BAB 19

82 9 1
                                    

PADA akhirnya hari yang dinanti-nantikan, kelas kami pun bermula. Penentuan tema pun sudah ditentukan hari ini. Nasib saja aku dan Iwan sempat mengambil tema fairy tale itu. Setelah kami telah bersusah payah memikirkan rekaan apa yang kami akan buat untuk tema fairy tale itu. Kalau dapat tema yang lain, terpaksa kami bersusah payah menukar plan lagi.

Sesungguhnya aku bertuah sebab dapat berpasangan dengan Iwan. Kami masing-masing sudah membuat persediaan untuk tugasan akhir kami untuk subjek ini. Biarlah kami tidak dapat score tinggi. Yang penting, kami enjoy dengan apa yang kami buat. Aku dan Iwan pun berbual pasal rancangan yang kami buat semalam ketika dia mahu bertemu dengan aku itu.

“Awak cakap awak suka disney princess kan? Awak suka princess apa?” soal Iwan secara tiba-tiba.

Aku kembali berfikir disney princess mana yang paling aku suka. Sejak akhir-akhir ini aku sangat suka tengok disney princess. Jadi sukar untuk aku tentukan. Dulu aku suka Cinderella. Selepas itu Belle, Jasmine, Elsa, dan macam-macam lagi disney princess. Tiba-tiba aku terfikir akan satu princess ini. Wataknya yang aku suka itu sama seperti perwatakan aku.

“Merida dalam disney Brave,” jawab aku sambil memikirkan puteri yang berambut keriting berwarna jingga itu.

Perwatakannya yang berani itu telah mengagumkan aku. Seorang gadis yang ingin berdikari dan tidak terlalu manja yang terikat dengan undang-undang istana. Seorang gadis yang inginkan kebebasan namun dikawal ketat oleh ibunya. Kerana dia merupakan seorang puteri yang sulung. Sebab itulah ibunya tidak mahu Merida menjadi sangat lasak.

Ketika kami berbual tentang cerita disney, tiba-tiba saja suasana yang bising itu kembali menjadi sunyi sepi. Aku melihat prof Diana yang menunduk di depan pintu. Seperti ada seseorang atau dua orang disitu selain prof Diana.

Class, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Darul Makmur Tengku Isyraq Aminuddin Shah berkenan untuk melawat aktiviti kelas kita hari ini. Sila beri tunduk hormat kepada Tengku,” ucap prof Diana kepada kami semua.

Tanpa membuang masa satu kelas itu pun menunduk hormat kepada Tengku Isyraq termasuk aku yang berada disitu. Hampir terkejut juga aku sebab akan berjumpa dengan Tengku Isyraq disini. Sudah berapa lama kami tidak bertemu sejak dia menghantar aku balik dari padang polo tempoh hari? Sekarang, dengan rasa tidak bersalahnya dia datang ke sini sebab berkenan mahu melihat aktiviti kami?

Mestilah dia rasa tidak bersalah. Sebab dia merupakan seorang pemangku raja Pahang. Apa dia mahu buat semua dia akan buat. Sebab dia mempunyai pangkat yang tinggi. Aku mendiamkan diri. Tidak berkutik.

“Fa, aku rasa Tengku Isyraq cari kau la. Maklum la nak tengok adinda iparnya kan?” gurau Ros disambut dengan ketawa Aurelia disebelah aku.

“Untung la abang ipar sendiri datang melawat. Dah tak pandang orang lain dah lepas ni,” kali ini Aurelia pula yang mengenakan aku. Iwan pula memandang aku dengan pelik. Mungkin tidak faham akan maksud kedua-dua kawan aku itu.

Ah, biarlah dia pun tidak faham!

Sungguh aku tidak rasa selesa dengan gurauan itu. Kalau mereka tahu apa amaran Tengku Isyraq beri kepada aku tempoh hari, pasti mereka tidak akan berkata seperti itu. Kata-kata mereka itu pasti mereka akan tarik balik. Mahu sangat aku lihat wajah keluh mereka setelah aku memberitahu apa yang Tengku Isyraq cakap pada aku.

Tengku Isyraq sajakah yang datang? Tengku Asyraf tidak ikut sekali? Aku memandang sekeliling dibahagian depan meja pensyarah itu. Tiba-tiba saja mata aku dan Tengku Isyraq bertembung. Dia menghantar aku satu pandangan yang sukar aku tafsirkan. Apakah makna pandangan itu? Dia tidak senyum dan tidak juga marah. Susah aku mahu tafsirkan.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now