BAB 28

65 8 0
                                    

RUMAH teres bertingkat dua itu aku tatap dari dalam kereta. Aku sangkakan yang Iwan mahu bergurau dengan aku tentang mahu membawa aku ke rumah mereka. Tapi ternyata ianya benar. Aku terkeluh. Tidak tahu mahu katakan apa.

Rancangan asal yang sepatutnya makan bersama keluarga aku, akhirnya bertukar menjadi makan tengah hari bersama keluarga Iwan. Semuanya berlaku dengan hanya sekelip mata saja. Mungkin Iwan pun tidak menyangka yang benda ini akan berlaku. Sekarang aku rasa menyesal untuk mengikutinya.

Sorry la. Memang sepatutnya lepas saya ambil Irene kat kolej kitorang akan lunch dengan family. Tapi tak tau pula jadi macam ni,” kata Iwan sambil menggarukkan keningnya.

Aku tahu yang dia turut kesal dengan apa yang berlaku. Tapi aku masih tidak berkata apa-apa. Lantas kami pun keluar dari kereta itu dan menuju ke pintu masuk rumah keluarga Iwan. Aku serbah salah sikit. Sebab hari ini aku merupakan tetamu yang tidak diundang. Namun, Iwan dan Irene tidak henti memaksa aku untuk mengikuti mereka makan tengah hari bersama.

“Lepas lunch ni, saya hantar awak balik. I promise,” kata Iwan kepada aku selepas aku masih tidak berganjak dari keretanya itu.

Apa aku boleh katakan? Macam tetamu yang tidak tahu malu pun ada aku ini. Sudahlah aku lapar sangat ni. Mahu pula aku bertekak dengan Iwan pada hari yang panas ini?? Tak naklah aku. Elok sangatlah tu dapat makan percuma hari ini.

“Assalamualaikum…,” ucap dua orang beradik ini.

Aku sedari dari tadi hanya berdiri di belakang Iwan. Segan siot mahu menjerit depan rumah orang. Nanti aku dicop oleh keluarga Iwan dan juga jiran-tetangganya yang aku ini tidak tahu malu.

“Walaikumsalam. Dah balik pun an…,” kata-kata seorang wanita pertengahan umur yang aku sangkakan mungkin itu merupakan ibu mereka, setelah melihat aku dibelakang Iwan.

Aku menghadiahkan ibu kepada Iwan itu satu senyuman. Tidaklah mahu nampak sombong atau biadap di hadapan ibunya. Bukan mahu mengambil hati bakal ibu mertua, ya anak-anak.

“Siapa ni?” soal puan itu kepada Iwan.

“Ni kawan Iwan, bu. Ibu tak kesah kan kalau Iwan ajak kawan makan tengah hari dengan kita?” soal Iwan. Aku hanya melihat Iwan dari belakang tanpa dapat mengagak apakah reaksinya.

"Mesti la boleh. Apa salahnya? Jemput la masuk. kita makan sama-sama," balas Puan Ira selaku nama ibu Iwan sambil menarik tangan aku masuk ke rumah.

Terkejut bukan kepalang. Sempat aku menoleh ke arah Iwan semasa aku ditarik masuk ke rumah. Aku melihat dia tersenyum lucu saat aku ditarik oleh ibunya. Apa kes?

---

“DAH berapa lama Safa menulis?” soal Puan Ira.

Saat itu kami masih berada di meja makan. Baru saja aku ingin menyuapkan makanan ke dalam mulut, sudah diberi soalan temu ramah oleh keluarga Iwan.

Rupanya Iwan mempunyai 4 orang adik beradik. Iwan mempunyai 2 orang abang dan seorang adik perempuan. Itu juga bermaksud yang Iwan merupakan anak ketiga. Eh, dah kenapa pula aku mahu tahu salah silah keluarga Iwan? Oh, iya. Sebab dia merupakan crush tersayang aku giteww. Auch!

“Tak lama juga, aunty. Baru aje mula. Itu pun lepas masuk kolej. Terus dapat ilham gitu,” jawab aku sambil tersenyum semanis mungkin.

Iyakah dapat ilham lepas masuk kolej? Bukan novel pertama dapat ilham waktu kerja part time dan novel kedua dapat ilham dari BTS ke? Agak-agak la, Safa, kalau nak menipu pun. Aku berbisik pada hati.

Macam-macam lagilah soalan yang diajukan oleh keluarga Iwan kepada aku. Dan aku pun selaku peserta yang ditemu ramah pun menjawab seboleh yang mampu.

“Safa masih single ke?” soal Ikhwan, abang kedua Iwan.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now