BAB 3

117 9 0
                                    

SERONOK hari ini sebab dapat lepak dengan dua kawan sengal aku ini Ros dan Aurelia. Nasib saja mereka sudah lengkap dua dos vaksin. Boleh juga lepak di kafe tempat aku pernah kerja part time dulu. Sebentar tadi kami baru saja membeli-belah untuk keperluan kami ke Selangor nanti.

Aku baru keluar dari tandas dan berjalan ke arah meja kami sebentar tadi. Suara mereka yang bising tadi tiba-tiba senyap pula. Mereka berdua kelihatan sedang melihat telefon milik Ros sambil ketawa miang. Mesti sedang stalk lelaki la ni.

"Apa sangat la korang nak stalk anak lelaki orang? Cuba korang jadi macam aku ni. Stalk pasal KPOP," kata aku sambil melabuhkan punggung di kerusi yang aku duduk tadi.

"Stalk KPOP tak best. Sebab dorang bukan asal kat sini. Boleh tengok pun kat phone aje," kata Ros sambil mencebikkan bibir. Aurelia mengangguk kepala dengan bersemangat.

"Habis, korang stalk anak lelaki orang, korang dapat jumpa depan-depan?" kata aku sambil menggelengkan kepala. Apalah nasib dapat kawan yang miang macam ini.

"Wey, Lia. Tengok la Tengku Isyraq dan Tengku Asyraf ni. Handsome kot. Kalau la salah satu dari dorang tu jadi boyfriend aku," kata Ros sambil membayangkan wajah kedua-dua adik beradik Tengku Pahang itu.

"Ih, aku nak cop Tengku Isyraq sebab dia nampak handsome meletop. Lagipun dia Tengku Mahkota!" kata Aurelia dengan teruja.

"Aku nak cop Tengku Asyraf la. Tengku Panglima Muda pun best apa," kata Ros pula.

Apa nak jadilah dengan dua orang kawan aku ini. Tidak habis bercakap pasal Tengku mereka itu. Bukannya mereka pandang dorang dua ini pun. Paling-paling kalau nak kahwin pasti akan dicari yang bergelaran kerabat DiRaja juga. Lagi-lagi Tengku Isyraq sebab dia bakal menjadi Sultan suatu hari nanti.

"Korang ni. Anak teruna orang jangan ditatap lama-lama. Haram jadinya," kata aku seraya memperbetulkan handsock berjari aku yang berwarna hitam itu.

Ros kelihatan sedang mencebikkan bibirnya. Deeplah tu bila dicakap macam begitu. Biarpun penampilan aku seperti ustazah, tapi perangai aku pun kadang over juga kalau melibatkan KPOP.

Malas aku mahu melayan perangai mereka dengan Tengku mereka itu, aku pun membuka aplikasi Weverse. Wonwoo baru saja mengemaskini post dia di Weverse. Tidak sabar aku mahu lihat apa yang dia post.

"Wey, Fa. Kau tengok la dorang ni!" panggil Ros dengan teruja. Habis dia menggoncangkan tangan aku. Tidak sempat aku melihat video milik Wonwoo oleh kerana goncangan Ros.

Tidak puas dengan itu, dia menghalang pandangan aku yang pada skrin telefon itu dengan menunjukkan wajah Tengku Asyraf yang sedang bermain golf itu. Ros yang sedang tersengih itu aku jeling bosan. Sudah aku cakap yang aku tidak berminat mahu melihat mereka. Semakin mereka memaksa aku untuk melihat.

"Handsome, kan?" kata Aurelia pula.

Aku mengambil telefon aku. Lalu aku scorll-scorll untuk mencari sesuatu sebelum wajah Jungkook BTS aku tunjuk kepada mereka.

"Ni lagi handsome," kata aku seraya menjelirkan lidah.

Mereka berdua membuat muka menyampah kepada aku. Haha! Ada aku kesah?

---

"KAU betul ke tak nak ikut sekali? Boleh juga jumpa dengan Ainul sekali?" soal aku kepada Aurdyah di telefon. Ketika itu aku berada di ruang tamu. Aku berdiri didepan pintu masuk rumah kami.

"Iya la. Aku tak dapat ikut. Kau tau kan aku banyak kerja. Next week baru ada cuti ni. Sorry la," jawab Aurdyah membuatkan aku muncung.

Sudah lama kami tidak lepak bersama-sama. Rindu pula. Walaupun Aurdyah dan Ainul ini boleh di kategorikan sebagai Tom and Jerry sebab asal mereka berjumpa saja pasti bergaduh. Pasti mereka saling merindui. Sebab sepanjang perbualan aku dengan Ainul pada tengah hari tadi, dia asyik bertanya khabar tentang Aurdyah saja. Tapi tidak pula dia mengaku yang dia rindu dengan Jerrynya itu. Haha!

"Ala, tak best la kalau kau tak ada. Kau tak boleh minta cuti ke?" soal aku tidak berpuas hati.

"Ala, apa boleh buat? Aku memang tak boleh minta cuti. Aku ni kerja di restoran, wahai NurSafa Malaiqa. Bukannya kerja kat pejabat sampai boleh apply cuti bagai," kata Aurdyah mengingatkan aku yang hampir amnesia itu.

"Hehe. Lupa la pula," kata aku sambil menggarukkan kening aku.

"Kau kirim salam aje la dengan Ainul untuk aku. Lama dah tak dengar cerita dia tu," kata Aurdyah. Aku mengangguk seeprti Aurdyah berada di depan aku.

Sedang aku berbual dengan Aurdyah, mama menguatkan suara televisyen dan mengganggu tumpuan aku yang sedang berbual itu. Aku melihat ke kaca televisyen. Mama sedang memasang berita. Oh, rupanya jam menginjak ke pukul 8.30. Patut sangatlah mama pasang berita.

Sebentar kemudian, aku tertumpuh pada satu susuk tubuh yang berada di televisyen itu. Macam pernah kenal. Tapi dimana, ya?

Ingatan aku teralih pada pertemuan aku dengan Ros dan Aurelia tadi. Mereka sedang bercakap pasal Tengku Pahang.

Zapp!

Patutlah macam kenal selain nampak di skrin telefon tadi. Itu adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Isyraq Aminuddin Syah. Baginda pernah datang melawat ke Kolej Komuniti Temerloh, kolej aku dulu. Macam manalah aku boleh lupa?

Aku melihat baginda sedang menganjurkan kemenangan pertandingan di Istana di Pahang. Banyak betul kerja baginda harus buat pada usia muda itu.

Aku lekah memandangnya sehingga aku tidak dengar apa yang dicakap oleh Aurdyah di corong telefon. Tiba-tiba fikiran aku melayang terbang.

Apa kenalah dengan aku ini???

🖤🖤🖤

Assalamualaikum, hi guys!!! Semangat ni buat chapter baru hehe🙈 jangan la baca aje.. cuba laa sedekahkan vote korang ni kat story sis🤭 korang juga yang dapat pahala. Bukan slalu sis nak buat cerita pasal kerabat diraja ni. Tu pun banyak perah otak juga sampai skodeng instagram dorang🙈 hehe

Apa² pun hope korang enjoy la dengan cerita sis.. kalau x enjoy pun kena vote la banyak².. bukan senang sis nak tulis cerita macam ni😂.

Bh iya laa assalamualaikum guys! Muah!

Xoxo, Schneeengel__

🌼🌼🌼

Daripada Abu Amru - dan ada yang mengatakan Abu Amrah - Sufyan bin Abdullah R.A., dia berkata:

Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam yang aku tidak perlu menanyakannya kepada sesiapa yang lain. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun bersabda: "Katakan bahawa aku beriman kepada Allah, setelah itu hendaklah engkau beristiqamah."

Hadis sahih. Riwayat Muslim.

Behind The Love Story [COMPLETE]Where stories live. Discover now