BAB 4

133 9 4
                                    

AKHIRNYA sampai juga kami ke terminal bas Bandar Cheras di Selangor. Setelah selama 8 jam kami berada di dalam bas itu, kami tiba juga ke destinasi yang kami tuju. Kami bertolak dari Melaka selepas zohor dan tiba ke Selangor hampir Maghrib. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kami selamat sampai juga.

Penat itu usah dikatalah. Biarpuan kami hanya duduk di dalam bas itu selama 8 jam, tapi penat kami itu seperti kami yang memandu bas itu. Banyak jasamu kepada kami, pakcik drebar. Good luck to your job!

Turun saja kami dari bas itu, mata aku melilau sekeliling terminal itu. Ingin mencari kelibat batang hidung milik Ainul. Dia cakap yang dia akan mengambil kami. Tapi sampai sekarang dia tidak ada. Ros dan Aurelia pun ikut mencari juga. Mereka tidak juga berapa kenal dengan Ainul sebab Ainul merupakan kawan aku ketika zaman sekolah menengah dulu. Ros dan Aurelia pula aku kenal sewaktu pendaftaran di Kolej Komuniti di Temerloh, Pahang.

Kebetulan sangat yang kami memang asal dari Melaka bersama-sama. Kalau cuti pun kami balik ke Melaka bersama-sama. Indah sungguh persahabatan kami. Tapi, Aurdyah tetap juga aku tidak lupakan.

“Ha, cari apa tu?”

Aku memusing ke belakang dengan terkejut. Nasib saja aku tidak ada masalah jantung. Kalau tidak, memang destinasi kami terpaksa bertukar ke arah hospital pula. Aku menjeling Ainul yang sedang tersengih ke arah aku. Langsung tidak ada riak wajah rasa bersalah langsung sebab sudah mengejutkan aku tadi.

“Kau ni, Ai. Nasib aku ni tak ada penyakit kronik. Kalau ada, memang dah lama aku langgar kau guna lori sampah sekarang ni,” bebel aku kepada Ainul itu.

Perangai yang dulu tidak pernah ubah langsung. Dulu, dia sendiri cakap yang aku ini tidak matang. Tapi, tengoklah sekarang siapa pula yang tidak matang sekarang ini? Lebih tidak matang dari aku ada lah.

Tapi aku sedar. Hidup ini tidak semestinya akan selalu matang saja. Sekali-sekala, kita haruslah enjoy dengan hidup kita sebelum terlambat. Haihlah. Aku cakap macam ini, macamlah aku hidup tidak lama lagi. Nauzubillahiminzalik! Astaghfirullahalazim. Mengucap aku didalam hati.

“Sebab kau tak ada sakit la aku berani nak jerkah kau. Kalau tak, memang tak la aku nak jerkah kau. Tak pasal-pasal nanti roh kau cari aku tengah-tengah malam. Tak nak aku,” balas Ainul sambil menggosok lengannya persis dia sedang meremang. Nak saja aku ketuk budak ini. Haha!

“Oh, ya. Ros, Lia, ni Ainul, best friend aku waktu sekolah menengah dulu dengan Dyah. Ai, ni Ros dan ni Lia, best friend aku kat kolej,” aku memperkenalkan mereka antara satu sama lain. Nanti tidaklah mereka rasa janggal mahu panggil apa sedangkan umur semua sama saja.

Oh, that is mean that dorang memang kenal Dyah la? But how?” soal Ainul dengan pelik selepas saja berjabak tangan dan berkenalan dengan Ros dan Aurelia.

“Panjang ceritanya,” gurau aku sambil memejamkan mata dan menggelengkan kepala. Gaya seperti redha itu.

“Jangan nak percaya cakap dia tu. Kitorang kenal Dyah sebab dulu Dyah pun student kat Kolej Komuniti sama dengan kitorang. Tapi kejap aje la sebelum dia berhenti dan kerja kat Melaka. Nak tolong family dia pula,” jelas Aurelia kepada Ainul. Lantas saja Aurelia menjeling aku sebab sempat lagi bergurau-senda.

Ainul menganggukkan kepalanya. Iyalah, nama pun sudah lama tidak mendengar khabar tentang Aurdyah. Sama juga dengan Aurdyah. Kalau tidak kerana aku, mereka mungkin tidak tahu akan perkembangan mereka antara satu sama lain. Kalau bercakap dengan Aurdyah, kami akan bincang pasal KPOP. Kalau dengan Ainul pula, topik kami akan sentiasa berubah-ubah dari masa ke semasa.

Tidak ada cerita tentang mereka berdua pun langsung. Terpaksa aku juga yang menjadi pengantara antara mereka. Biarpun hanya menjadi pengantara tidak bergaji, namun aku ikhlas memberitahu mereka. Sebab mereka berdua pernah dan selamanya akan menjadi kawan baik aku sehingga ke jannah. Insyaallah, aamiin.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now