BAB 18

80 9 0
                                    

SELEPAS saja kelas perniagaan kami, memang tidak ada kelas lain lagi. Petang yang mendamaikan. Kalau lepak di dalam bilik pun kira okay juga ini. Lagipun memang tidak ada benda lain juga mahu dibuat lagi. Ros sibuk dengan aktiviti kokurikulumnya. Aurelia pula sudah lepas. Ada hal penting katanya. Sekarang tinggal aku seorang sajalah. Lapar pula rasanya.

Beginilah kehidupan aku yang pelik. Asyik-asyik lapar saja. Aku pun berjalan dari kelas ke bangunan asrama. Penat satu badan. Biasanya kalau ada Ros dan Aurelia pasti tidak akan sepenat ini. Pasti kami akan keluar bersama-sama untuk release tension. Tapi kedua-dua mereka pula sibuk. Mestilah. Sekarang kami sudah berada di semester akhir. Tidak ada lagi mahu enjoy bagai. Rindu pula aku dengan semester satu di mana kami masih mentah untuk membuat tugasan.

Tiba-tiba saja telefon aku berbunyi. Aku mengambil telefon aku yang berada di poket baju kurung milik aku. Kenapa pula Ainul call aku waktu macam begini? Aku pun mengangkat panggilan yang tidak henti itu. Mesti ada perkara penting dia mahu sampaikan sehingga tidak boleh tunggu aku sampai ke bilik asrama aku langsung.

"Assalamualaikum, apahal?" ucap aku dengan penat lelahnya.

Tengok? Betapa terbuktinya aku sangat penat ketika itu sehingga mahu bercakap pun malas. Sebising-bising aku pun, mesti akan penat juga akhirnya. Bukan selalu menjadi burung tiung tidak bergaji seperti kak Saadah katakan. Boleh pula kakak aku itu cakap aku terlalu bising di rumah macam burung tiung. Sampai dia suruh aku mencari teman lelaki sendiri. Ingat senangkah mahu mencari teman lelaki yang bagus sekarang ini? Cari teman lelaki bukan macam mencari baju.

Cari baju pun kena tengok saiz juga ikut keselesaan sendiri. Hati aku yang tersakiti apabila dikatakan sebegitu.

"Amboi. Nak call kawan sendiri pun tak boleh ke?" soal Ainul sambil ketawa di hujung telefon itu.

"Bukannya tak boleh. Tapi aku ni baru aje habis kelas. Baru aje nak gerak ke asrama ni," kata aku dengan langkah longlai. Kejap lagi boleh tersungkur juga aku sebab terlalu penat untuk berjalan.

"Cun sangat la tu. Aku ni ada kat depan gate. Boleh tak kau mai ke sini?" soal Ainul.

Langkah aku terhenti. Depan pagar? Pagar mana pula yang dia maksudkan ini?

"Gate mana pulo?" soal aku tidak berapa pasti. Tangan aku naikkan ke dahi seperti sedang menabik itu. Aku mencari kelibat pagar yang ada di Kolej Komuniti. Takkanlah pula Ainul ada disini?

"Gate kat kolej hang la, sengal. Kalau depan rumah aku, buat apa aku nak suruh hang mai ambik aku pulo?" kata Ainul dengan nada tidak berpuas hati itu.

Kan sudah kena panggilan sengal dari Ainul. Penat sangat ini sehingga otak aku pun jadi jammed. Boleh pula aku terfikir yang Ainul minta aku ambil dia di Taiping sana. Memang itu tidak boleh difikirkan langsung.

"Kau buat apa kat kolej aku?" soal aku pula sambil bercekak pinggang.

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba pula dia datang terpacak di pintu pagar Kolej Komuniti. Tidak pula aku terus ke pagar yang dimaksudkan oleh Ainul. Aku masih lagi berdiri tegak di tempat yang aku berdiri sebentar tadi. Malas aku mahu berjalan jauh ke sana.

"Nak lawat kau la. Takkan nak daftar jadi student pula kat sini. Padahal aku masih belajar kat Politeknik? Cepat la ke sini. Panas tau tak kat sini?" kata Ainul lagi. Sempat lagi dia marah kepada aku.

"Kau datang la sendiri kat sini. Aku bukan apa. Aku ni malas nak jalan ke sana ke sini. Dah la aku penat ni. Aku nak ke bilik dulu. Bye," kata aku dengan tidak berperasaan.

"Wey, Fa. Kejap dulu, aku...,"

Dan aku pun mematikan talian itu tanpa sempat mendengar apa yang dikatakan oleh Ainul.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now