BAB 30

68 8 0
                                    

PAGI yang amat cerah hari ini. Sudah hampir seminggu kami berada di tanah airku, Melaka. Indahnya dalam hati. Sejuk saja mata memandang sekeliling setelah berbulan-bulan berada di Pahang sana.

Aku menuruni tangga dengan siap berpakaian sopan. Bosan asyik terperap saja di rumah, aku membuat keputusan untuk keluar bersiar-siar berdekatan dengan kawasan perumahan kami itu.

Saat saja aku menuruni tangga itu, keluarga aku termasuk saudara-mara aku sedang mengemas di bahagian ruang tamu itu. Ada yang menggubah bunga telur la, ada yang sedang menyiapkan kad jemputan. Ringkasannya, rumah ini akan sibuk untuk beberapa hari ini.

Lupa mahu cakap, kak Saadah sudah pun selamat ditunangkan bersama abang Harris sebulan yang lepas. Itu bermaksud aku tidak dapat menghadiri pertunangan mereka kerana sibuk dengan urusan kerja di butik. Dalam masa yang ama, mungkin aku ingin mencipta alasan. Kot la.

Sebenarnya, aku boleh saja minta cuti pada hari pertunangan itu. Tapi aku membuat keputusan untuk tidak melakukannya. Aku mahu fokus pada pratikal aku dulu. Lagipun, tidak lama lagi, Kolej Komuniti di Temerloh akan mengadakan majlis konvokesyen. In Syaa Allah. Harap sajalah tidak ada PKP lagi. Sebab aku tidak mahu menangguhkan lagi. Dapat saja sijil dan aku dapat menguruskan butik kak Ayyan yang berada di Pahang. Yahoo! Oh, ya. Jangan risau sebab perkara sebegini aku sudah awal-awal berbincang dengan mama.

Walaupun pada awalnya mama tidak bersetuju dengan rancangan aku itu, tapi setelah pujuk dan pujuk lagi dan sedikit rasuah. Sedikit saja, ya, kawan-kawan. Cuma sedikit saja rasuah, aku dapat memujuk mama aku untuk mengizinkan aku menguruskan butik kak Ayyan itu. Iyalah. Sudah aku petik nama Permaisuri Agong juga. Bukannya tipu. Ainul sendiri yang cakap begitu dengan aku. Kiranya aku hanya menyampaikan apa yang diperkatakan oleh Ainul kepada akulah.

Berbalik kepada kisah asal, kenapa keluarga aku termasuk saudara-mara aku yang dari jauh ini sedang mengemas? Sebab tidak lama lagi kak Saadah akan melangsungkan perkahwinan dengan abang Harris. Sebak jugalah bila diingatkan balik. Satu-satunya kakak sulung aku akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Majlis pernikahan akan diadakan selepas Zohor di rumah kami sendiri. Sebenarnya, pada awalnya, mama mahu mencadangkan untuk nikah di Masjid Al-Azim. Tapi, kak Saadah tidak mahu berulang-alik ke sana dan ke sini pula. Sebab itulah akhir keputusan, nikah saja di rumah kami. Majlis persandingan akan dilakukan selepas Isyak di dewan besar Bandar Bukit Baru ini.

“Safa nak pegi mana awal pagi ni?” soal mak lang, kakak ipar kepada mama, yang sedang menggubah bunga telur berwarna putih itu.

“Fa nak keluar jalan-jalan jap dengan kawan,” kata aku sambil tersengih.

Iyalah sangat tu mahu berjalan-jalan dengan kawan. Entahlah kawan dari mana aku dapat buat masa sekarang. Ros sekarang sedang sibuk menolong mamanya di kedai. Aurelia pula jauh sangat berada di Johor. Aurdyah pula mestilah sedang sibuk bekerja. Jadi, buat masa sekarang ini, aku tidak mempunyai teman untuk melepaskan rasa bosan aku sekarang ini.

“Nak keluar mana pula tengah hari macam ni? Sendiri pula tu,” kata mama yang baru keluar dari dapur itu.

“Mana ada sendiri la, mak. Fa keluar dengan kawan kot,” kata aku sambil memuncungkan bibir mendengar apa yang mama katakan itu.

Macam tahu-tahu saja yang anaknya ini akan keluar sendiri.

“Iya la tu keluar dengan kawan. Kawan mana pula ni?” soal mama. Sesungguhnya mama amat tahu akan kesibukan kawan-kawan aku semua. Sebab itulah mama dengan berani tanya kawan yang mana satu.

Ala, semua kawan-kawan aku mama kenal. Mama aku pun dorang kenal juga, setiap kali raya pasti mereka akan singgah ke rumah aku. Bukan setakat kadang-kadang, boleh dikatakan selalu juga mama mengajak mereka berbual. Tapi nasib saja kawan-kawan aku tidak rasa janggal apabila berbual dengan mama aku.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now