BAB 32

63 5 0
                                    

“LEPAS tu apa jadi?” soal Ros dengan teruja. Siap menopang dagu depan aku lagi.

Sebab inilah aku tidak mahu menceritakan hal peribadi ketika aku sedang bekerja. Dari tadi, mereka fokus saja membuat kerja mereka. Sekarang apabila aku menceritakan yang aku berjumpa dengan Permasisuri Agong seminggu yang lepas, terus saja kerja mereka letak di tepi. Kain orang langsung tidak mahu fikir.

Aku yang sedang membuat pola baju kurung modern pun tidak tenang sebab dua orang kawn aku ini. Alhamdulillah sebab Aurelia dapat balik dari Johor secepat mungkin. Risau juga aku sebab dia seperti ada masalah di tempat tinggalnya itu. Apabila aku dan Ros bertanya akan masalahnya itu, dia secepat mungkin akan mengubah topik. Terus saja dia mengalihkan topik itu kepada aku. Sengaja saja mahu membiarkan aku yang terkena oleh mereka berdua. Mentang-mentanglah aku lebih muda beberapa bulan dari mereka berdua.

“Tak ada jadi apa-apa sangat la. Tanya khabar aje pun. Bukannya ada apa-apa,” kata aku sambil menjulingkan mata aku ke atas. Malas mahu melayan mereka.

Makin aku layan, makin tidak siaplah kerja aku kalau macam begini. Asyik mahu bergosip saja. Aku ini pun hampir terhasut dengan mereka berdua. Nasib sajalah perasaan dan nafsu aku ini dapat dikawal secepat mungkin. Kalau tidak, kerja aku terbelangkai lagilah maksudnya. Sudahlah aku mahu tetapkan target dapat siapkan sepasang baju kurung modern dalam masa sehari saja. tapi kalau ada dua orang kawan aku yang terchenta ni ada di sini, memang alamatnya siap seminggulah kot. Itupun kalau tidak ada gangguan besar.

"No way la kalau macam tu aje...," kata Aurelia selaku kawan yang sangat bijak dalam kumpulan kami itu.

“Iya la. Cumanya, aku ada la TERjemput baginda dan satu family ke majlis kahwin kak Adah,” kata aku sambil menggarukkan kening aku. Perkataan ‘ter’ itu aku tekankan. Sebab aku sendiri tidak tahu apa yang aku sedang fikirkan waktu itu.

Oh, my god! What? Really? So, apa yan baginda jawab?” soal Aurelia dengan teruja.

Amboi. Dia yang teruja, aku pula yang gelabah. Dia ingat yang Permaisuri Agong itu kawan baik aku sehingga mahu rasakan debaran teruja itu? Aku pun tidak menyangka langsung yang aku akan cakap begitu kepada Tunku Permaisuri Agong. Apabila difikirkan balik, aku mahu saja menyorokkan muka aku di bawah bantal sekarang ini juga. Mahu menangis pun ada juga.

“Tak ada apa-apa. Just In Syaa Allah. Iya la. Aku bukannya memaksa sangat. Lagi pun aku tak sengaja terjemput baginda one family. Takkan aku nak jawab tak jadi kot?” kata aku. Ada betulnya juga. Lagipun aku waktu itu aku tidak tahu mahu katakan apa kepada baginda permaisuri.

“Tak. Masalahnya sekarang ni, korang jadi kan datang majlis kahwin kak Adah?” soal aku.

Itu bukan soalan sudah namanya. Memang aku akan memaksa mereka untuk datang ke majlis kahwin kak Saadah. Lagi-lagi Ros dan Aurdyah. Sebab mereka merupakan kawan-kawan aku yang masih menetap di Melaka. Tapi kalau Aurelia, tidak pastilah pula. Sebab kemungkinan dia akan sibuk. Sebab Aurelia cakap ada majlis di tempat tinggalnya juga. Yang kami sendiri tidak pernah ke sana. Entahlah. Aurelia tidak pernah bagitahu di mana. Sudah puas kami memujuk dan bertanya kepadanya sebab mahu melawat tempat tinggal dia pun, dia tetap tidak bagitahu.

"Mesti la pergi. Dah kerabat DiRaja nak datang. Mana tau ada Tengku Isyraq dan Tengku Asyraf sekali. Boleh juga borak-borak,” kata Ros sambil ketawa tidak tahu malu. Haha. Bagaimanakah itu?

“Itu aje la dalam fikiran kau kan? Kan bagus kalau BTS pun datang juga,” kata aku sambil menggelengkan kepala. Apalah nasib dapat kawan yang obses dengan kerabat DiRaja ini? Macam sedang menonton cerita Disney Princess pun ada juga.

“Kau, Lia? Jadi, kan, datang?” soal aku pula kepada Aurelia. Walaupun aku seperti sudah dapat agak apakah jawapannya, tapi aku masih mengharapkan yang Aurelia akan bersetuju untuk datang ke majlis kahwin aku… eh, kak Saadah. Apasal aku pula yang mahu kahwin ni?

“Mesti la datang. Bukan selalu dapat tengok bakal suami aku,” jawab Aurelia sedikit dua kali lima dengan Ros. Mereka berdua pun menepuk tangan bersama. Aku setakat menggelengkan kepala.

Biarlah dapat jawapan sengal pun. Asalkan dua orang kawan aku ni datang ke majlis kahwin kak Saadah. Biarpun itu bukannya majlis kahwin aku. Sekurang-kurangnya tidaklah berapa janggal sangat aku mahu melayan keluarga Agong nanti.

“Eh, dah aku cakap baginda jawab ‘In Syaa Allah’, kan? Maksudnya tak pasti la tu. Apa kau ingat baginda tak ada keja lain kat Pahang tu selain nak datang ke majlis kahwin aku…,”

“Ai, Fa. Macam nak cepat kahwin sangat ni. Sampai lupa dah majlis kahwin siapa,” kata Ros sambil menunjukkan jari telunjuk dia ke arah aku. Aku menutup mulut aku akibat tersasul sebentar tadi.

“Mana ada lupa. Ayat aku gantung tadi, dah kau potong. Aku nak cakap majlis kahwin aku punya kakak yang terchenta yang comel loteh tu,” aku memperbetulkan ayat aku seraya berdehem. Malulah tu. Haha!

“Eleh. Nak cover line la tu. Cakap aje la kau terpikat dengan salah satu prince charming baginda. It’s okey la. Bukannya kitorang nak marah pun,” kata Aurelia pula kali ini.

“Tolong sikit. Bila masa aku cakap yang aku terpikat dengan dorang? Mana ada la. Aku kan masih suka kat Iwan,” bantah aku dengan ketat-ketat. Supaya mereka berhenti mengusik aku dengan kedua-dua tengku Pahang itu.

“Iy la tu…,” kali ini mereka berkata dengan serentak. Memang sudah pakat mahu kenakan akulah tu.

Tiba-tiba pintu butik berbunyi menandakan ada orang masuk ke dalam. Aku dan tiga orang kawan aku itu pun memperbetulkan kedudukan kami. Masing-masing kami memandang ke arah pintu butik itu. Mahu menyapa pelanggan kami.

Tapi…

“Tengku Asyraf!”

Dia tersenyum dengan senang.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now