BAB 4

1K 65 0
                                    


"kau?!!"

"Macam tu ke cara bercakap dengan bos sendiri?!" Qafeel meninggikan suaranya.
Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggung ke atasnya. Mata helangnya menikam tajam retina mata milik gadis itu.

Melihatkan gadis itu terkulat-kulat ingin berkata, terbit senyuman sinis di bibir. Tahulah bahawa gadis itu sudah gugup.

Mujur juga sebelum ini dia terasa ingin melihat senarai nama kemasukan pekerja baru.

FLASHBACK

"Kak Su, tolong hantar fail senarai nama kemasukan pekerja baru. Saya nak periksa" arah Qafeel melalui interkom.

Tiga minit kemudian, pembantunya muncul bersama fail yang diminta. Qafeel menyambut huluran fail itu.

Tangan ligat membelek setiap helaian kertas fail tersebut manakala mata tekun meneliti setiap profil pekerja baru. Namun, tangannya berhenti membelek apabila terpandangkan satu profil. Lantas dia menanyakan soalan kepada pembantu yang dipanggil kak Su itu.

"Yang ni start kerja bila?" soalnya sambil menunjukkan profil itu kepada pembantunya.

"Lusa dia akan mula bekerja, tuan" balas kak Su.

Terbit senyuman sinis apabila mendengarkan hal itu.

END FLASHBACK

Sengaja meminta gadis itu memperkenalkan diri walhal dia sendiri sudah mengetahuinya. Tangan disilangkan ke dada sementara menunggu gadis di hadapannya itu membuka mulut.

"Saー saya minta maaf, tuan" Inara segera meminta maaf di atas keterlanjurannya. Kepalanya ditundukkan sedikit. Lupa pula bahawa di hadapannya sekarang ini ialah seorang bos.

Aduhai, hari pertama kau dah buat hal...

"Nah nevermind, letak fail tu atas meja. Awak dah tahu kan apa yang perlu awak buat. So, awak boleh keluar sekarang" arah Qafeel seraya mencapai dokumen lain untuk disemak.

"Baik, tuan" Inara segera bangun dari duduknya dan lekas menuju keluar dari bilik itu.

Sampai sahaja di tempatnya, Inara melabuhkan diri di kerusi. Dirinya mulai tidak keruan sedari tadi. Nafas ditarik dan dihembuskan bagi melegakan diri. Fikirannya mula memikirkan bermacam-macam kemungkinan yang bakal terjadi di lain hari.

"Hish, jangan fikir bukan-bukanlah" Inara menepis pemikiran buruknya itu. Lebih baik dia segera mengemas meja kerjanya daripada buang masa memikirkan perkara yang tidak sepatutnya.






【✿】






"Inara, you nak join  kitaorang tak? Dah boleh lunch  dah ni" staff  yang bernama Umairah bertanya kepadanya.

"It's okay  Umai, saya dah bawa bekal. Maybe next time, okay? " Inara menolak pelawaan itu dengan lembut. Awal pagi lagi dia sudah menyiapkan bekalan makanan untuk dibawa ke tempat kerja.

Kehidupan di KL memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jadi, eloklah dia membawa bekal bagi mengurangkan perbelanjaan hariannya.

Mendengarkan itu, Umairah menganggukkan kepala dan berlalu pergi.

Inara mengeluarkan bekal makanan daripada beg plastik. Hari ini, dia memasak nasi goreng kampung kesukaannya. Bauan yang menusuk ke hidungnya menambahkan lagi rasa berkeroncong di perut. Setelah doa dibaca, nasi goreng itu terus disuapkan ke dalam mulut.

Selesai sahaja makan, Inara menuju ke tandas. Setelah itu, dia terus bergegas ke ruangan solat yang disediakan untuk menunaikan solat zuhur. Solat tetap perlu diutamakan dalam apa jua keadaan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now