BAB 24

973 50 0
                                    


"Wake up, honey. Kita dah sampai ni" Qafeel mengusap lembut pipi Inara bagi menyedarkan isterinya dari alam lena.

Isterinya memang jenis kaki tidur, sekejap saja dah boleh terlelap. Sepanjang perjalanan boleh dikatakan isteri hanya tidur membabi buta. Tadi pun bangun hanya untuk mengalas perut saja, sesudah itu isterinya menyambung kembali tidurnya.

Sebelum flight berlepas tadi bukan main lagi cakap nak tengok pemandangan luar lah, nak ambil video awan aesthetic lah.

"Ermー" merengek kecil Inara apabila tidurnya terganggu. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan seraya tangan dilekapkan berhampiran dengan mata bagi menghalang cahaya yang menyilaukan pandangannya.

Inara bangun dalam keadaan yang masih mamai. Dirinya masih lagi dalam keadaan terpisat-pisat, separuh diri sudah sedar selebihnya pula masih terawang-awangan. Dia termenung buat seketika.

"Hei, bangun-bangun. Orang lain dah turun dah tu" Qafeel menggoncang badan isterinya. Ini kalau dibiarkan, esok pun tak boleh turun lagi dari kapal terbang ni. Tahu sangatlah perangai isterinya yang suka termenung berjam-jam itu.

Qafeel menolong Inara membuka tali pinggang keledar keselamatan. Sempat lagi Inara merenggangkan segala urat-urat badannya. Terasa sengal seluruh badan akibat terlalu lama berada di dalam pesawat. Entah berapa jam dia berada di dalam itu, dia sendiri pun tidak tahu.

Mereka berdua melangkah keluar dari pesawat sambil Qafeel menggenggam erat tangan Inara. Setelah memastikan bagasi-bagasi itu adalah kepunyaan mereka, mereka berjalan menyusul keluar dari balai ketibaan.

Ketibaan mereka disambut oleh pemandu kereta yang sudah ditempah khas itu. Lelaki yang dikenali sebagai Aaslan itulah yang akan menjadi pemandu arah sepanjang keberadaan mereka di Turki.

Qafeel dan Inara hanya membontoti langkah Aaslan menuju ke kereta. Setelah bagasi mereka dimasukkan ke dalam bonet kereta, Aaslan terus menghidupkan enjin kereta dan memecut keluar dari kawasan lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel penginapan mereka, Aaslan tidak henti-henti bertanyakan soalan kepada mereka berdua. Mujurlah Qafeel boleh berbahasa Turki, jadi mudahlah untuk Aaslan berkomunikasi.

"Siz ikiniz nerelisin?" (kamu berdua dari mana?) soal Aaslan dalam loghatnya.

"İkimiz de Malezyalıyız" (kami berdua dari Malaysia) balas Qafeel pula.

"Siz ikiniz yeni mi evlendiniz?" (adakah kamu berdua baru sahaja berkahwin?)

"Evet, daha yeni evlendik ve bir haftalığına burada balayına gidiyoruz." (Ya, kami baru sahaja berkahwin dan kami akan berbulan madu di sini selama seminggu)

"Ah, Türkiye'de balayına çıkmak ne harika bir fikir.  İkinizin ziyaret edebileceği birçok ilginç yer var." (Oh, idea yang bernas untuk berbulan madu di Turki. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kamu berdua kunjungi di sini) 

Inara hanya diam menyepi mendengar perbualan diantara Aaslan dan suaminya. Nak menyampuk pun tak boleh kerana dia tidak pandai berbahasa Turki.

Saya translate ikut Google  je tau! Jadi jangan pelik kenapa percakapan diorang terlampau bangku ⊙﹏⊙

Saya sendiri pun tak pandai bahasa Turki, huhu!

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now