BAB 42

67 6 2
                                    

“NURSAFA Malaiqa…,”

Aku pandang belakang. Ah, sudah! Aku sangkakan masalah sudah selesai apabila aku cakap aku tidak setuju untuk disatukan dengan Tengku Asyraf. Aku ingat masalah sudah selesai apabila aku dan Tengku Isyraq sudah putus.

Mungkin aku patut berpindah tempat kerja saja. Supaya Tengku Asyraf tak tahu dimana keberadaan aku. Supaya dia tidak mengganggu aku lagi. Pusinglah kalau macam ni!

“Apa lagi yang awak nak? Bukan dah jelas ke apa yang saya cakap semalam? Ke nak saya cakap dalam bahasa Thailand pula?”

“Boleh juga. Cuba cakap. Saya nak dengar,” balas Tengku Asyraf diikuti dengan senyuman sengetnya.

Aku pandang bosan kepadanya. Orang cakap betul-betul boleh pula dia main-main dengan situasi begini.

“Cakap la. Sebab saya pandai cakap Thailand juga,”

Aku menjongketkan kening. Mencabar dia untuk bercakap bahasa Thailand yang dia banggakan sangat tu. Mestilah. Sebab dia merupakan kerabat DiRaja. Pasti banyak belajar pelbagai bahasa selain melayu dan english.

“Thailand…,” jawabnya sebelum pecah ketawanya.

Mudah terhibur betul Tengku seorang ni. Langsung tak pandai baca situasi.

Tanpa membuang masa aku pun membuka langkah pergi meninggalkan dia yang masih melayan ketawanya itu.

Miqa, wait…,” dia mengejar aku.

“Apa? pegi la cakap lagi bahasa Thailand awak tu. Saya mana tau cakap Thailand, kan?” jawab aku sambil berpeluk tubuh.

We need to talk, Miqa,

“Tak ada apa yang nak kena talk. Saya rasa dah jelas dah saya cakap semalam yang saya tak nak kahwin dengan awak,”

Tengku Asyraf mengeluh berat sebelum dia menggarukan kepalanya. Dia kembali memandang aku.

“Sekarang saya nak tanya awak ni. Saya ni barang ke? Kalau orang tu tak nak, senang-senang je pas dengan orang lain. Is that what you think, Tengku Asyraf? Am I that easy? Nampak saya ni macam beria-ia ke nak kahwin dengan anak Sultan?”

Miqa, it’s not what you th…,

Please la stop calling me Miqa. Selama beberapa bulan ni awak menghilang. So saya ingat awak tak nak kawan dengan saya. Tapi bila kekanda awak tu menghilang, baru awak nak munculkan diri. Saya ni nampak macam mainan ke bagi awak berdua?”

Tengku Asyraf terdiam sekali lagi. Mungkin sudah tidak tahu mahu dikatakan apa lagi. Mungkin betullah apa yang aku cakapkan tadi. Aku ni bagaikan barang yang terbuang saja bagi mereka. Tengku Isyraq tak mahu aku, jadi dia bagi Tengku Asyraf. Lepas tu apa? Tengku Asyraf lagi yang akan buang aku? Ingat aku ni tak ada hati dan perasaan ke apa?

“Macam ni la, Safa. Even if I try to explain, you won’t want to listen to me. So, better balik nanti awak tenangkan diri dulu, ambil air wudhu, buat solat istikharah. Minta petunjuk kat Allah tentang propose ni. I will not force you. Tapi saya nak awak cuba. Kalau saya ada dalam petunjuk yang Allah bagi, I won’t force you but I want you to think why Allah showed you the way to me,” ucap Tengku Asyraf aku dengan lembut.

Ini yang aku tak boleh. Macam apa yang dia cakap. Dia tak paksa aku tapi dia mahu aku minta petunjuk kepada Allah. Kalau sudah petunjuk dari Allah, takkanlah aku mahu tolak kalau sudah perancangan Allah itu lebih indah dan membahagiakan.

Tapi itupun kalau betullah Tengku Asyraf merupakan jodoh aku. Itupun bergantung kepada istikharah aku. Akan adakah nama Tengku Asyraf dalam Luh Mahfuz yang telah Allah tulis untuk aku?


MALAM itu pun sebelum tidur aku mengerjakan solat istikharah. Bukan sebab Tengku Asyraf yang suruh. Tapi sebab aku yang mahukan petunjuk dari Allah. Agar aku tidak terlalu buntuh dengan keputusan yang akan aku lakukan.

Sama ada Tengku Asyraf merupakan jodoh aku atau tidak, itu bergantung kepada Luh Mahfuz yang telah Allah tetapkan untuk takdir hidup aku. Semuanya aku serahkan kepadaNya. Kerana Sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih indah.

“Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau, Ya Allah. Aku memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.”

“Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala yang masih tersembunyi. Ya Allah! Jika menurutMu memilih Tengku Asyraf Imanuddin Syah sebagai suamiku memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah dia bagiku dan berkatilah dia padaku.”

“Jika menurut pengetahuanMu bahawa Tengku Asyraf Imanuddin Syah memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan dia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu. Aamiin ya Rabbal Alamin Ya Mujib…,”

Dan pada malam itu aku bermimpi. Aku berada di tepi pantai. Bunyi hempasan ombak yang mendamaikan menyapa telinga aku. Tidak lupa juga aku terdengar bunyi kuda. Aku melihat sekeliling.

Seekor kuda putih. disebelahnya terdapat seorang jejaka yang sedang memakai baju tshirt berwarna putih. Dia membelakangi aku sambil membelai kuda putih itu. Aku tidak tahu kenapa tapi aku berjalan mendekatinya. Semakin dekat jarak aku dengan jejaka itu.

Dia pusing menghadap aku. Namun pandangan aku terlalu kabur untuk mengesan siapakah jejaka itu. Jejaka itu menghulurkan tangannya kepada aku untuk menunggang kuda itu. Aku menyambut hulurannya.

Aku terbangun dari lena aku. Aku terduduk dari baringan aku. Melihat sekeliling aku. Bilik aku. Aku lihat Salwa masih tidur. Mimpi rupanya. Aku tidak tahu kenapa, tapi aku rasakan mimpi itu cukup indah untuk aku. Aku mahu tahu siapakah jejaka yang mengajak aku untuk menunggang kuda putih itu. Ia sangat mendamaikan jiwa.

Untuk seketika, telefon aku berbunyi menandakan seseorang menghantar chat kepada aku. Aku menjeling sekilas sebelum aku menyambar telefon aku itu. Mata aku kembali segar melihat chat itu.

I hope you’ll be happier.

Mesej dari Tengku Isyraq. Sudah lama tidak mendengar khabar dia. Sudah lama dia tidak chat aku atau menghubungi aku. Sekarang secara tiba-tiba saja dia chat aku dan menyuruh aku untuk berbahagia? Apa dia mahu sebenarnya?

Aku tidak mengendahkan mesej dia itu. Buang masa saja. Abang dan adik sama saja. Suka sangat menyerabutkan fikiran aku yang sudah bercelaru ini.

Aku berfikir sejenak. Pasal mimpi aku tadi. Situasi mimpi itu seakan-akan dejavu bagi aku. Adakah ini merupakan petunjuk dari Allah kepada aku? Melalui mimpi? Tapi aku tidak nampak wajah si jejaka itu.

Tapi aku dapat rasakan jejaka itu sangat buat aku rasa selesa. Yang selalu buat aku terhibur.

Iya. Mungkinkah?

Done! Aku sudah buat keputusan. Tapi sebelum itu, lebih baik aku ambil air wudhu terlebih dahulu sebelum aku terlepas solat Subuh. Aku pun turun dari katil itu. Salwa yang masih nyenyak tidur itu aku biarkan dulu. Nanti lepas ambil air wudhu aku bangunkan dia.

Sudahlah budak tu liat sangat nak bangun! Huh!

---

Assalamualaikum guys! Long time no see. Guess wht? cerita ni dah nak sampai ke penghujungnya dah huhu. Hope you enjoy laa cerita ni tau. See ya!

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now