BAB 9

101 10 5
                                    

HANYA berbaki beberapa hari saja lagi sebelum pelajar-pelajar Kolej Komuniti Temerloh disuruh untuk balik ke kolej. Dan dalam masa beberapa hari itu juga aku mengambil kesempatan untuk bekerja separuh masa di sebuah kafe. Tempat kerja biasa aku.

Hanya sekali-sekala saja aku akan datang melakukan kerja separuh masa. Itupun kalau bos kafe ini yang memanggil aku. Biasanya aku akan datang bekerja jika salah satu stafnya, merangkap kawan aku bercuti. Ataupun jika ada tempahan berkumpulan dibuat kepada kafe itu. Tapi itu sudah jarang berlaku sepanjang PKP ini. Jadi hari ini, aku bekerja sebab kawan aku pula bercuti dan bos disini meminta aku untuk menggantikan tempatnya.

Mama tidak juga menghalang aku. Sebab kata mama itu merupakan keputusan aku. Mama tidak membantah jika aku memilih untuk bekerja. Lagipun aku memang memerlukan duit sebelum kolej bermula. Ada juga duit untuk aku makan dan minum di sana. Biasanya abah aku akan menghantarkan duit sebanyak RM100 kepada aku setiap bulan. Kira okay jugalah sebab mama pun ada menghantar duit juga. Bergantung kepada ekonomi keluarga kami.

“Ni kat meja 5,” kata kak Diana selaku tukang buat air. Aku sekadar mengangguk lalu berjalan menuju ke meja 5 yang berdekatan dengan tangga naik ke atas itu.

“Fa, ambil dulu order dekat meja hujung sana. Yang baru masuk tu,” kata supervisor aku.

Aku pun memandang seorang lelaki yang berkaca mata hitam dan bermisai itu. Dia memakai baju t-shirt berwarna hitam. Nampak muda sudah ada misai. Lelaki itu aku lihat sedang bermain dengan telefon. Menu yang berada di atas meja itu dia letak tepi menunjukkan yang dia sudah melihat menu itu. Aku pun bergerak ke arah lelaki itu.

“Take order?” soal aku. Bersedia dengan kertas dan sebatang pen untuk menulis pesanannya.

“Nescafe ‘O satu and butter bread,” kata lelaki itu tanpa memandang wajah aku. Dia menghulurkan menu itu.

Saat itu dia memandang wajah aku. Aku terkaku sekejap. Kenapa macam pernah nampak saja wajah lelaki ini? Atau perasaan aku saja? Lelaki itu menjongketkan keningnya saat aku tidak mengambil menu di tangannya?

Dengan segera terus saja aku menyambarnya.

“Kita kenal ke?” soal aku secara tiba-tiba dan mengundangkan wajah pelik miliknya.

Aku pun tidak tahu kenapa aku boleh tanya dia macam itu. Tapi, serius wajahnya seakan seperti wajah Tengku Asyraf. Iya. Aku baru saja melihat wajahnya pada pagi tadi di berita parlimen. Dan kenapa pula dia ada disini? Atau aku yang salah nampak?

“Excuse me?” soalnya lalu berdehem.

“Tak. Your face is like someone I know,” kata aku sambil mengusap dagu aku. Boleh sudah aku menjadi Detective Conan.

Lelaki itu mengeluh lalu bersandar pada kerusi itu. Kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan yang aku beri sebentar tadi.

“Do I look like your past?” soal lelaki itu lagi. Kedengaran yang dia tidak puas hati dengan aku.

Aku pun menelan air liur. Bukan mahu mencari pasal. Tapi memang aku nampak dia seperti Tengku Asyraf. Tapi takkanlah pula, kan? Sedangkan Tengku Asyraf sekarang berada di Istana Pahang. Buat apa pula dia disini? Aku yang buta kot.

“No. I mean…,”

“Where’s my food?” lelaki itu soal kepada aku.

Aku gagap sebentar.

“Sorry, sir. I will enter your order into the computer,” jawab aku dengan kesal.

Lantas saja aku mengorak langkah ke arah kaunter. Memasukkan pesanan lelaki tadi ke dalam komputer. Selesai saja membuatkan pesanannya, aku kembali melihat dia dari sebalik kaunter itu. Masih terfikir-fikir dengan apa yang aku nampak sebentar tadi. Tapi, itu memang dia. Mata tidak pernah menipu. Aku pakai lense hari ini, jadi pandangan aku sangatlah jelas. Aku menjengilkan mata pada lelaki yang sedang bermain telefon itu.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now