BAB 17

77 9 9
                                    

SELEPAS saja aku habis melahap maggie cup perisa asam laksa itu, terus saja aku memandang telefon yang aku humban di atas katil. Tadi Tengku Asyraf ada memberi aku nombor telefonnya sebelum kami bergerak ke padang polo itu. Tangan rasa gatal mahu bertanyakan keadaan dia. Aku mengambil telefon milik aku. Nombor telefon milik Tengku Asyraf itu aku pandang.

My Prince. Itu adalah nama yang dia sendiri letakkan di dalam telefon aku. Mahu tukar tapi tidak tahu kenapa aku rasa suka dengan nama itu. My prince. Puteraku. Cinta hatiku. Okay. Fikiran aku sudah semakin merapuh. Aku berkira sama ada perlukah aku mahu menghubungi Tengku Asyraf ketika ini?

Tapi amaran Tengku Isyraq tu?

Ah, bukannya dia tahu kalau aku menghubungi adindanya sekarang. Takkanlah dia mahu kawal Tengku Asyraf selama dua puluh empat jam oleh kerana kes tadi saja? Dia sendiri yang cakap keadaan Tengku Asyraf tidak apa-apa sebab adindanya itu sangat kuat. Dan dia sendiri cakap yang ini bukan pertama kali kejadian ini berlaku. Adakah itu sekadar mahu menyedapkan hati supaya aku tidak berfikir tentang Tengku Asyraf lagi? Supaya aku semakin jauh dari Tengku Asyraf?

Kalau aku menghubungi Tengku Asyraf sekarang pun, tidakkah yang akan mengangkatnya nanti adalah Tengku Isyraq? Ada kemungkinan juga. Mungkin sebab Tengku Isyraq tidak mahu aku cuba untuk berhubung dengan adindanya itu. Aku kembali merenung telefon aku. Kalau telefon, takut Tengku Isyraq yang sambut. Kalau tidak telefon, takut nanti aku akan rasa bersalah sebab tinggalkan Tengku Asyraf tanpa ucapan selamat tinggal langsung.

Aku mengeluh berat. Susah betul mahu membuat keputusan sekarang ini.

"Apa la yang kau renungkan sangat phone kau tu? Aku tak nampak ada apa-apa pun. Gelap aje. Ke mata aku yang dah rabun ni?" soal Ros dari belakang aku.

Hampir saja terlepas telefon aku dari genggaman. Boleh pula si Ros ini datang mengejut dari belakang. Sejak bila dia ada di situ pun aku tidak tahu. Mungkin aku sibuk berfikir sejak dari tadi. Aku melilau sekeliling. Mana pula melaun satu lagi itu? Biasanya mereka akan melekat bersama. Kali ini tidak ada pula batang hidung si Aurelia.

"Mana Lia?" soal aku. Ros yang sedang menyidai tualanya itu aku pandang.

"Lia keluar kejap. Tak tau la pergi mana. Tapi dia cakap kejap lagi dia balik," kata Ros. Aku sekadar mengangguk. Mungkin ada hallah tu Aurelia.

Aku kembali merenung telefon aku. Masih berfikir tentang mahu menghubungi ataupun tidak. Apabila difikirkan balik, kenapalah aku perlu merosakkan otak aku oleh kerana kedua-dua tengku itu? Terutamanya Tengku Isyraq. Pilihan mana-mana pun akan berbalik kepada Tengku Isyraq juga. Aku mengeluh lagi sekali. Tidak tahu untuk ke berapa kali.

"Masalah dunia ke apa?" soal Ros. Aku terkejut mendengar soalan dia itu. Banyak berfikir sehingga soalan yang biasa macam begitu boleh membuatkan aku terkejut.

"Tak ada la. Nothing. Tengah fikir pasal assignment aje," tipu aku. Takkanlah aku mahu beritahu dia akan masalah aku yang kecil itu. Nanti mereka akan kecewa dengan sikap tengku mereka itu.

"Kau pergi mana dengan Tengku Asyraf?" soal Ros sambil melabuhkan punggungnya di atas katil menghadap aku.

Lupa pula aku yang ketika Tengku Asyraf mengajak aku keluar itu, Ros dan Aurelia juga ada di situ. Kalau mahu tipu pun tidak boleh juga. Lagipun apa motif aku mahu menipu? Memang ada pun. Aku tidak mahu mereka tahu yang aku pergi ke padang polo, tempat peribadi kerabat DiRaja. Aku juga tidak mahu mereka tahu akan kejadian Tengku Asyraf itu sehingga membuatkan Tengku Isyraq memberi amaran kepada aku.

"Tak ada pergi mana pun. Makan-makan aje la. What do you expect him want to take me to?" jawab aku bersahaja.

Rasa bersalah juga sebab telah menipu kawan aku sendiri. Tapi seperti apa yang Tengku Isyraq cakapkan tadi, tempat itu adalah peribadi. Aku tidak mahu semua orang tahu yang aku juga berada di sana oleh kerana Tengku Asyraf saja. Nanti kalau jadi viral, tidak pasal-pasal benda itu akan sampai ke pengetahuan Sultan pula. Walaupun aku tahu yang Ros bukannya kaki media sosial sangat. Tapi, aku masih perlu rahsiakan benda ini.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now