BAB 20

90 8 2
                                    

PADA akhirnya, aku pun berlegar-legar di kolej itu. Macam malas mahu kembali ke dalam kelas pun ada juga. Harap sajalah yang Tengku Isyraq sudah beralih ke kelas lain juga. Takkanlah dia mahu fokus kepada kelas kami saja? Takkan dia juga berminat dengan dunia fesyen? Tapi bila fikir balik, memang logiklah kalau Tengku Isyraq berada di kelas kami sekarang. Sebab kami akan melancarkan fahion show tidak lama lagi dan dia juga dijemput untuk menjayakan majlis tersebut.

Gementar pula aku rasa.

Aku pun duduk di salah satu pondok yang ada disitu. Malas mahu masuk ke kelas, lepak disini pun jadilah. Aku mengambil telefon aku yang aku bawa sejak dari tadi. Nasib saja aku membawa telefon. Kalau tidak, pasti akan rasa bosan nanti. Terpaksa aku lepak di perpustakaan. Kalau tidak dihalau tidak apa juga. Ini apa kes aku mahu lepak di sana waktu kelas sedang berjalan? Sudahlah muka aku ini amat dikenali di perpustakaan itu sebab asyik ponteng kelas saja. Bukan aku mahu biadap ke apa. Tapi memang kursus jahitan ini bukan benda yang aku suka. Mahu buat macam mana lagi?

“Assalamualaikum…,”

Terkejut aku mendengar ucapan salam itu. Hampir saja aku mencampakkan batu ke arah si empunya suara itu. Aku melihat Tengku Asyraf duduk di hadapan aku sambil tersengih persis kerang busuk. Sukalah itu sebab dapat mengejutkan aku dari lamunan sebentar tadi.

“Walaikumsalam. Apa la tengku ni. Terkejut tau saya tadi. Nasib aje saya tak umban batu kat tengku,” kata aku sambil menggelengkan kepala aku.

Why did you say that?” soal Tengku Asyraf sambil menjongketkan kening.

Apa yang aku cakap tadi? Aku tidak salah cakap apa-apa yang merapu, kan?

“Cakap apa? Betul la? Saya ni senang terkejut tau,” jawab aku dengan muka tidak bersalah.

No. bukan tu. You calling me as tengku?

“Iya la. Panggil tengku. Takkan nak panggil sayang pula? Nanti apa pula cakap Sultan nanti?” jawab aku sempat lagi berloyar buruk.

“Apa salahnya, kan?” kata Tengku Asyraf sambil tersenyum sinis.

Eh,eh. Sempat lagi dia kenakan aku dengan panggilan itu. Ingat aku mahu sangatkah panggil dia sayang? Aku sekadar mahu menyindir disebalik persembunyian. Biar kalau orang dengar pun tidak nampak macam aku menyindir sangat. Ini dia boleh pula gunakan ayat sindiran aku untuk mengenakan aku balik. Mana aci kalau macam ini.

“Merapu aje la tengku ni,” jawab aku sambil ketawa.

See? You call me tengku lagi?” kata Tengku Asyraf tidak berpuas hati lagi.

Why? Normal la kalau saya panggil tengku dengan gelaran tengku. Orang lain pun panggil nama tengku juga kan?” soal aku yang masih tidak faham disebalik ketidakpuasaan hatinya itu.

“Normal kalau orang lain. Tapi tak normal untuk awak. Biasanya awak panggil saya Aisy. Remember?” kata Tengku Asyraf yang cuba untuk mengingatkan aku.

Iya, aku hampir terlupa dengan panggilan aku kepada Tengku Asyraf. Mungkin sebab sekarang ini aku cuba untuk jauhkan diri dari Tengku Asyraf atas permintaan Tengku Isyraq. Jadi, apa pula aku buat di sini dengan Tengku Asyraf? Tapi Tengku Asyraf sendiri yang datang kepada aku. Bukan aku yang menegur Tengku Asyraf. Jadi, secara teknikalnya ini memang bukan salah akulah kan? Lagipun aku tidak boleh tidak mempedulikan Tengku Asyraf atas keturunan DiRajanya itu.

“Memang patut pun saya panggil tengku dengan gelaran tengku. Tengku tu Tengku Panglima Muda. Saya ni just Nur Safa Malaiqa. Cuma student Kolej Komuniti yang biasa aje,” jawab aku dengan begitu saja.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now