BAB 24

74 6 0
                                    

AKHIRNYA destinasi yang sepatutnya dituju oleh kami tiba juga.

Kenapa aku letak perkataan ‘sepatutnya’? itu kerana Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Pahang, Tengku Asyraf Imanuddin Syah, Tengku kesayangan rakyat Pahang ini boleh pula bermain pusing-pusing di atas jalan raya.

Maksudnya, kami memang sudah tiba di hadapan Restoran Komuniti Temerloh ini tapi dia boleh pula mengundurkan kereta dan bermain-main di jalan bulatan di hadapan restoran ini. Tidakkah haru dibuatnya begini? Macam budak-budak pun ada. Nasib baik aku tidak mabuk tadi. Tipulah kalau aku cakap aku tidak mabuk. Hampir mabuklah. Itu merupakan perkataan yang sangat selamat.

Hampir sepuluh pusingan juga dia buat sebelum kami kembali ke destinasi. Itupun kami tidak terus tiba. Oleh kerana dia bermain pusing-pusing tadi, kami kehilangan tempat parking. Apabila aku marah dia, Tengku Asyraf boleh pula cakap…

It’s okay la. Bukan rezeki dapat tempat parking. At least, saya dapat spend time lebih masa dengan awak,”

Itu yang dia cakap. Hampir aku meletup tadi mendengar dia cakap macam itu. Dia yang menyebabkan kami tidak dapat tempat parking. Lepastu boleh pula dia cakap yang dia mahu spend time dengan aku pula. Ini benar-benar mendatangkan kemarahan ini.

Seusai saja keluar dari kereta, terus saja kami mencari tempat duduk di dalam restoran tersebut.

“Eh, tu bukan ke Tengku Asyraf?”

“Iya la. Apa dia buat kat sini? Siapa perempuan tu?”

No way la tu Tengku Asyraf. Tengku setia dengan yang satu aje la,”

Macam-macam yang aku dengar sewaktu aku dan Tengku Asyraf masuk ke dalam restoran itu. Setia dengan siapa pun aku tidak tahu. Aku memandang wajah Tengku Asyraf. Dia seakan tidak peduli dengan kata-kata orang sekeliling. Mesti mereka pun tidak percaya yang Tengku Asyraf akan berada disini. Sebab itulah mereka dengan berani cakap seperti begitu.

Maklumlah Tengku Asyraf dan Tengku Isyraq boleh dikatakan mempunyai banyak peminat walaupun mereka bukanlah idol KPOP seperti BTS. Mungkin oleh kerana kekacakkan mereka yang terserlah itu membuatkan ramai yang berminat dengan mereka berdua. Sehingga mempunyai banyak kelab peminat di media sosial.

I see that like you don't care. Is it because you haven't heard anything or you really don't care?” soal aku setelah kami melabuhkan punggung di kerusi itu.

About what?” soal Tengku Asyraf. Dia memandang aku dengan pelik sekali.

“Dorang cakap pasal awak tadi. Takkan awak tak dengar apa-apa? Your fans are worried if you go out with another girl. Seram tau,” kata aku dengan nada berbisik dengannya. Tidak mahu sesiapa mendengar perbualan kami berdua.

“Peduli la dengan apa yang dorang cakap. Yang penting sekarang dorang tak kacau kita and saya dapat spend time dengan awak,” jawab Tengku Asyraf sambil mengenyitkan mata.

Aku automatik mengalihkan pandangan dari memandangnya. Kenapalah sakit mata Tengku Asyraf ini tidak pandai sembuh-sembuh? Ghisau aku!

“So, awak ada berapa sem lagi yang tinggal?” soal Tengku Asyraf setelah selesai kami memesan makanan kami.

Next month is the last month of the semester. Lepastu sem break before final exam,” jawab aku dengan ringkas.

“Apa awak nak buat lepas habis semua ni?” soal Tengku Asyraf lagi.

Aku memandang Tengku Asyraf. Tidak tahu sama ada aku perlu beritahu dia atau tidak rancangan aku selepas habis semester akhir ini. Dia sudah menganggap aku sebagai seorang kawan. Jadi, mesti dia akan tercari-cari aku kalau aku hilang macam begitu saja.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now