BAB 13

81 9 2
                                    

SEKELILING taman itu aku pandang. Tidak berapa ramai orang berada di sini. Tidak berapa sedikit juga. Aku memandang Iwan yang berada di depan aku. Pondok ini menjadi tempat perbincangan kami berdua. Sempat lagi dia bertanyakan minuman kegemaran aku dan membelinya saat perjalanannya ke sini. Terharu pun ada juga. Kawan-kawan aku saja yang tahu minuman kegemaran aku.

“So, apa theme untuk design kita nanti?” soal Iwan bersama dengan pensil dan buku notanya.

Apa yang aku boleh gambarkan Iwan adalah, dia seorang yang sangat bersedia. Semua kelengkapan untuk perbincangan kami dia bawa. Tidak mahu hilang fokus langsung untuk assignment terakhir kami. Dia mahu capai  full score untuk assignment ini. Betapa pentingnya fashion show ini untuk pelajar fashion designer seperti kami. Harap sajalah majlis itu berjalan dengan lancar dan kami pun akan enjoy dengannya.

I think kita patut ambil theme fairy tale. Sebab kalau awak tengok design baju princess disney, semua ada specialitist yang menunjuk siapa diri mereka sendiri. Lagipun designnya smooth aje. Saya suka dengan design baju mereka especially Merida from disney Brave. Oh, I love memanah sangat. Sampai saya menjiwai sangat watak dia,” kata aku panjang lebar menerangkan kenapa aku suka tema fairy tale.

Aku melihat wajah Iwan yang sedang diam serius itu. Adakah dia tidak suka akan cadangan aku itu? Aku patut berfikir awal-awal. Kerja ini bukan saja memerlukan pendapat aku. Ianya memerlukan kata sepakat dari dua orang pihak juga. Kalau cuma aku seorang saja yang suka tema itu tapi tidak kepada Iwan, memang kerjasama tidak akan berlaku antara kami. Aku harus memikirkan pendapatnya juga.

“Tapi kalau awak nak theme lain pun tak apa,” kata aku sambil memandang Iwan.

Dia seakan sedar sesuatu sebelum dia kembali memandang aku.

No. I like your cadangan. Actually saya pun fikir benda yang sama juga. We choose a fairy tale theme,” ujar Iwan lalu menulis sesuatu di dalam buku notanya itu.

Kagum juga aku. Fikiran kami sama ke? Tidak tahu pula dia pun fikir tentang tema itu juga. Lalu aku terus saja tersenyum. Tidak sangka yang dia akan cakap macam begitu. Patutkah aku cakap yang kami ini memang ada chemistry? Haha! Perasan sungguh aku ini. Itu hanya kebetulan saja. Tidak ada maknanya chemistry itu. Kimia pun aku tidak belajar waktu sekolah menengah dulu. Sebab aku merupakan pelajar seni ketika sekolah menengah. Aku pun tidak tahu kenapa padahal aku tidak suka akan seni.

Your favorite color?” soal Iwan lagi sambil memandang aku.

Warna kegemaran? Apa kena mengena pula dengan tugasan kami ini? Cikgu tidak ada cakap pasal warna langsung. Itu terpulang dengan tema apa yang kami akan ambil nanti. Aku pula yang pelik dengan soalan dia ini. Dia mahu tanya tentang warna kegemaran bagi pihak aku atau warna kegemaran yang aku guna untuk fairy tale?

“Purple…,” jawab aku walaupun masih ada rasa pelik.

Dulu aku suka biru. Sehinggalah aku bertemu dengan BTS didalam angan-angan. Saat itu V cakap ‘I Purple You’ yang bermaksud ‘I Love You’ dalam bahasa Army. Dan pada saat itu juga aku melihat warna ungu yang sangat istimewa. Kerana warna ungu merupakan warna terakhir pada pelangi. kecantikkannya yang luar biasa seperti alam semesta.

Selepas saja mereka membuat konsert tentang Sowoozoo yang bermaksud universe, terus saja aku bagaikan mendapat inspirasi untuk menulis novel Mengenali Hatinya itu. Itu mencerita akan percintaan alam semesta. Biarpun perhubungan misteri nampak tidak berkesan, tapi dengan kuasa universe, semuanya seakan mudah bagi kita. Itu yang aku fikir.

Iwan pun menulis sesuatu didalam buku.

“Awak memang suka menulis ke?” soal aku pula.

Iwan berhenti menulis. Dia memandang aku. Dia mengangguk.

“Kenapa awak tanya?”

“Sebab saya selalu nampak awak menulis,” jawab aku.

“Menulis tu buat saya rasa lega,” kata Iwan sambil tersenyum.

Aku faham akan maksudnya itu. Sebab aku juga merupakan seorang penulis. Apabila aku memegang pen dan buku, itu sudah buat aku gembira. Apa lagi bila tangan aku menekan-nekan di atas papan kekunci, itu membuatkan aku tenang. Walaupun kadang-kadang sakit juga jari aku sebab asyik menaip seharian. Tapi semua itu berbaloi apabila melihat buku aku diterbitkan. Walaupun tidak semua orang tahu yang aku adalah seorang penulis. Hanya kawan-kawan rapat aku seperti Ros dan Aurelia saja yang tahu.

Walaupun kadang-kadang aku rasa bangga melihat budak-budak kolej di sini membaca buku aku. Tanpa mereka menyedari, penulis itu berada di hadapan mereka selama ini. Tapi aku tahu. Mereka hanya berminat dengan buku aku. Mereka tidak berminat untuk tahu siapa diri aku yang sebenarnya dan apa yang aku buat selain menulis satu buku.

Sudah berapa lama aku dan Iwan berbincang. Dan akhirnya kami mula rapat dan berbual antara satu sama lain. Kadang-kadang kami bergelak ketawa sesama sendiri. Rupanya Iwan merupakan orang yang senang diajak berbual. Senang aku bercakap dengan dia. Dia menceritakan tentang diri dia. Disitu aku kenal siapa diri Iwan sebenarnya. Dan aku gembira sebab akhirnya aku sudah mengenali seseorang yang aku cuba mahu rapat.

Masa pun berlalu sehingga kami tidak sedar. Akhirnya kami pun balik ke asrama masing-masing. Kami akan berbincang lebih lagi tentang tugasan kami.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now