BAB 3

1.1K 66 0
                                    

"Harini saya perlu attend apa-apa meeting tak?"

"Tak ada tuan, tapi esok tuan ada meeting dengan Dato' Faizal untuk bincangkan projek pembangunan resort"

Qafeel mengangguk faham. Fail yang disemak sebentar tadi diberikan semula kepada PA nya.

"Kalau dah tak ada apa-apa, kak Su keluar dulu ya" kaki segera melangkah keluar dari bilik itu.

Qafeel menyandarkan badan ke kerusi. Fikirannya direhatkan sebentar. Banyak perkara yang perlu dia uruskan setelah empat hari mengambil cuti. Fail yang berada di atas meja dipandang sepi.

Banyak betul kerja aku kena buat!

Jam yang dipakai dikerling sekilas. Dah pukul 12 tengah hari. Waktu untuk lunch. Tangan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor seseorang.

"Jom lunch, tempat biasa. Aku tunggu kau kat sana"

Talian dimatikan.

Setelah memastikan meja kerjanya kemas, langkah terus dituju keluar dari pejabatnya.







【✿】







Setelah setengah jam tersidai di restoran itu, akhirnya bayang sahabatnya muncul jua.

Qafeel memandang dengan pandangan yang tajam. Marahlah oi kena sidai!

"Asal kau lambat?"

Ayden yang baru sahaja mengambil tempat di meja makan itu membuat isyarat menunjukkan dirinya ingin bertenang terlebih dahulu.

Setelah menarik nafas lega, Ayden memanggil waiter  untuk memesan hidangannya. Order  dulu la, perut perlu diutamakan. Selesai membuat pesanan, barulah soalan tadi dijawabnya.

"Jalan jammed lah. Kau tu tak apa lah, office dekat dengan restoran ni. Aku ni, dari hujung sana nak ke hujung sini" Ayden berkata sambil tangannya bergerak menunjuk arah.

"So, seronok tak balik kampung? Ada usha mana-mana awek tak?"

Qafeel memandang sahabatnya. Karut. Dalam banyak-banyak soalan, kenapa yang tu jugak nak ditanya?

"Kau ni kenapa tanya pasal awek kampung? Ingat sikit yang kau tu dah nak jadi suami orang. Ke kau nak berbini dua?" sindir Qafeel. Dalam mengingatkan sempat pula menyindir.

"Alah aku bergurau jela. Takkanlah aku nak duakan bakal isteri aku pula? Mati aku nantikan" balas Ayden.

"Nanti kau jadi pengapit aku ya. Kau antara orang terpenting tau"

Hmmm...








【✿】







Akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. Hari di mana Siti Aisara dan Syed Ayden Zarfan telah diijabkabulkan. Majlis akad nikah telah diadakan secara sederhana di rumah pengantin kelmarin. Hanya saudara mara terdekat sahaja yang dijemput.

Kini, majlis kesyukuran dan menyambut pengantin diadakan bagi mengwar-warkan majlis perkahwinan mereka. Bimbang sekiranya timbul fitnah. Biasalah makcik bawang sentiasa ada job untuk itu.

"Cantiknya kawan aku ni, dah jadi isteri orang dah. Lepas ni perangai kena behave lah, dah tak boleh nak hoha hoha macam dulu" seloroh Inara.

Mereka berdua tertawa mengingati kenangan-kenangan dahulu.

Gaun pengantin yang dipakai oleh Siti tersangatlah cantik dan anggun. Kena dengan si pemakai. Look simple but elegant. Makeup yang tercalit di muka pula menaikkan lagi seri wajah si pengantin.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now