BAB 21

84 8 0
                                    

SUDAH hampir setengah jam juga aku keluar dari kelas dan meluangkan masa bersama Tengku Asyraf. Sekarang dia terpaksa balik ke istana atas hal yang mustahak. Betapa sibuknya dia pada usia dia sekarang ini. Aku pun berjalan-jalan di sekitar kolej itu.

Kalau Tengku Asyraf sudah balik, itu bermaksud yang Tengku Isyraq juga sudah balik la, kan? Mesti mereka sangat pelik kenapa aku keluar kelas hampir setengah jam. Pasti mereka akan syak yang aku ada sembelit atau apa. Pedulilah mereka dengan perspektif mereka. Asal aku tidak berjumpa dengan muka Tengku Isyraq yang kacak itu lagi. Dia yang mahu jauhkan diri dari aku, sekarang dia pula yang mencari aku?

Perasan aku dicarilah pula! Sejak bila dia mahu cari aku? Ini kolej hak milik kerajaan Pahang yang bermaksud, dia ada kuasa terhadap kolej ini. Biarlah dia mahu datang ke sini ke tidak. Lagipun Tengku Isyraq akan mengikuti fashion show yang akan kami lancarkan tidak lama lagi.

Kejap. Aku ada cakap yang Tengku Isyraq kacak ke? Kenapalah fikiran aku jadi macam ini? Tapi memang pun Tengku Isyraq kacak. Yang peliknya aku saja. Serius semua adik beradik Tengku DiRaja Pahang sangat kacak dan cantik. Macam mana aku tahu? Sebab Ros ada bagi tunjuk kepada aku keluarga DiRaja Pahang itu. Memang tidak dapat dinafikan yang keluarga mereka sangat cantik dan kacak. Tengok sajalah Sultan dan Permaisuri. Sama cantik dan sama padan. Memang seganlah kalau berjumpa dengan mereka secara berhadapan.

Mengingatkan tentang itu, macam manalah aku boleh terlibat untuk berkawan dengan Tengku Asyraf? Kalau bukan sebab rahsia dia itu, pasti kami tidak akan menjadi kawan pun. Aku sekadar rakyat biasa yang ingin mencari pengalaman belajar dalam bidang seni reka fesyen. Banyak-banyak tempat, boleh pula aku dapat di Pahang ini.

Tapi bila mengingat balik pertemuan pertama aku dengan Tengku Asyraf, sumpah aku rasa mahu ketawa. Boleh pula aku pergi tegur dia. Tapi apabila mengingatkan kembali, waktu pertama kali kami berjumpa itu Tengku Asyraf ada misai. Sekarang ini sudah beberapa hari aku berkenalan dengan Tengku Panglima Muda itu, tidak ada pula misai. Mungkin dia cukur agaknya kot. Aku sekadar berfikiran waras.

Seketika kemudian langkah aku terhenti dari bergerak apabila melihat manusia yang berada di depan mata aku itu. Bukankah dia sepatutnya sudah balik? Kenapa dia masih ada di sini lagi? Alamak! Malulah begini. Aku saja mahu ponteng kelas sebab tidak mahu bertemu dengan dia. Tapi tiba-tiba dia ada di sini apahal? Aku tetap menunjukkan layanan hormat aku kepada Tengku Isyraq meskipun hati tidak berpuas hati.

“Assalamualaikum, tengku,” ucapku bersama senyuman di bibir menunjukkan tanda hormat aku kepada Tengku Mahkota Pahang itu.

“Walaikumsalam. Lama awak keluar ke tandas. Sembelit ke apa?” soal Tengku Isyraq disertakan dengan gelak ketawanya bersama dengan orang-orang dia.

Aku hanya tersenyum bersahaja. Tidak tahulah sama ada itu soalan sinis atau dia cuma mahu bergurau. Tapi aku memang tidak suka. Soal sembelit ini mana boleh cakap dikalangan orang ramai. Memanglah pada masa ini tidak ramai yang ada di tempat kami. Tapi agak ditekankan yang kami tidak berdua. Kalau berdua, boleh lagi aku terima walaupun isu itu sangat sensitif bagi aku. Nasib saja dia merupakan Tengku Mahkota. Kalau tidak, memang aku tikam-tikam dia sehingga lunyai.

“Tak ada la, tengku. Saya just lupa jalan pulang,” jawab aku bersama dengan senyum bersahaja yang tidak lengkang dibibir aku.

“La, dah lama belajar kat Kolej Komuniti ni masih lagi sesat ke?”

Soalan dari Tengku Isyraq itu aku balas dengan anggukan tidak berperasaan.

“Tak apa la. Awak belajar la baik-baik. Nanti tak lama lagi awak akan ingat juga jalan-jalan kat kolej ni. Kalau nak ingat semua jalan kat Temerloh ni okay juga. Mesti awak dah lama menetap kat Temerloh ni, kan?” kata Tengku Isyraq itu.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now