BAB 22

97 7 0
                                    

SUASANA taman di kolej komuniti yang aku duduki ini sangat tenang seawal pagi ini. Aku duduk di satu bangku yang berdekatan taman itu. Gitar yang aku bawah, aku letak bersebelahan dengan aku.

Aku menghirup udara segar. Udara seawal pukul 7 setengah pagi ini sangat mendamaikan. Sesuai sangatlah kalau aku ingin bermain gitar di sini. Tidak terlalu ramai orang. Sudahlah aku terlalu bosan hari ini.

Ros ada perjumpaan kelab. Aurelia pula perlu ke Johor sejak kemarin lagi. Jadi, tinggal aku saja disini. Mengenangkan nasib aku yang sedang kebosanan. Macam pelik pun ada juga. Haha!

Gitar yang aku letak tadi terus saja aku capai. Bersedia untuk memainkan sebuah lagu. Tapi mahu nyanyi apa? Perlu juga mainkan sebuah lagu yang sesuai dengan mood aku sekarang ini. Aku berfikir sejenak.

Terus satu lagu bermain di dalam fikiran aku. Aku pun memetik gitar. Bersedia untuk menyanyikan sebuah lagu…

"Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku meyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kit mula bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hati kurasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hati kurasa tak menentu

Kekadang hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya?
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hati kurasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hati kurasa tak menentu

Mungkinkah aku kan berjumpa dengannya?
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku kan berdiam diri saja?
Menunggu cinta darinya

Aku suka dia"

Seusai saja aku menghabiskan lagu yang aku mainkan tadi, terus saja aku terdengar bunyi tepukan tangan. Aku mendongakkan kepala aku ke atas untuk melihat siapakah gerangan yang telah mendengar nyanyian aku sebentar tadi.

“Siapa dia?”

“Iwan. Apa awak buat kat sini?” soal aku dengan terkejut.

Apa tidaknya? Tidak pernah ada lagi yang mendengar aku menyanyi. Sedangkan dua orang kawan aku itu pun tidak tahu akan hobi yang selalu aku lakukan ini. Tiba-tiba pula Iwan menjadi salah satu kenalan aku yang telah mendengar nyanyian aku yang tidak seberapa ini.

“Saja nak lalu kat sini. Can I sit?” soal Iwan.

Aku secara automatik menganggukkan kepala aku itu. Seperti hamba yang patuh akan tuannya saja.

Tidak mahu katakan apa. Aku rasa janggal untuk berkata apa-apa. Tadi bukan main bangga aku bernyanyi sampai tak ingat dunia. Sekarang boleh pula aku terfikir rasa malu untuk menghadap wajah Iwan itu.

Actually I like your song tadi. Tak sangka awak ni ada bakat dalam musik juga,” kata Iwan.

Aku tidak tahu sama ada itu adalah pujian atau apa. Tapi memang aku suka semua lagu Ainan Tasneem. Aku pun tidak tahu kenapa lagu itu yang terlintas didalam fikiran aku ketika aku sedang berfikir untuk mainkan lagu apa.

Of course. Semua lagu Ainan Tasneem saya suka. Saya lagi suka lagu 150 juta,” jawab aku sambil tergelak kecil.

No. I like when you sing that song,” kata Iwan sekali lagi.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now