BAB 33

58 6 0
                                    

MASIH tidak percaya dengan apa yang aku lihat sekarang ini. Tengku Asyraf sedang berdiri di butik kami? Apa dia buat di Melaka ini pun aku tidak tahu. Tapi sesungguhnya aku tidak tahu kenapa hati aku rasa sangat tenang sekali. Rasa macam aku suka akan kedatangan dia disini.

“Apa tengku buat kat sini?” soal Ros sambil mempelawa Tengku Asyraf masuk.

Ros dan Aurelia sudah pun berdiri menjemput Tengku Asyraf. Sedangkan aku masih lagi di kedudukan aku. Masih lagi terkejut dengan apa yang baru aku lihat sekarang ini. Betulkah apa yang aku lihat ini? Aku… tidak bermimpi, kan?

“Saja nak melawat,” kata Tengku Isyraq sambil memerhatikan sekeliling butik ini. Sebelum pandangan kami bertemu.

Aku seperti tersedar akan pandangan Tengku Asyraf itu, terus saja aku melarikan pandangan itu. Buat-buat sibuk. Aku mahu meneruskan kerja aku yang terbengkalai sejak dari tadi lagi. Kalau tidak disiapkan secepat mungkin, nanti pelanggan akan lari pula. Sudahlah aku ini tidak suka menangguh kerja. Lebih-lebih lagi kalau pasal menjahit baju orang.

How are you, Miqa?” soal Tengku Asyraf.

Tangan aku terhenti. Miqa? Dia saja yang memanggil aku dengan panggilan Miqa. Aku tahu dia sedang bercakap dengan aku. Apasal pula Tengku satu orang ini mahu mengganggu aku pula? Sudahlah abang dia ganggu aku tempoh hari. Sekarang dia pula yang mahu ganggu. Hampeh la sis.

“Miqa?” soal Ros dan Aurelia secara serentak.

Automatik terus saja aku terbatuk mendengar persoalan dari dua orang kawan aku itu. Ah, sudah. Kenapa tiba-tiba datang pula penyakit batuk aku ini? Sejak dari tadi tidak ada pula mahu memunculkan diri. Sekarang datang saja Tengku Asyraf, tiba-tiba pula mahu batuk? Entah-entah Tengku Asyraf yang menyebut aku dalam diam?

Astaghfirullahalazim. Tidak baik menfitnah Tengku Asyraf. Dia tidak buat apa-apa. Dia datang sebab mahu melawat saja. Tidak lebih daripada itu. Apa yang aku ini buruk sangka sangat dengan Tengku Asyraf ini? Baru saja aku habis solat zohor tadi. Takkan kau mahu kurang pahala sebab berburuk sangka dengan orang?

Aku beristighfar dalam hati.

“Kau okey tak ni, Fa?” soal Aurelia dengan risau.

Mereka sudah aku beritahu awal yang hari ini aku puasa ganti. Hari ini merupakan hari isnin. Lebih afdhal kalau mahu puasa sunat ataupun puasa ganti. Jadi sebab itulah mereka tidak menghulurkan air kepada aku.

“Aku okey aje…,” jawab aku sambil tersenyum. Wajah Tengku Asyraf aku pandang sekilas.

Aku pun kembali menyambung kerja aku sebentar tadi.

Actually, saya nak ajak Miqa keluar,” ujar Tengku Asyraf semula.

Aku memandang Aurelia yang berada di sebelah aku. Jelas sekali aku lihat riak wajah Aurelia dan Ros seperti lain. Macam ada sesuatu yang membuatkan aku tidak selesa. Aurelia perasan aku memandangnya.

“Apasal kau pandang aku? Tengku ajak kau keluar. Bukan dia ajak aku keluar. Patutnya kau pandang Tengku. Bukannya aku,” kata Aurelia sambil dipusingkan kepala aku memandang Tengku Asyraf menggunakan tangannya.

Aku menggarukkan kening aku yang sedang gatal itu. Sesungguhnya aku sedikit janggal mahu keluar dengan Tengku Asyraf. Sebab kami sudah lama tidak bertemu. Kali terakhir bertemu pun adalah ketika aku sudah semester akhir di kolej. Itupun Tengku Asyraf mengumumkan yang dia akan terbang ke London. Selepas itu tidak ada khabar berita tentang Tengku Asyraf.

“Pegi la, Fa. Bukan selalu tau kitorang bagi permission untuk kau keluar dengan lelaki. Kali aje tau. Tu pun sebab ada Tengku Asyraf,” kata Ros pula.

Amboi. Cakap macam dorang ini pula mama aku. Sedangkan mama pun tidak kesah aku keluar dengan siapa. Yang penting akhlak mereka bagus dan pandai hormat orang tua. Asal mereka tidak mempengaruhi aku ke arah yang sesat, sudah mama memberi kebenaran keluar.

“Masalahnya keja aku ni belum siap lagi. Aku nak kasih settle hari ni juga,” jawab aku memberi alasan.

“Bukan customer kau ni bagi tempoh a week aje ke? Apasal pula nak kasih siap hari ni? Kau baru aje buat pola kot,” kata Aurelia.

“Macam tak tau yang Safa ni workaholic,” ujar Ros pula sambil mencebik.

Tahu benar akan sikap aku yang tidak suka bertangguh. Bukan kerana aku sibuk bekerja. Sebab kalau aku sudah menangguhkan kerja, aku pasti akan mengabaikan kerja itu selebihnya. Sebab itulah aku tidak mahu perkara itu terjadi. Nanti mengamuk pula pelanggan kami.

“Bukannya workaholic. Aku just tak nak postponekan keja aku. Nanti tak pasal-pasal aku abaikan pula keja aku nanti. Sebab dah terbiasa postpone,” kata aku dengan benar.

Itulah cara aku bekerja. Apabila aku melakukan satu kerja itu, aku akan pastikan yang aku akan menyiapkannya secepat mungkin. Sebab kalau tidak, macam yang aku cakap tadi. Aku pasti akan mengabaikannya. Biarlah masa rehat ke apa. Sebab itulah bagus sangat yang aku puasa sunat hari ini. Dapat juga aku fokus pada tempahan pelangan aku.

It’s okey. Pasal baju ni just let me and Ros kasih settle. Kau enjoy aje date kau dengan Tengku kesayagan kau,” kata Aurelia. Nasib saja perkataan ‘tengku kesayangan’ itu Aurelia perlahankan supaya cuma kami bertiga saja dengar.

Aku menjeling bosan kepada mereka. Mahu menunjukkan yang aku sedang serius dengan kerja aku. Tidak mahu bermai-main langsung. Mereka pun sudah sedia maklum dengan orang yang fokus dengan kerja seperti aku ini.

“Ala, tak apa la. Biar kitorang buat. Really. Tapi kalau kau rasa serbah salah, nanti kau treat la kami dengan McD ke KFC pun boleh,” kata Ros.

Amboi. Kalau bab makanan, laju saja mereka. Dua kali lima la dengan aku ini yang kuat makan. Nasib saja hari ini aku berpuasa. Kalau tidak, memang aku terpengaruh dengan apa yang mereka cakapkan itu dan menyuruh Tengku Asyraf membawa aku ke McD ataupun KFC. Laparlah pula.

Sabar, Safa. Ini adalah ujian untuk orang yang sedang berpuasa. Tahan nafsu makan kau! Kau boleh buat asal kau tau. Kau boleh buat asal kau mahu. Eh, dah kenapa aku menyanyi pula ni??

Mahu tidak mahu, terpaksalah aku ikut apa yang mereka cakapkan itu.

Fine…,” jawab aku separa rela.

Aku pun masuk ke dalam bilik pekerja untuk mengambil beg aku. Tidak mahu kawan-kawan aku itu bising dan memaksa aku untuk keluar dari butik ini. Ala, kalau sudah namanya Ros dan Aurelia. Pasti merek akan selalu teruja. Sebab itulah aku sayang dengan kawan-kawan itu. Nasib saja kami dipertemukan ketika mendaftar di kolej beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah.

Aku pun meminta diri kepada mereka berdua untuk keluar dengan Tengku Asyraf. Mereka juga tidak lupa untuk berpesan kepada aku supaya hati-hati dan jangan pulang lambat. Amboi, tahu pula mereka mahu suruh aku jangan keluar lama-lama. Tadi bukan main paksa lagi aku untuk keluar.

Ketika aku dan Tengku Asyraf keluar dari butik itu, aku terlanggar dengan seorang lelaki. Yang aku lihat sedang tergesa-gesa.

Sorry…,” kata lelaki itu sebelum dia berjalan ke arah butik kami dengan tergesa-gesa.

Aku tidak berapa nampak sangat wajah lelaki itu sebab dia memakai topi Nike berwarna putih. Dengan memakai kaca mata hitam. Itu mengingatkan aku kepada pertemuan pertama aku dan Tengku Asyraf. Aku pun menoleh ke belakang.

Aku melihat yang lelaki itu seperti sedang berbual denga Aurelia. Mereka saling mengenali ke ataupun lelaki itu adalah pelanggan? Tapi aku tidak pernah nampak pun lelaki itu sebelum ni.

Come, my lady,” ujar Tengku Asyraf apabila dia perasan yang aku masih belum berganjak dari tempat aku tadi.

Tersedar akan itu, aku pun berjalan menyaingi langkah Tengku Asyraf. Aku terus terlupa akan kewujudan lelaki bertopi putih sebentar tadi.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now