BAB 40

65 5 0
                                    

TEPAT pada pukul 6.05 petang, aku dan Aurelia menutup butik. Tamat masa operasi butik pada hari ini. Alhamdulillah. Selain dari masalah wartawan tadi, tidak ada apa-apa masalah dengan perniagaan kami. Bersyukur kepada Madam Zahira, pemilik butik Zera, kerana mempercayai kami bertiga untuk menjaga butiknya sepanjang dia bercuti di luar negara.

Ros sudah lama pulang kerana ada masalah kesihatan ibunya. Nasib saja Madam Zahira dengan senang memberi kebenaran untuk pulang awal. Tapi tidak dapatlah kami lepak hari ini kerana tidak ada Ros.

So, Safa, kau nak tumpang aku balik ke macam mana?” 

“Aku rasa…,”

“Assalamualaikum…,”

“Waalaikumussalam,”

Aku dan Aurelia menjawab salam itu seraya memandang ke arah empunya suara itu.

Tengku Asyraf rupanya.

So aku rasa kau akan balik dengan Tengku Asyraf la nampaknya,” bisik Aurelia sambil tersengih. Aku memberi signal supaya jangan cakap terlalu kuat.

“Saya rasa mungkin Tengku ada urusan dengan Safa. Jadi saya tak nak la kacau daun. Saya balik dulu, Tengku. Jangan hantar lambat Safa pula. Takut mama dia cari,” gurau Aurelia.

“Baik la. I’m following orders, Your Majesty,” jawab Tengku Asyraf seraya menunduk. Aurelia ketawa.

“Hati-hati balik, tau, Lia,”

“Jumpa esok, Safa!”

Aku hanya menggelengkan kepala melihat susuk kawan aku yang sudah memasuki kereta itu. Kini pandangan aku tertumpu kepada Tengku Asyraf yang juga sedang memandang aku. Aku menjongketkan kening.

About this morning. Awak ada suruh saya try explain, kan? And I know that mama has told you some things that I don’t know,” ucap Tengku Asyraf tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya.

Betul itu. Terlalu banyak persoalan yang ingin aku utarakan kepada Tengku Asyraf. Tentang kehilangannya dan kemunculannya yang secara tiba-tiba disini. Tapi aku akan biarkan dia sendiri yang bagitahu.

First of all, saya nak tau ke mana awak hilang selama ni?” soal aku sambil berpeluk tubuh.

Diam.

Susah sangatkah soalan itu? Aku cuma mahu tahu dia menghilang ke mana saja. Bukannya susah sangat pun. Jawab sajalah!

“Safa, saya…,”

Kim Namjoon, Kim Seokjin, Min Yoongi…,

Telefon tiba-tiba berbunyi. Aku dengar Tengku Asyraf seperti ingin ketawa.

“Jawab la,” katanya.

Aku melihat skrin telefon. Aurdyah. Kenapakah dia menghubungi aku? Tanpa menunggu lama, aku pun menjawab panggilan dari Aurdyah itu.

“Assalamualaikum, Safa…,”

“Waalaikumsalam, Dyah. Ha, kenapa kau call aku ni?”

Emergency, Safa… Iwan,”

Jantung aku berdegup kencang mendengar nama Iwan.

“Kenapa dengan dia, Dyah?”

“Iwan accident…,

TANPA membuang masa, aku terus bergegas ke hospital besar Melaka ditemani dengan Tengku Asyraf. Tapi, oleh sebab Tengku Asyraf ada urusan penting, dia tidak dapat menemani aku di hospital. Tak apalah. Dia sudah hantar aku ke hospital pun sudah cukup bagus.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now