BAB 26

79 7 1
                                    

KINI tibalah kami ke destinasi yang ditujui oleh kami empat adik-beradik tanpa seorang mama. Bukan mahu cakap yang mama aku sudah tidak ada lagi. Ada saja pun duduk-duduk sihat walafiat di rumah sewa. Cuma mama malas mahu ikut bersesak dengan kami empat adik-beradik. Penat katanya. Biarlah beri mama rehat sebentar.

Oh, ya. Hampir terlupa. Kalau seandainya keluarga aku datang melawat aku ke Temerloh, kami akan menyewa rumah sewa berdekatan dengan kolej aku. Senang mahu ulang-alik lagi. Kalau mahu mengharapkan hotel pula, memang mahal sangat. Jadi, untuk lebih menjimatkan, lebih baik sewa rumah sewa untuk beberapa hari atau minggu. Tenang saja fikiran. Semuanya ada dan lengkap termasuk dengan dapur. Tinggal mahu membeli bahan-bahan masakan saja.

Sesungguhnya masakan di rumah merupakan makanan yang sangat lazat walaupun tidak berapa mewah seperti makanan di restoran. Tetapi, apapun masakan di rumah lebih berkualiti. Lebih-lebih lagi jika itu merupakan air tangan seorang ibu kepada keluarganya. Itu lebih sedap sehingga menjilat jari. Sekali rasa, pasti mahu lagi.

Dipendekkan cerita, selepas saja kami memakirkan kereta di tempat letak kereta di Temerloh Mall itu, kami semua pun berjalan menuju ke pintu masuk mall itu.

"Cuba korang jujur dulu. Korang nak cari apa sebenarnya?" soal aku dengan musykil.

Aku melihat kak Saadah dan Salwa sedang melilaukan mata untuk melihat sekeliling shopping mall itu. Entah sedang mencari apa. Nampak fokus sangat. Biasalah tu perempuan kalau sudah masuk pusat membeli-belah, pasti akan melihat sekeliling. Mahu menarik perhatian untuk diri sendiri.

Eh, aku cakap ini macam aku ini bukan perempuan pula.

"Tengok-tengok la dulu. Mana tau ada yang berkenan di hati," kata kak Saadah sambil tersengih.

---

"ADA apa-apa lagi ke nak cari?" soal abang Aakif kepada kami semua.

Aku melihat di tangan kak Saadah ada tiga plastik beg dan Salwa mempunyai lima plastik beg. Entah apa yang mereka cari dari tadi. Macam-macam juga yang masuk ke dalam troli. Aku pun tidak kurang juga memasukkan apa-apa yang aku suka ke dalam troli. Abang Aakif hanya membantu menolak troli saja. Dia hanya mengambil beberapa barang.

Pedulilah. Asalkan bukan guna duit aku. Guna duit kak Saadah. Kalau sudah orang tolong bayarkan, kita sebagai orang yang dibelanja, Cuma tolong masukkan semua barang ke dalam troli. Kan senang cari tv9.

"Rasanya Fa nak ke kedai Popular la dulu," kata aku seusai habis berfikir.

"Nak tengok novel dia tersimpan kat dalam rak la tu," kata Salwa sambil membuat muka bosan.

Eh, eh, budak ni. Aku tarik tudung dia kejap lagi, baru mahu fikir malu dia itu. Tapi memng betul pun yang aku mahu ke kedai buku Popular sebab semata-mata mahu melihat novel yang aku tulis sendiri berada di pasaran. Bukan itu saja. Aku dengar yang Anjell sudah menerbitkan novel terbaru. Kini berada di kedai buku Popular. Alang-alang itu, aku pun mengambil kesempatan untuk mengeluarkan duit aku untuk membeli buku yang ditulis oleh Anjell.

"Confirm...," kata kak Saadah pula sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas bahu.

"Suka hati la...," jawab aku menyampah.

Jadi, pada akhirnya, sembang punya sembang, kami pun masuk ke dalam kedai buku Popular itu. Abang Aakif sekadar menunggu di luar kedai saja. Malas mahu scan MySejahtera katanya. Padahal kami tahu yan abang Aakif memang tidak berminat dengan buku-buku walaupun komik. Saja dia mahu mencipta alasan. Mahu tunjuk macho kononya.

Kak Saadah dan Salwa sudah menghilangkan diri ke bahagian komik. Aku pula tidak lain dan tidak bukan menuju ke rak bahagian novel. Teruja aku melangkah ke rak novel itu. Aku melihat sendiri buku novel aku yang tersusun rapi di rak buku itu. Terpegun seketika. Aku mengambil novel itu. Macam tidak percaya walaupun ini merupakan novel yang kedua aku tulis.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now