BAB 47

56 4 0
                                    

2 tahun kemudian…

WAKTU yang sangat diimpikan untuk graduan Kolej Komuniti Temerloh selepas bertahun-tahun berhempas-pulas menghabiskan masa pembelajaran kami. Akhirnya hari yang telah dinanti-nantikan telah pun tiba.

Hari Konvokesyen Kolej Temerloh! Yahoo!

Banyak yang telah aku tempuhi semasa belajar dan selepas belajar di kolej ini. Alhamdulillah banyak ilmu yang aku pelajari. Dan oleh kerana kolej ini juga, aku dapat mengenali seorang Tengku Pahang yang amat diminati hampir seluruh Malaysia ini. Dan kini, dia bergelar suami aku yang sah. 

Rasa macam baru saja kelmarin kami disatukan. Alhamdulillah hampir genap 2 tahun kami mengikat tali hubungan sebagai suami isteri. Gaduh-gaduh itu sudah memang lumrah dalam adat berumah tangga. Well, there’s no perfect marriage. Semua pun akan melalui fasa-fasa bertoleransi. Saling memahami dan saling berkomunikasi. Itu lebih penting.

“Weh, rindu doh aku dengan korang ni!” ujar Ros setelah melihat kelibat aku dan Aurelia.

“Gila tak rindu? Aku pun sama la weh!”

Dan mereka pun berpelukan sesama mereka. Mereka cuba untuk mengajak aku namun cepat saja aku menepisnya dengan memberi muka bosan.

“Rindu apanya? Korang lupa ek yang kita ni praktikal tempat yang sama je?”

“Kacau betul la Safa ni. Kitorang baru je nak buat drama kat sini, kan, Lia?”

“Betul la. Tau la dah kahwin. Tapi jangan la nak kacau drama orang single ni. Dahhhh!”

Aku tergelak mendengar bebelan mereka berdua. Aduhai, perangai tak ubah seperti budak-budak tadika saja. Aku rasa budak tadika lagi matang berbanding mereka berdua.

“Iya la, iya la. Sini peluk sikit. Aku pun nak rindu korang juga!”

Aku pun meluruh ke arah mereka dengan tangan yang dibuka luas bersiap untuk memeluk mereka berdua. Dan kami pun berpelukkan seperti bangunan kolej itu kami yang punya. Tanpa menghiraukan pandangan orang awam yang sedang lalu-lalang itu.

“Dah lama kita tak jejak kaki ke sini lepas habis belajar tu, kan?” ucap Ros sambil memandang sekeliling bangunan Kolej Komuniti itu.

“Haah la,” dipersetujui oleh Aurelia.

“Korang je la yang dah lama tak ke sini,”

“Memang la. Kau tu kan dah kahwin dengan Tengku Asyraf, kan Ros?”

Ros mengangguk tanpa bersuara. Mungkin sakit tekak.

“Ish, korang ni ke situ pula. Even aku tak kahwin dengan dia pun, aku boleh datang sini. Siapa suruh korang rajin sangat angkut baju korang lepas habis belajar dulu? Aku lepas beberapa bulan macam tu baru aku datang sini balik nak ambil barang aku,”

“Barang aku bukannya banyak sangat pun sampai nak kena tunggu lama baru nak ambil. Aku bawa sikit je pun. Jadi tak payah la susah-susah nak ulang-alik nak ambil barang,” kata Lia sambil menjeling aku yang sedang tersengih.

Tahu sangat yang dia sedang menyindir aku. Bukan tak tau yang aku ni bila semester baru nak mula, banyak sangat barang aku bawa macam pula aku mahu berpindah. Padahal bukannya tak ada cuti semester pun sampai aku tak boleh balik untuk ambil barang.

Aku bukan apa. Aku cuma mahu berjimat masa dan tiket kapal terbang saja. Ingat murahkah tiket kapal terbang sekarang ni? Jimat masa la sangat! Sampai aku kena angkut sendiri beg aku turun dari bangunan asrama sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jimat masa la sangat sampai aku tak boleh lupa kejadian aku dikejar oleh sekumpulan manusia di kedai buku Popular.

“Eleh bukan aku je yang bawa banyak barang. Ros pun sama apa?” jawab aku tak puas hati sambil menjuihkan bibir ke arah Ros.

“Eh aku, sekurang-kurangnya aku ada bawa assistant aku. Abang-abang aku terus tolong aku angkat semua barang-barang aku balik. Kau ada?”

Ros senyum sinis pada aku. Aku sekadar mencebik bibir. Memang bestlah jadi Ros. Dia merupakan adik perempuan bongsu. Dalam adik beradiknya mempunyai 4 lelaki dan 2 perempuan. Ros mempunyai 2 adik lelaki selepas dia. Tapi itu masih menjadikan Ros sebagai anak dan adik yang manja. Sebab jarang sekali permintaannya ditolak oleh keluarganya. Mengalahkan adik bongsunya saja.

“Oh, iya. Cakap pasal Tengku Asyraf kan…,”

“Bila masa pula kita sedang cakap pasal Tengku Asyraf?”

Soal aku laju seraya memotong percakapan Ros tadi.

“Ada tadi Lia ada cakap laaaa…,”

Aku tersengih sebab lupa.

“Lupa la tu. Tu la, tau nak cari salah orang je sampai nama laki sendiri pun lupa,” 

Aku membalas sindiran Aurelia dengan memberikan cebikkan saja.

“Ha, Ros. Ada apa dengan Tengku Asyraf?” soal Aurelia.

“Cakap pasal dia, kan? Aku dengar-dengar bapa mertua Safa yang akan bagi kita skroll dan sijil-sijil kita nanti,” kata Ros dengan teruja.

“Mesti la. Dah Sultan Abdullah tu Sultan negeri Pahang, kan?” 

“Iya la. Aku just nak remind Safa sebab nanti dia dapat bergambar dengan bapa mertua dia,”

Aku dan Aurelia sekadar menggelengkan kepala. Aku yang jadi menantu kepada KDYMM Sultan Abdullah, dia pula yang teruja macam dia pula yang menantu.

Akhirnya, setelah lama berbual kesemua graduan Kolej Komuniti Temerloh pun disuruh berbaris mengikut nama sebelum kami disuruh untuk masuk ke dalam dewan. Senang sikit kalau nama dipanggil ke atas pentas. Hanya sebut nama mengikut abjad dan kursus yang kami ambil saja. Tak adalah majlis konvokesyen ini berterabur.

Tapi tak bestlah sebab Aku, Ros dan Aurelia tak duduk sama-sama atas faktor abjad pada awal nama kami berlainan dan sangatlah jauh. Aku bermula dengan huruf N, Ros pula R, dan Aurelia mestilah dengan huruf A. terserlah wajah sedih kami apabila dipisahkan begitu saja. Tak dapatlah nak bergosip lagi nampaknya.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now