BAB 5

125 9 3
                                    

SELEPAS saja menikmati sarapan yang tidak seberapa berat itu, aku dan Ainul pun bertolak ke bandar untuk ke butik milik kakak kepada Ainul. Waktu masih berginjak ke pukul 8.30. Butik dibuka pada pukul 9 pagi. Awal setengah jam.

Selepas saja solat subuh tadi, terus saja aku tertidur. Pada kebiasaannya, aku akan berjaga selepas subuh. Mungkin kerana penat bertolak dari Melaka ke Selangor. Sebab itulah rasa penat semacam. Sepanjang perjalanan dari rumah ke butik, aku tertidur. Jadi, tidaklah aku melihat sangat jalan-jalan disini. Tidak apa, balik nanti, ada Ainul untuk hantar aku pulang. Don’t worry.

Fa, wake up. Dah sampai dah ni,” panggil Ainul.

Aku membuka mata aku. Lena sangat tidur sehingga tidak sedar yang kami sudah sampai dihadapan butik Ayana’s Collection. Nama kakak kepada Ainul tertera didepan mata. Aku memperbetulkan snowcap berdagu aku yang berwarna putih itu. Cermin di depan aku tilik untuk melihat wajah aku sama ada masih kemas atau tidak. Takut nanti masuk ke dalam kelihatan selekeh pula. Malu pula aku nanti.

Aku dan Ainul pun berjalan masuk ke dalam butik itu. Beberapa staf menegur Ainul. Bak kata Ainul, ada beberapa staf sedang bercuti. Sebab itulah pekerja mereka disini kurang. Lebih-lebih lagi hari ini mereka mendapat pelanggan VVIP yang sudah menempah rekaan fesyen oleh kak Ayana.

Seram pula mendengar perkataan VVIP itu. Biasanya aku dengan VIP saja. Ni ada pula terlebih ‘V’. Pasti sangat-sangat penting untuk butik ini. Aku mempersiapkan diri. Tidak mahu memalukan butik ini. Nanti pelanggan VVIP itu lari kalau tidak diberi servis yang berkualiti.

“Fa, kau start kemas semua baju-baju tu ikut design dan color. Biar nampak kemas sikit. Lepas tu kau boleh duduk la dulu before butik ni buka,” kata Ainul sambil mengelap meja kaunter itu.

Senang sangat kerja aku itu. Iyalah. Bak kata Ainul, kerja aku hanya melayani pelanggan yang datang ke sini. Tapi kalau VVIP itu aku tidak berapa jamin sangat. Sebab aku tidak berapa pandai melayan orang penting. Lagi-lagi aku pun tidak berapa tahu seberapa pentingnya pelangan itu.

Adakah ianya sepenting Sultan ataupun perdana menteri? Tapi tidak mungkinlah Sultan mahupun perdana menteri mahu datang ke sini. Mesti mereka ada pereka fesyen khas mereka di istana. Tidaklah sampai mahu datang jauh-jauh dari istana semata-mata mahu menempah baju saja.

Aku pun memulakan kerja aku dengan menyusun kesemua baju-baju yang disuruh oleh Ainul. Sebentar selepas itu, aku melihat beberapa baju berada di ruang jahitan itu. Seperti baju kerabat DiRaja saja. Pasti ada pertandingan lakonan tidak lama lagi. Buat penat-penat saja mereka mahu menempah baju disini. Sudahlah harga baju di butik ini boleh dikira mahal juga. Aku pun kalau mahu membeli baju disini terpaksa berfikir dua tiga kali. Walaupun kesemua reka fesyen disini semuanya cantik-cantik belaka.

Aku mengambil baju-baju kostum DiRaja itu lalu membawanya ke arah Ainul yang sedang menyapu lantai. Mahu menunjukkan rekaan baju yang cantik itu. Seperti betul-betul baju di istana pun ada.

“Ai, yang ni nak simpan kat mana?” soal aku kepada Ainul.

Ainul berhenti menyapu. Dia memandang aku yang bersama dengan kostum DiRaja itu.

“Yang tu kau gantung kat almari booking. Kejap lagi customer VVIP datang nak ambil,” arah Ainul.

Aku telan liur. Baju VVIP? Mesti anak dato’ atau anak Tan Sri mahu menempah untuk anak-anaknya yang remaja yang bercita-cita mahu menjadi sultan suatu hari nanti. Aku melihat kembali kostum itu. Anak VVIP pun ada cita-cita yang tinggi juga. Memang respect betul aku.

Aku pun kalau mahu menjadi sebahagian kerabat DiRaja pun berfikir dua, tiga kali. Sebab manalah ada Sultan yang mahu menjadikan aku sebagai menantu mereka. Itu sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Cukuplah aku berangan yang aku dapat berkahwin dengan salah satu ahli kumpulan BTS. Tidaklah aku mahu berangan-angan mahu menjadi sebahagian dari kerabat DiRaja.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now