar fesyen.

Cakap pasal fesyen pula. Alhamdulillah juga pertunjukkan fesyen itu berjaya. Tengku Isyraq pun memberi kata-kata semangat kepada kami semua sebelum memulakan pertunjukkan fesyen itu.

Tapi…

“Nampak sangat yang awak ni budak-budak. Mana ada orang dewasa tengok kartun disney dah sekarang ni. Awak aje yang masih budak,” kata Tengku Isyraq selepas aku memberitahu dia yang tema aku dan Iwan merupakan fairy tale.

Geram pula aku bila dia tidak henti memanggil aku budak-budak. Macam mahu saja aku cekik dia ini.

“Tengku. Ada aje pun orang dewasa tengok cerita kartun disney ni. Tengku tu aje tak tau. Tu maksudnya saya ni berjiwa muda. Zaman muda saya masih belum hilang lagi. Alhamdulillah la sebab saya tak serius sangat macam Tengku. Serius memanjang sampai dua puluh empat jam,” kata aku sambil mencebik.

Tidak tahu kenapa punya berani aku melawan kata dengan Tengku Mahkota Pahang ini. Kalau mama tahu aku buat macam ini, mahunya aku ini dipancung hingga lunyai oleh mama. Dihantar belajar jauh-jauh sehingga ke Pahang untuk belajar tentang rekaan fesyen, aku pergi bermain kata dengan Tengku Mahkota Pahang pul.

Mahu saja aku menepuk dahi aku ketika itu.

“Banyak ke barang yang nak kena ambil?” soal abang Aakif sambil keluar dari kereta.

Kami tiba di dalam bangunan Kolej Komuniti untuk mengambil barang-barang aku. Tidak semua ikut untuk mengambil barang aku. Maklumlah. Aku ini mahu mengambil barang, bukannya mahu mengambil laki. Jadi tidak perlulah mahu bersesak ke dalam kereta ini secara berjemaah. Terutama sekali sekarang ini sedang dalam musim pandemik covid-19. Bahaya juga kalau mahu keluar ramai-ramai.

“Tak la juga banyak. Bukannya Fa pindah kat sini pun,” kata aku seraya menggaruk kening aku sambil bercekak pinggang.

“Kalau macam tu, Fa sendiri la ambil barang-barang Fa tu. Abang malas nak keluar kereta la,” kata abang Aakif sambil tersengih.

Hek eleh! Cakap tadi macam mahu bantu adik kesayangan dia ini. Kureng punya abang. Nasib baik dia jadi driver tidak bergaji aku. Kalau tidak, memang aku langgar juga abang aku ini.

Astaghfirullahalazim, NurSafa Malaiqa. Kau cakap yang kau nak beristiqomah. Sekarang ni, kenapa kau boleh terfikir idea bodoh mahu membunuh abang kau sendiri?

Okay. Tarik nafas and hembus. Istighfar banyak-banyak dan sebut ‘A’udzubillahi minnal syaitonnirrozim’. Yes, that’s right. Syaitan sedang menghasut minda kau sekarang ini. Buang pemikiran jahat. Dan sekarang bertenang.

Aku senyum.

“Cepat la. Kitorang nak shopping ni,”

Aku memandang ke belakang. Lupa pula tentang dua malaun ini. Kak Saadah dan juga Salwa. Tujuan mereka ikut adalah kerana mereka mahu bersiar-siar di daerah Temerloh ini. Kata mereka, jarang dapat melihat keindahan persekitaran Pahang. Padahal aku tahu sangat yang mereka sebenarnya mahu pergi membeli-belah. Dengar saja apa yang dikatakan oleh Salwa sebentar tadi.

Meskipun aku pekak, tapi tidak semestinya aku tidak dengar. Eh, apa pula aku merapuh ini?

“Sabar la,” kata aku sambil menjeling ke arah Salwa yang sedang tersengih itu.

Apalah nasib aku ini? Dapat adik-beradik yang kuat membuli. Bukan pula mahu membantu aku mengangkat barang. Boleh pula mereka menyuruh aku cepat untuk mengurus urusan aku itu. Hek eleh. Relakslah, brader. Siapa suruh terhegeh-hegeh sangat mahu ikut ambil barang.

Selepas ini mahu pergi berjalan-jalan. Barang-barang aku pula mahu campak ke mana?

Macamlah aku tidak tahu. Kalau mereka bersiar-siar, pasti barang-barang akan memenuhi but kereta. Ciskek betul.

Aku pun keluar untuk ke bangunan hostel kolej itu. Nasib baik saja aku sudah mengemas semua barang-barang yang patut. Hanya tinggal untuk membawa pergi saja. Aku melihat sekeliling bilik itu. Pasti akan rasa rindu dengan bilik yang aku tinggal selama setahun lebih itu. Kini aku pun meninggalkan bilik itu.

Sudah tiba masanya bilik itu menjadi milik orang lain. Junior yang akan masuk tidak lama lagi. Jaga diri, ya, bilik.

Aku pun keluar dari bilik. Satu demi satu bangunan itu aku perhatikan. Banyak kenangan sepanjang aku belajar disini. Seronok rasanya dapat keluar dari tempat tinggal sendiri. Keluar dari zon negeri Melaka dan beralih kepada zon negeri Pahang Darul Makmur. Macam-macam aku pelajari disini sebagai rakyat Pahang.

Aku mengeluh.

“Selamat tinggal, my college. Jumpa lagi waktu konvo nanti. In syaa Allah,” kata aku sendirian.

Aku pun melangkah menuju ke kereta milik abang Aakif. Nanti kalau aku lambat jalan, takut nanti ditinggalkan oleh abang aku itu. Macamlah tidak kenal perangai abang Aakif yang tidak pandai sabar itu. Kalau lambat, memang disuruhlah aku berjalan kaki balik ke rumah. Sigh.

🖤🖤🖤

Menjaga Silaturrahim

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ  bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.”

Riwayat al-Bukhari, 5986

🌼🌼🌼

Hai assalamualaikum wbt. Apa khabar warga Wattpad. Rindu pula nak menulis kat Wattpad ni🥺 apa boleh buat sebab sis masih busy siapkan tempahan baju. Kalau x memang dh lama menghadap dunia oyen ni😆

Bercakap pasal oyen kan. Tadi ada 3 ekor kucing wrna oren dok sibuk mengiau depan rumah sis. Fyi kawasan rumah family kitorang ni x boleh pelihara kucing plus I don't really like a cat (fobia). Jadi asal kalau kucing dekat aje mesti akan menjerit (bukan menggedik).

Back to the storry, 3 ekor kucing tu comel sgt. Wrna bulu dorang tu cantik . My sis told me that the kucing kena buang based on their bulu la. Tp that kucing sgt la memilih makanan. My mom and my siblings slalu bgi makan kucing² yg slalu dtg rumah. Tp yg ini mmg sgt memilih.

Nk tanya mmg semua jenis kucing rumah slalu memilih makanan ke🤔 bcoz this is not my first time nmpak kucing memilih makanan mcm ni. Same case dgn kucing trbuang jgk depan my class.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now