BAB 46

67 6 4
                                    

USAI sudah majlis pernikahan, kini majlis sanding sebelah pengantin perempuan pula dilakukan sama seperti kak Saadah di dewan besar Melaka. Majlis dibuat selepas Isyak. Senang sikit sebab takut keluarga dan saudara-mara akan penat selepas membuat persiapan majlis nikah selepas zohor tadi.

Rasa pelik pula sebab aku tiba-tiba kahwin dulu sebelum abang Aakif. Padahal sebelum ni yang beria-ia mahu kahwin tu abang Aakif. Kira macam langkah bendul lah juga.

Mengikut adat Melayu, aku rasalah. Kalau adik dulu kahwin berbanding adik-beradiknya yang lebih tua, yang tua akan dapat emas. Kalau tak silap lah mama aku cakap.

Topik ini pernah menjadi kehebohan untuk kami empat adik-beradik. Dan sudah tentulah Salwa yang menjadi mangsanya sebab dia merupakan adik paling bongsu. Semua mahu Salwa langkah bendul sebab iyalah siapa yang tak mahu dapat emas kan? Duit juga tu. Lagi-lagi emas sekarang sangat mahal.

Sebab tulah abang Aakif tak kisah kalau aku dulu yang kahwin berbanding dia. Tapi hanya sementara sajalah kegembiraannya sebelum mama cakap lelaki tak dapat emas kalau adik dulu yang kahwin. Aku pun dengan bangganya mentertawakan nasib abang Aakif yang begitu malang sekali.

Tulah. Bangga sangat dapat emas, kan? Sekarang dia yang melepas sebab tak dapat kahwin dulu. Kalau ikutkan memanglah aku mahu abang Aakif dulu yang kahwin. Sebab mahu ikut urutan kami adik-beradik. Tak nak aku mahu langkah bendul walaupun abang Aakif dapat emas ataupun tak.

Tapi bila difikirkan balik, Tengku Asyraf pun kira langkah bendul lah juga, kan? Sebab Tengku Isyraq belum kahwin. Sepatutnya Tengku Isyraq dululah yang kahwin. Haip, Safa! Dia nak kahwin dengan siapa kalau kau dah kahwin dengan adiknya?

Alah, siapa suruh dia menghilangkan diri? Kan dah melepas? bisik hatiku.

Tapi, aku mahu kahwin dengan dia ke kalau dia ada disini?

“Termenung-menung tu ingat cantik ke?”

Lamunan aku pada pantulan cermin itu terhenti setelah mendengar suara sumbang milik Salwa. Aku menjeling tajam padanya disebalik pantulan cermin mekap itu.

“Suka hati la kalau orang nak termenung-menung pun. Bukannya kena bayar pun, kan? Lagipun bukannya kacau Awa pun,”

Hekeleh, kacau daun betul si Salwa ni. Orang termenung pun salah. Bukannya perlu guna imaginasi dia pun.

“Kakak dah siap?”

Soal mama yang baru muncul dari daun pintu tempat Salwa berdiri tadi. Aku memandang mama yang kini mengambil tempat di sebelah aku.

“Kakak sekarang ni dah kahwin, kan? Dah jadi isteri orang dah. Bak kata arwah abah, dah besar dah anak abah ni,”

Aku memuncungkan bibir aku saat mama mengingatkan balik apa yang arwah abah aku selalu cakap dengan aku sebelum arwah pergi menghadap Ilahi.

“Sekarang syurga kakak ada pada Asy. Bukan kat mama dah. Kakak kena dengar cakap suami kakak. Jangan tau nak melawan je tau?” 

Aku tersengih mendengar pesanan dari mama. Tau sangat yang anak perempuannya yang satu ini banyak saja mulut. Tapi dalam masa yang sama rasa sebaklah juga. Apa tidaknya? Aku tak boleh nak bermanja-manja lagi dengan mama.

“Ala, mama jangan la cakap macam tu. Bukannya kakak kena pegi jauh pun. Kakak masih boleh jumpa-jumpa dengan mama, kan?” jawab aku seraya memeluk bahu mama.

“Apa pula? Lepasni kakak kena duduk ikut laki. Macam Asy tu asal Pahang, jadi kayak kena la ikut ke Pahang. Lagi-lagi keluarga Asy tu kerabat DiRaja,”

Bertambah muncunglah aku bila dengar mama cakap macam tu!

“Nak tinggal dengan mama tak boleh, ek?” pujuk aku.

“Apo dia ni? Dah kahwin tu, kena la ikut keputusan laki. Kalau dia nak stay Melaka, okey la. Kalau dia nak balik Pahang, kena la ikut dia. Bukan nak ikut kepala kakak pula,”

Aku berfikir sejenak. Bukannya aku tak biasa dengan keluarga Tengku Asyraf. Tapi aku masih belum rasa selesa. Sebab mungkin mereka berkerabat tinggi. Aku pun tak tahu topik apa yang perlu aku bualkan nanti.

Tapi sejak bila pula mama membahasakan diri Tengku Asyraf sebagai ‘Asy’? Ini yang aku musykil. Aku memandang pelik dengan mama sambil mengusap dagu.

“Apa pandang-pandang mama macam tu?” soal mama selepas berbual dengan Salwa.

“Tak ada la. Cuma musykil je. Hehe…,” jawab aku seraya tersengih.   

“Eleh, mengada. Macam la tak pernah berpisah langsung. Kayak pun belajar sampai ke Pahang juga, kan? Elok je boleh survive sampai setahun setengah,”

Aku diam. Berfikir tentang apa yang mama cakap sebentar tadi. Sebab sudah lama aku berjauhan dengan mama lah aku tak mahu berjauhan lagi. Semenjak arwah abah meninggal, aku sudah tak mahu berjauhan dengan keluarga lagi. Terasa sayu dalam hati mengenangkan keluarga yang bakal aku tinggalkan.

Macamlah aku perlu berpindah terus. Tapi memang pun!

Tapi taklah sampai aku tak boleh bertemu dengan keluarga aku lagi.

Tapi apa boleh buat? Aku redha dengan keputusan Tengku Asyraf. Terpulang dengan dia sama ada dia mahu tinggal di Melaka ataupun Pahang. Sebab macam yang mama cakap, Tengku Asyraf ada tanggungjawab yang besar untuk dipikul di Pahang. Bukan mahu fikirkan tentang aku saja.

Tapi, kan…

“Sejak bila pula mama bahasakan Tengku Asyraf tu dengan nama Asy?” soal aku pelik.

“Suka hati mama la. Menantu mama,”

Aku memandang Salwa yang berkerut memandang mama sebelum dia berpaling ke arah aku. Dengan reaksi pelik, Salwa mengangkat bahu menandakan tidak tahu sejak bila mama memanggil Tengku Asyraf dengan panggilan Asy.

Aku sekadar menggaru kepala. Tak apalah. Yang penting, semoga urusan aku dan keluargaku dipermudahkan untuk hari ini, esok, dan seterusnya. InsyaAllah.

***

[ATTENTION!!!]

Assalamualaikum guys. Hehe long time no see kan? Sorry lama tak publish sebab sis tengah busy mengurus business baru sis. Kalau business tu okey sikit baru sis akan fokus lebih kat sini ya hehe. Enjoy new chapter. Bye!










Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now