BAB 27

81 7 3
                                    

KELUAR saja daripada Temerloh Mall itu terus saja kami memasuki sebuah kereta. Selamat. Rasanya. Sebab aku rasa kelibat kumpulan-kumpulan tadi tidak nampak kami memasuki kereta ini. Buat masa sekarang keadaan terkawal. Tapi macam mana pula aku mahu balik ke rumah? Macam mana aku mahu pergi ke tempat adik-beradik aku?

"Are you okay?" soal dia.

Aku memandang ke arah kanan aku iaitu ke tempat pemandu. Nasib baik saja Iwan ada untuk datang menyelamatkan aku. Sekurang-kurangnya aku rasa selamat juga sebab aku sudah lama mengenali Iwan. Lega sangat.

"Alhamdulillah saya okay. Nasib aje tak rebah tadi. Thank you sebab datang tadi," ucap aku dengan risau namun tetap aku menghadiahkan senyuman kepada Iwan.

Keadaan tenang buat masa kini. Aku membuka mask aku. Sungguh sesak sebab terlalu lama kau memakai mask ini. Aku mengharapkan pandemik ini segera berakhir.

Mereka tadi itu langsung tidak mematuhi peraturan SOP. Dengan selamba badak saja mereka menganggu aku dalam keadaan berkumpulan itu. Kita ini sekarang sedang hidup dengan cara normah baharu. Yang dorang selamba pergi ganggu aku apahal? Hampeh la!

Baru saja aku ingin bernafas dengan lega sebelum aku mendengar kembali kekecohan yang kami hindari tadi. Alamak! Sekumpulan itu sedang berlari ke arah kami.

"Iwan!" tanpa sedar, aku menjerit nama Iwan.

Iwan pun tanpa membuang masa, terus saja menghidupkan enjin keretanya itu. Segera untuk meninggalkan kawasan tempat parking itu. Aku cukup lega sebab dengan kelajuan kereta yang dibawa oleh Iwan, kami dapat melarikan diri daripada sekumpulan obsesi itu.

Tidak pernah aku nampak ada peminat obses sebegitu semenjak aku debut sebagai seorang penulis novel. Mahu cakap novel aku tip top dan wow pun tidak juga. Sebab sebagus-bagus novel aku, lebih bagus novel milik Anjell. Kalau mahu bandingkan dengan diri aku, lebih baik mereka mengejar Anjell berbanding dengan aku.

Ini yang aku sangat musykil ni. Obsesi mengalahkan Army, peminat BTS. Padahal aku tidaklah seobses macam mereka sampai mahu mengejar artis. Aku bukannya ada muncul dalam tv pun. Cerita novel aku pun mana ada pernah di adaptasi sebagai drama pukul 7 pagi. Eh, 7 malam. Pagi orang sibuk mencari rezeki.

"Kenapa dorang tiba-tiba obses sangat nak autograph saya?" soal aku sambil pandangan aku masih terarah ke arah tingkap belakang. Melihat kelibat mereka yang kian menghilang jauh itu sebelum aku fokus memandang ke hadapan. Berpeluk tubuh.

"They're not obsessed with your autograph," balas Iwan yang sedang fokus pada pemanduannya itu.

Aku memandangnya dengan pelik. Tapi jelas sekali yang mereka sedang mengejar aku sebab autograf aku. Takkanlah sebab...

Aku menurunkan tingkap. Ingin melihat pantulan wajah aku pada cermin sisi itu. Takkanlah mereka mahu autograf aku sebab aku cantik? Alamak. Kalau macam itu malulah aku. Tapi apasal ada perempuan juga yang mengejar aku?

Ha. Mungkin mereka pun mahu tahu apa rahsia kecantikan aku itu.

"What's funny?" soalan daripada Iwan itu terus saja mematikan lamunan aku tadi. Baru saja aku berangan-angan mahu menjadi Miss Universe dalam mimpi.

"Tak ada apa. Kenapa?" soal aku sambil memperbetulkan posisi kedudukan aku.

"Sebab saya nampak awak tersengih. So saya nak tau la apa yang funny sangat," kata Iwan.

Aku rasa sekarang ini pipi aku sedang berona merah kot. Tidak tahu pula aku yang Iwan nampak aku sedang tersengih. Tentang aku menjadi Miss Universe pula tu. Aduhai. Malu 7 keturunan aku kalau macam ini.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now