BAB 50

90 5 0
                                    

ENTAHLAH. Nak cakap aku dah patah hati tak juga sebab dengan semudah itu aku menerima Tengku Asyraf dalam hidup aku selepas apa yang terjadi kat aku dan Tengku Israq. Nak cakap aku tak patah hati pun tak boleh juga sebab aku seperti seseorang yang betul-betul tengah putus cinta waktu tu. Dengan aku tak mau memalukan antara keluarga aku dan juga keluarga Sultan Pahang.

Aku dibelenggu!

Dia apa tau? Dia cuma buang semua beban tu kepada aku tanpa dia tau aku yang merana. Sekarang dia datang macam tak ada apa yang berlaku pula? What the…

“First of all I will not discuss anything if my husband isn’t here and secondly, saya tak rasa kita ada apa-apa nak discuss lagi,” ucap aku seraya menarik tangan Tengku Asyraf.

Namun, Tengku Asyraf masih tidak berganjak dari tempatnya. Aku pelik. Aku pandang wajah tenang milik Tengku Asyraf.

“Dengar dulu apa yang abang Haq nak cakap…,”

Aku lupa yang Tengku Asyraf merupakan adik kepada Tengku Israq. Memang wajarlah kalau dia mau pertahankan abangnya sendiri. Lebih dari isterinya sendiri. 

“Nah it’s okay. I’m leaving now…,”

“Safa…,”

Aku kembali menoleh Tengku Israq tanpa perasaan.

Iya, itulah aku. Seorang NurSafa Malaiqa yang sangat degil. Aku akui akan perangai aku yang satu ini. Tapi mau buat macam mana kalau aku sudah tawar hati dengan Tengku Israq apa lagi mau berbincang dengan dia?

“Okay, fine. Cakap la apa yang nak cakap tu?”

Tengku Israq menarik nafas sebelum memulakan perbualan. Persis sedang bercakap dengan kedutaan luar negara saja. Rilek sudah sebab aku cuma NurSafa Malaiqa yang menetap di Malaysia sebagai seorang warganegara Malaysia. Bukan Bangladesh!

“First of all, saya nak minta maaf sebab saya tinggalkan awak dan…,”

“Awak pegi begitu je tak explain apa-apa. You’re cruel!”

“Miqa…,” Tengku Asyraf menggeleng kepala pada aku.

Kan dah kena dengan laki sendiri. Tengku Asyraf ni pun satu. Bukanlah nak back up isteri sendiri. Hampeh betul! Malam ni tidur kat luar! Muahahahahahah!

“I know, Safa. But do you remember my question during our engagement ceremony?”

“Yang mana?” soal aku sambil menyilang tangan.

Banyak sangat dia tanya aku waktu itu. Manalah aku ingat.

“Am I the one of the choices in your heart? And you answer that you don’t know. Benda tu buat saya fikir, Safa. At our engagement, awak cari Tengku Asyraf. But you’re not sure if I am the choice in your heart or not…,”

Aku diam menanti setiap kata-katanya. Persis seorang murid yang baru saja dimarahi oleh cikgunya. Begitulah aku sekarang.

“Itu lebih buat saya fikir, Safa, rapatnya awak dan Tengku Asyraf. Dan saya try bandingkan cara awak bercakap dengan saya dengan Tengku Asyraf. And you are more comfortable dengan Tengku Asyraf. And I know that Tengku Asyraf love you too. Maybe that’s why Tengku Asyraf pun bawa diri…,” 

Tengku Israq pandang Tengku Asyraf yang masih mendiamkan diri.

“So kalau Tengku tau dan terfikir semua ni, kenapa tak tolak je bila mama nak kahwinkan saya dengan Tengku?”

“Because I love you, Safa! You changed my life for the better. Life saya yang selama ni kosong, semuanya terisi dengan positive vibe yang awak bawa, Safa. I can’t accept the fact that you belong to someone else until you really show me that I am nobody to you. Saya selfish kat awak, kat Tengku Asyraf. Bila dah saya sedar, saya pun cuba untuk jauhkan diri dari awak. Fikir balik perbuatan saya ni betul atau tak,”

Tengku Isyraq mengeluh.

“Saya bagitau kat Tengku Asyraf yang saya dah give up dengan awak. Sebab saya tau hati awak bukan untuk saya but Tengku Asyraf,”

“Tapi Tengku buat saya ni macam barang tak berguna. At least Tengku ada masa untuk explain kat saya pasal ni. Without biarkan saya tergantung macam orang gila,”

“I thought you will be okay without me, Safa…,”

“Yes, I do. Tapi at least Tengku kena la bagitau saya why you have to go. Tengku sendiri tak tau macam mana saya nak hadap makcik-makcik saya and…,”

“Reporter…,” sampuk Tengku Asyraf tiba-tiba.

“Iya dan reporter. Tau tak saya macam nak nangis je waktu tu sebab saya panik sangat. Tapi Tengku langsung tak datang explain semuanya,”

“I’m sorry, Safa…,”

“Tapi sebab Tengku juga, akhirnya saya sedar siapa dalam hati saya. Yang selama ni saya try untuk tepis, tapi dia tetap juga ada…,”

Tengku Israq memandang Tengku Asyraf. Tengku Asyraf sudah tersengih sambil bermain kening ke arah Tengku Isyraq. Haha!

“Maybe I should thank to you? Abang Haq?”

Aku tersengih pandang Tengku Isyraq. Iyalah. Sudah Tengku Asyraf memanggil abang Haq. Aku pun ikut jugalah. Itupun kalau dia sudi.

“So, maksudnya Safa dah maafkan saya?”

“Hmm…,” aku mengangguk.

“Alhamdulillah, Safa. Thanks so much. I am really happy for both of you. Abang Haq doakan korang bahagia hingga ke anak cucu…,”

“Aamiin…,”

“So, bila nak ada anak?” soal Tengku Isyraq secara tiba-tiba.

“Tu kena tanya Safa la dulu,”

“Eh, apa pula cakap pasal anak ni?”

“Iya la, dah lama korang kahwin ni,”

“Lepas abang Haq kahwin dengan kawan Safa dulu la!”

“Itu Asy setuju. Jangan lama-lama, abang Haq. Takut nanti dia diambil orang, Merana kali kedua abang Haq nanti,”

Aku dan Tengku Asyraf ketawa. Seronok sangat dapat mengenakan Tengku Isyraq. Tapi, siapa pun jodoh Tengku Isyraq, aku doakan dia bahagia dengan pasangannya nanti. InsyaAllah.

Alhamdulillah Allah telah melembutkan hati aku untuk memaafkan Tengku Isyraq. Mungkin betul apa yang Tengku Isyraq cakap pada aku. Mungkin sebab dalam hati aku langsung tak ada nama Tengku Isyraq. Sebab buktinya aku telah sah menjadi milik Tengku Asyraf. Dan aku berterima kasih juga kepada Tengku Isyraq. Kalau bukan sebab sikapnya yang melulu meninggalkan aku, mungkin aku tak akan bersama dengan Tengku Asyraf. Tapi akan menjadi kakak ipar kepada Tengku Asyraf.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now