BAB 41

62 6 3
                                    

PADA hari minggu ini sepatutnya menjadi hari yang indah buat aku. Hampir sebulan selepas saja pertunangan aku dengan Tengku Isyraq. Dan cuba teka? Dia langsung tidak contact aku.

Sudah hampir sebulan juga Iwan sudah berlepas ke UK. Kalau aku dan Tengku Isyraq tak bertunang, Ada kemungkinankah aku akan bersama dengan Iwan? Sebab Iwan pun punya perasaan yang sama dengan aku juga.

Aku terperuk didalam bilik. Terbaring diatas katil sambil memerhatikan syiling kosong bilik aku itu. Suasana di luar bilik aku sangat meriah. Pasti kak Saadah sudah balik bersama dengan abang Harris. Malaslah aku mahu keluar.

Aku pejamkan mata sementara aku terbaring persis mayat di atas katil itu. Pintu bilik aku terdengar terkuak. Aku tidak pedulikan siapa yang masuk itu. Aku hanya mahu bersendirian saja.

“Safa ni dah kenapa tak keluar bilik?” soal kak Saadah. Aku membuka mata melihat kak Saadah yang sedang terduduk di bucu katil aku. Aku pun membetulkan posisi aku yang tadi terbaring kini duduk.

“Tak ada la. Penat je,”

“Penat apa je sampai tak keluar bilik? Biasanya kak Adah balik, Safa terus saja ke ruang tamu. Ni, kak Adah balik pun Safa tak keluar langsung,”

Aku muncung. Tidak tahulah apa kena dengan aku beberapa hari ni. Terlalu banyak benda yang aku fikirkan sehingga aku tidak dapat makan. Eh, apa kena mengena pula?

“Kak, kakak rasa Fa patut putuskan pertunangan ni aje ke”

Kak Saadah memandang aku dengan pelik.

“Kenapa Fa nak putus pula ni? Fa gaduh dengan Tengku Isyraq ke apa ni? Kalau gaduh tu bincang la elok-elok…,”

“Masalahnya, kak, jumpa pun dah lama. Contact pun tak pernah, macam mana nak gaduh? Cuba kak Adah bagitau kat Fa. Kak boleh tahan ke kalau kakak aje yang nampak beriya-iya dengan engagement ni sedangkan yang lelaki pula diamkan diri selama berbulan-bulan. Tak ada khabar berita. Know-know dah ada kat UK entah bila nak balik!”

Kak Saadah menggelengkan kepala. Mungkin tidak tahu mahu katakan apa. Aku selalu mengadu apa-apa masalah aku kepada kak Saadah. Tidak tahu kenapa? Mungkin sebab dia merupakan anak sulung? Tapi yang pasti, aku kak Saadah dan Salwa memang rapat. Mungkin sebab kami sama-sama gegirls, kan?

“Fa, dalam satu perhubungan percintaan tu logik kalau kita diuji. Mungkin Tengku Isyraq ada banyak work nak kena buat. Tak nak bebankan Safa. You know that he is the Crown Prince. Mana nak fikir pasal rakyat Pahang tu lagi. Dengan Sultan pula fikir pasal Malaysia. Of course la banyak keja dia,” ucap kak Saadah. Entahlah, mungkin sekadar mahu menyedapkan hati aku saja.

Masalahnya aku masih rasa tak sedap hati! Kalau betul mahu teruskan pertunangan ini, sekurang-kurangnya chat sajalah yang dia sibuk. Tak dapat nak contact ke apa. Ini dia buat aku seperti tunggul tidak berbayar saja. Sakit tau tak? Huhu!

“Kalau betul sibuk sangat nak fikir pasal benda lain, better tak payah kahwin ajelah. Senang. Cakap ajelah putus tunang. Tak payah nak bagi harapan sangat,” jawab aku seraya menghempaskan tubuh aku dikatil itu. Mahu baring semula. Bantal BT21 Shooky yang berwarna coklat itu aku peluk dengan erat.

Astaghfirullahalazim, NurSafa Malaiqa. Cuba la faham sikit. Jangan terlalu ikutkan kata hati, Fa. Bukan Fa aje yang dia kena faham. Tu semua ikut keputusan Safa juga sama ada nak terima dia waktu Permaisuri datang dulu. Sekarang dah jadi macam ni, Safa ingat Tengku Isyraq tu keja macam biasa je ke? Keja Isnin till sabtu. Masuk keja pukul 8 pagi balik pukul 5 petang? Everyone depends on him. Not just you. Kena la consistent sikit,”

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now