BAB 29

54 8 0
                                    

SEGAR rasanya selepas dapat mandi. Selesai saja Iwan menghantar aku pulang ke rumah seperti apa yang dijanjikan, aku merehatkan diri di dalam bilik aku. Selepas itu, aku mandi. Segar rasanya dapat mandi. Oleh kerana sekarang ini aku sedang ABC, jadi aku tidak dapat solat pula.

Tapi itu tidak menghalang wanita cuti seperti aku untuk membuat pahala. Lebih baik mengamalkan zikir dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Tidak juga lupa untuk mendengar bacaan Al-Quran menggunakan aplikasi The Noor. Mudah sungguh aplikasi ini. Ada banyak suara ustaz yang boleh didengari di dalam aplikasi tersebut.

Eh, kenapa macam aku sedang mempromosikan aplikasi milik Neelofa pula ni? Aku menggelengkan kepala.

Tanpa membuang masa, aku pun turun ke ruang tamu. Mahu melihat apa yang dimasak oleh mama dan kak Saadah. Mahu menunggu aku yang masak? Memang tidaklah benda itu terjadi. Sebenarnya aku ini boleh saja memasak. Tapi setakat untuk aku sajalah. Oleh kerana selera makan keluarga aku ini sangatlah tinggi dan masakan aku memanglah tidak setanding dengan masakan mama yang lazat dan masakan kak Saadah yang bolehlah untuk santapan makan malam. Hashtag sis ego dengan kakak sis sendiri. Haha!

Turun saja aku dari ruang tamu itu, pelbagai makanan terhidang di meja makan kami. Macam mengalahkan kenduri saja aku tengok. Sedaplah pula. Tiba-tiba perut aku berbunyi.

"Belum boleh makan lagi," tegur mama. Aku tersengih mendengar teguran dari mama.

Memang tahu sangat perangai anaknya yang satu ini. Kuat makan! Muahahah.

"Kakak pegi mana tadi? Sampai balik lambat," soal mama sambil meletakkan satu per satu lauk-pauk yang dimasaknya sebentar tadi. Ini yang aku musykil sebentar. Sebab kami tidak pernah makan sebanyak begini.

"Ada problem tadi waktu kat shopping mall. Kawan kakak terus la ajak lunch kat rumah family dia," jawab aku sambil sempat mata menjeling ke arah makanan yang sedap itu.

"Kenapa dinner hari ni macam special sangat, mak?" soal aku meluahkan perasaan musykil aku. Aku memandang mama.

"Ada orang kejap lagi datang nak makan sama-sama dengan kita," jawab mama sambil tersenyum.

Ini lagi membuatkan aku lebih musykil. Sebab setahu aku mama tidak pernah menjemput siapa-siapa untuk makan malam bersama. Lebih-lebih sekarang kami sedang menginap di homestay Temerloh. Rapat dengan jiran tetangga disini pun tidak. Apa lagi mahu mengajak makan bersama.

"Kenapa tiba-tiba mama nak jemput jiran kita makan? Sebelum ni tak pernah pun," sekali lagi aku tiba-tiba menjadi kawan kepada Detective Conan.

"Tadi petang ada orang masuk meminang kamu...,"

"Orang masuk meminang kakak?" soal aku dengan terkejutnya.

"Eh, bukan kamu. Kak Adah. Salah sebut pula," kata mama sambil ketawa.

Apalah mama ni. Buat terkejut saja. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba ada orang mahu meminang aku yang tidak ada apa-apa ini. Lainlah kak Saadah. Dia sudah mempunyai teman lelaki. Abang Harris.

Sudah lama mereka bersama sejak di bangku sekolah lagi. Akhirnya mereka sudah bertemu dengan jodoh mereka. Tapi mungkin aku akan menjadi orang yang sangat sedih. Sebab aku antara yang paling rapat dengan kak Saadah.

"Habis, mak nak ajak dorang datang ke sini?" soal aku.

"Iya la. Sekali la nak bincang pasal tarikh tunang. Balik aje ke Melaka, terus aje la langsungkan majlis," jawab mama.

"Ala, mama ni. Gelojoh sangat tu," kata kak Saadah.

Aku dan mama sama-sama memandang ke atas. Kak Saadah berjalan menuruni tangga. Dia berpakaian baju kurung modern yang aku pernah jahitkan untuk dia dulu. Siap bertudung lagi. Mestilah tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga bakal tunangnya itu.

"Bagus la gelojoh. Cepatkan apa yang patut. Lagipun umur kamu tu bukannya muda lagi. Dah nak masuk 30 dah pun," kata mama sambil menggelengkan kepala.

"Adah baru umur 27 la, mak. Mana ada tua lagi ni," jawab kak Saadah sambil memuncungkan bibirnya itu.

"Memang dah tua dah pun," jawab aku dengan Salwa serentak.

Bila budak kecik ini muncul disini aku pun tidak tahu. Suka hati saja ikut apa yang orang mahu cakap. Lepastu bergaduh. Begitulah kehidupan adik-beradik. Pasti akan ada pasang surutnya. Kadang macam mahu saja bergaduh. Tapi apa-apa pun, bila ada adik beradik yang susah, pasti akan menolong antara satu sama lain.

"Ni, bila keluarga Harris tu nak datang?" soal mama.

"Kejap lagi la tu dorang sampai. Sebab Harris bagitau yang dorang gerak lepas Isyak," jawab kak Saadah.

"Assalamualaikum...," ucap seseorang dari luar pintu rumah,

Kami pun memerhatikan daun pintu yang tertutup rapat itu.

"Walaikumsalam...," jawab mama.

"Ha, tu dah sampai dah family Harris. Fa dan Awa pegi bersiap. Pakai baju elok sikit," pesan kak Saadah sambil memperbetulkan tudungnya itu.

Salwa mengangguk lalu bergegas mendaki tangga untuk naik ke biliknya.

"Kakak tunggu apa lagi? Ada tetamu tu kan datang. Pergi bersiap, lepas tu turun. Tolong mama kat dapur," kata mama sambil mengusap lembut bahu aku.

"Sorry la mak. Kakak mengantuk la. Banyak sangat benda jadi hari ni. Kak tak dapat join la dinner ni. Kak nak masuk tidur dulu. Good night," jawab aku lemah.

"Tapi kakak belum makan lagi," kata mama aku dengan pandangan risau.

"Tak ada la. Kakak masih kenyang lagi ni. Banyak kot kak makan kat rumah kawan kakak," tipu aku.

"Betul ni?" soal mama aku sekali lagi.

"In syaa Allah, mak. Nanti kalau kakak lapar, pandai la kakak masak maggie ke apa," kata aku.

Tanpa membuang masa, aku pun memanjat tangga untuk ke bilik aku. Saat aku mahu memasuki bilik itu, Salwa pun keluar dari bilik tersebut lengkap dengan berbaju kurung.

"Cepat sikit bersiap," pesan Salwa.

"Pegi aje la turun. Kakak nak tidur jap," kata aku.

"Kak Fa tak join sekali ke?" soal Salwa.

Aku mengangkat bahu. Salwa pun tidak cakap apa-apa. Dia pun turun ke ruang tamu. Aku kembali kepada tujuan asal aku. Masuk ke bilik yang aku kongsi dengan Salwa.

Tilam empuk itu aku panjat. Mahu menyandar pada kepala katil itu. Telefon aku capai. Ikon Instagram aku tekan. Bosan punya pasal, aku lihat apa yang menarik perhatian aku. Tapi bunyi perut tetap menguasai.

Aku mendengar bunyi gelak ketawa mereka yang berada di bawah itu. Pasti mereka sedang makan sekarang ini. Aku pun memperbetulkan kedudukan aku tadi. Tiba-tiba rasa tidak selesa. Aku kembali scroll telefon aku itu. Mencari benda yang mungkin akan menarik perhatian aku.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan notifikasi whatsapp baru saja masuk. Aku mengeluh. Lantas aku membuka aplikasi whatsapp itu. Mahu tahu dari siapa.

'Glad to know you're waiting for me'. Mesej itu aku baca.

Dari siapa pun aku tidak tahu. Sekali lagi notifikasi dari chat yang sama masuk.

'Jangan blue tick aje. Soon we'll meet. I promise'.

Aku mengerutkan dahi. Spam ke apa ni? Tunggu apa pula ni? Aku tidak ada tunggu apa-apa pun. Perasan betul siapa yang chat aku ini. Tidak ada kerja lain ke selain mahu mengganggu ketenteraman orang? Sudahlah aku yang sekarang ini tidak tenteram. Dapat lagi chat yang tidak tahu dari siapa ini. Lagilah aku tidak tenteram.

Aku mengeluh. Telefon itu aku tutup. Malas mahu bermain telefon. Lebih baik aku tidur. Sekurang-kurangnya dalam tidur aku tenteram dan tenang sikit. Dari memikirkan masalah yang entah apa-apa.

🌼🌼🌼

Bonus chapter guys! Hehe enjoy this new chapter. Assalamualaikum wbt

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now