BAB 6

105 10 4
                                    

“ASSALAMUALAIKUM warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah…,”

Selesai juga solat zohor yang diimamkan oleh Tengku Isyraq. Rasa bangga juga sebab diimamkan oleh Tengku Mahkota. Nasib saja permaisuri turut ikut dalam menunaikan solat zohor itu. Kalau tidak, memang rasa janggal sangatlah aku dengan dua orang Tengku didepan itu.

Sesudah membaca ayat kursi dan berdoa, aku mula berzikir. Aku seperti perasan akan pandangan permaisuri pada aku di sebelah. Atau itu sekadar imaginasi aku saja?

Selesai saja aku berzikir, aku memandang Permaisuri yang sedang tersenyum memandang aku. Sudah aku agak yang aku tidak berimaginasi. Aku secara automatik menghulurkan tangan kepada permaisuri. Ingin bersalaman. Sudah menjadi tabiat kalau solat berjemaah, akan bersalaman dengan orang yang bersebelahan. Permaisuri menyambutnya dengan lembut.

“Apa nama kamu? Saya lupa pula nak tanya,” soal Permaisuri sesudah kami keluar dari bilik solat yang tersedia di butik itu.

Aku terkejut saat permaisuri tanya aku begitu. Tengku Isyraq dan Tengku Asyraf sudah lama keluar. Memberi peluang kepada aku dan pemaisuri untuk mengemas tudung kami itu.

“Nama patik NurSafa Malaiqa. Orang semua panggil patik Safa,” jawab aku sambil tersenyum.

Kami pun tiba di depan butik. Tengku Isyraq dan Tengku Asyraf sedang bersemayan di sofa tadi. Tengku Syarifah pula masih berada di tempatnya tadi. Sayangnya baginda tidak dapat menyertai kami solat sebab dia cuti ABC pula.

“Kalau macam tu, saya akan panggil kamu Malaiqa. Nampak sedap dan istimewa panggilan tu. Sama macam orangnya juga,” kata permaisuri sambil tersenyum. Aku turut membalas senyuman itu.

“Baik betul Malaiqa ni. Sejuk mata memandang. Lepas solat tadi tu pun, saya nampak keikhlasan dalam mata Malaiqa,” ujar permaisuri sekali gus memuji aku.

Rasa malu pun ada juga. Tidak pernah ada permaisuri yang memuji aku sebegitu. Aku bukan mahu menunjuk-tunjuk yang aku ini berakhlak mulia. Tapi itu sudah menjadi rutin harian aku akan membaca ayat kursi dan berdoa lalu berzikir kepada Allah. Kalau ada kesempatan pula, aku akan membaca Al-Quran. Tapi biasanya aku akan buat ketika hari jumaat saja.

Malu akan senyuman permaisuri itu, pandangan aku automatik teralih ke arah Tengku Isyraq yang sedang tersenyum memandang aku. aku pun tidak tahu kenapa, aku juga membalas senyuman itu. Sebelum aku mengalihkan pandangan aku kepada permaisuri. Boleh kena diabetes aku kalau asyik terpandang Tengku Isyraq saja.

“Baju yang tuanku tempah dah ada saya bungkus kat kaunter,” beritahu aku seraya mengambil baju itu kepada permaisuri.

Tidak tahu kenapa. Rasa senang hati pula aku hari ini. Sebab apa, ya?

---

TIBALAH pada hari ini. Sebab asal kenapa aku harus berada di Selangor ini. Ainul menghantar aku, Ros dan Aurelia ke karnival buku yang berada di Cheras Mahkota. Teruja pun ada juga. Aku meminta teman dengan dua orang kawan aku ini. Lagipun, pasti mereka akan rasa bosan kalau asyik terperuk di rumah saja.

Kemarin, pada hari khamis, sibuk kami mengelilingi pusat membeli belah di Suria KLCC itu. Habis semua tempat kami serbuh. Ainul sekadar rela mengikuti kami bertiga. Tujuan asal dia ke sana hanya untuk membeli novel saja. Aku pula segala novel, komik, semua aku angkut. Haha!

“Nanti kalau dah habis, call aku aje tau. Sorry tak dapat ikut korang,” kata Ainul dengan kesal. Dia pun mahu ikut sertai juga. Tapi apa boleh buat? Dia pun banyak kerja yang harus dia lakukan.

Aku sebagai seorang kawan yang baik hati pun tidak boleh mahu memaksa dia. Biarpun dulu aku selalu memaksa dia untuk melakukan sesuatu perkara. Dulu memang aku tidak kesah. Tapi, sekarang ini kami sama-sama sudah membesar. Urusan dia lebih penting berbanding karnival aku ini. Lain kali dia boleh ikut serta juga. Sudah cukuplah dia membeli novel-novel aku. Selepas saja Mengenali Hatinya sudah terbit, tugas aku sebagai pemaksa akan dihidupkan. Aku akan suruh dia membeli novel aku. Muahahaha!

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now