BAB 45

93 7 1
                                    

“SAFA…,”

Aku menoleh sekilas ke arah Tengku Isyraq yang sedang menghampiri aku itu. Baru saja aku mahu mengaut ikan pari masak asam pedas yang dimasak oleh mama, namun terbantut dek panggilan dari Tengku Isyraq sebentar tadi.

“Can I ask you something?”

Tadi saja aku menyoal dia tentang keberadaan Tengku Asyraf. Kini dia pula mahu bertanya kepada aku? Pasal apa pula? Pasal Tengku Asyraf juga ke? Ah, sudahlah. Aku malas sudah mahu berfikir tentang dia. Bukannya dia anggap aku sebagai kawan lagi.

Tengoklah sekarang ni. Bukan dia bagitahu aku yang dia sudah berlepas ke Sandhurst. Ini pun aku dapat tahu dari Tengku Isyraq sendiri. Kalau tak, memang aku tak tahulah dia tu masih hidup ke tak.

Tengoklah pemikiran aku ni. Geram punya pasal sehingga semua benda buruk aku fikir.

“Apa dia?”

“Awak ada apa-apa perasaan kat Tengku Asyraf ke?”

Aku pelik. Kami baru saja mengikat tali pertunangan sebentar tadi. Sekarang baru dia mahu tanya aku tentang perasaan aku kepada Tengku Asyraf? Kenapa bukan sebelum majlis pertunangan ni lagi?

“Tak ada. Kenapa?”

Kalau ada pun, bukannya Tengku Asyraf pun ada perasaan yang sama dengan aku pun. Huh! Buat sakit hati saja.

“Kalau ada sikit pun perasaan suka saya kat Tengku Asyraf, I don’t think he will feel the same way I feel about him. Jadi buat apa nak ada apa-apa perasaan suka, kan? Sedangkan orang tu pun langsung tak pandang kita pun,” antara sedar atau tidak, aku terluah rasa sakit aku kepada Tengku Isyraq.

Aku berdehem sebentar setelah tersedar akan kesilapan aku.

“Sorry…,”

“Safa…,”

Aku menoleh kembali.

“Am I the one of the choices in your heart?”

“Actually saya pun tak tau,” jawab aku jujur.

“So kenapa awak accept je engagement ni?”

Aku kembali berfikir kenapa aku setuju dengan pertunangan ni. Mungkin sebab permintaan Permaisuri. Mungkin aku tak mahu menghampakan Permaisuri. Mungkin aku tak mahu malukan Permaisuri.

Apa pun sebabnya, semuanya beralih kepada Permaisuri juga. Aku sibuk menjaga hati Permaisuri. Sedangkan aku tak tanya hati aku waktu tu sama ada aku rela ataupun tak.

“I don’t know. Maybe sebab saya tak nak hampakan KeBawah Duli Tuanku Permaisuri,”

“I see…,” jawab Tengku Isyraq disertakan dengan anggukan kecilnya.

Aku rasa itu adalah kali terakhir aku berbual dengan dia. Sebelum dia meninggalkan aku dengan tanda tanya. Aku tak tahu atas sebab dia buat begitu. Mungkin seperti apa yang kak Saadah cakap. Mungkin Tengku Isyraq banyak kerja sehingga terlalu sibuk untuk menghubungi aku.

Tapi dia boleh saja bagitahu aku yang dia sibuk. Tak perlu sehingga buat aku seperti bergantung tak bertali. Sakit, tau?


PADA hari yang mulia dan indah ini merupakan hari yang bersejarah. Dimana hari ini adalah hari seorang NurSafa Malaiqa dan Tengku Asyraf Imanuddin Syah akan disatukan.

Bagaikan mimpi saja. Aku tak pernah terfikir pun untuk berkahwin dengan Tengku DiRaja. Sedangkan mahu kahwin dengan Suga BTS pun hanya terlintas dalam imaginasi saja. Itupun aku pernah bermimpi aku kahwin dengan Shownu Monsta X. Padahal aku mahu Suga BTS.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now