BAB 48

61 5 0
                                    

SETIBANYA kami ke dalam dewan konvokesyen itu, aku melihat sekeliling dewan itu. Mahu memastikan yang mama dan kak Saadah berada di dewan itu. Hanya mereka saja boleh masuk ke dalam dewan sebab jumlah tetamu adalah terhad kerana dikhuatiri memenuhi ruang dewan saja.

Bagi mereka yang lain pula yang tidak dapat masuk ke dewan, akan disediakan tempat khas untuk melihat majlis konvokesyen ini melalui skrin. Seperti menonton panggung wayanglah juga. Tapi bezanya mereka menonton kami menerima skrol graduasi kami saja.

Seusai saja ucapan dari Pengarah Kolej Komuniti Temerloh, beralih kepada ucapan dari Sultan Pahang iaitu KDYMM Sultan Abdullah. Dari situ, mata aku tertumpu kepada satu susuk tubuh yang aku sangat kenal. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Tapi adakah betul apa yang aku nampak itu.

Namun tekaan aku tepat apabila selesai saja ucapan dari KDYMM Sultan Pahang, baginda menyampaikan pula kepada dia. Iya, siapa lagi kalau bukan KDYMM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Isyraq Aminnuddin Syah. Sudah lama aku tidak mendengar khabar baginda, dan akhirnya aku bertemunya disini, di majlis konvokesyen Kolej Komuniti Temerloh.

Majlis pun diteruskan dengan memanggil satu persatu graduan untuk naik ke atas pentas mengikut susunan abjad nama kami dan juga kursus yang kami ambil.

Kini tibalah kursus kami, iaitu Kursus rekaan dan fesyen. satu per satu graduan berbaris di sebalik tangga atas pentas. Menanti sehingga nama kami dipanggil satu demi satu.

“NurSafa Malaiqa Binti Maleq @ Malik…,”

Kini namaku disebut dan aku pun bersedia untuk maju mengambil skrol aku seperti yang diajar ketika raptai kami kemarin. Aku pun menunduk hormat kepada Tengku Isyraq, sebelum aku berjalan ke arahnya untuk mengambil skrol.

“Tahniah, Safa…,” 

Aku dengan terkejutnya terus memandang wajahnya yang sedang tersenyum ke arah kamera. Tak tahu ucapan tahniah apa yang ingin disampaikan. Sama ada konvo aku ataupun majlis kahwin aku yang dia langsung tak datang walau hanya sekejap saja.

“Smile at the camera…,”

Aku pun memandang kamera di bawah pentas sambil tersenyum. Terlupa yang kami masih berada di dewan itu.

“Jangan terkejut sangat. I haven’t seen you in a long time,”

Macam mana nak jumpa kalau awak sendiri yang menghilangkan diri dan meninggalkan saya sejuta persoalan. Dan sekarang dia datang seperti tak ada apa-apa yang berlaku antara kami. Seperti ini hanya sekadar mimpi dan khayalan aku saja.

“Thank you, Tengku…,” ucap aku setelah mengambil skrol itu lalu ingin membuka langkah sebelum…

“Safa, can we meet after this?”

Aku terdiam. Tak tahu sama ada aku mampu untuk bertemunya setelah apa yang dia buat pada aku. Dia buat aku seperti penunggu tidak berbayar.

“I’ll see you later…,” ucap Tengku Isyraq tanpa menunggu sebarang jawapan aku langsung.

Tanpa menunggu lama, aku pun mengorak langkah meninggalkan pentas itu. Tidak betah aku menunggu sana lebih lama. Itu sekadar membuat hati aku makin sakit saja. Walaupun kini aku sudah pun bahagia bersama adindanya, Tengku Asyraf.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now