BAB 23

1K 52 0
                                    


 "Are you okay, honey? " soal Qafeel apabila menyedari isterinya hanya termenung di hadapan cermin itu. Sejak tadi lagi isterinya asyik mendiamkan diri saja, fikiran pun entah terbang ke mana.

Kaki melangkah ke tempat isterinya berada. Badan si isteri dipalingkan menghadapnya sambil tangannya memegang erat bahu itu. Qafeel mencengkam lembut dagu runcing itu dan didongakkan ke atas supaya mata mereka bertentangan antara satu sama lain. Wajah itu kelihatan seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Tell me, honey. What's on your mind right now? You looked messy "

Inara memandang ke segenap wajah suaminya. Entah kenapa dia masih berasa agak sedikit gementar walhal hari ini adalah hari istimewa nya dengan Qafeel. Semua orang dijemput hadir termasuk hampir keseluruhan pekerja syarikat milik suaminya ke majlis resepsi mereka.

"Don't worry, honey. No one will hurt you as long as i'm with you " Qafeel menarik badan Inara ke dalam pelukannya. Diusap lembut belakang isterinya bagi menghilangkan gugup yang masih ada.

Inara meleraikan pelukan setelah dirinya sudah berasa sedikit lega.

"Macam mana kalau ada yang cakap bukan-bukan nanti? Konon-konon saya bekerja hanya semata-mata untuk dekat dan goda hubby semata-mata" keluh Inara. Sememangnya itulah perkara yang berlegar-legar di fikirannya saat ini. Manalah tahu mungkin ada yang tidak merestui hubungan mereka berdua, tak semua orang yang akan senang melihat kita hidup bahagia.

"Diorang berani ke nak cari pasal dengan isteri hubby ni? Kalau berani cubalah. Diorang belum kenal lagi siapa Qafeel Iswadi sebenarnya" ujar Qafeel dengan nada suara yang tegas. Tiada siapa yang boleh timbulkan masalah apatahlagi berniat buruk terhadap isterinya, silap oranglah kalau ada yang masih ingin mencuba juga.

Air liur ditelan kesat. Agak gerun Inara apabila melihat wajah suaminya tiba-tiba bertukar serius. Hai suaminya, dia hanya sekadar bercakap kosong saja bukannya memaksudkan nya pun.

"Nah forget about it. Now look at you, you looks so beautiful today such as an angel. I'm so lucky to have you in my life!"  pujian diberikan kepada isterinya. Segera dia mengalih topik perbualan mereka. Perkara itu segera dibuang jauh, tidak sepatutnya perkara itu dibahaskan oleh mereka berdua.

Matanya nakal menilik setiap lengkuk badan isterinya. Gaun yang tersarung elok di badan isterinya tersangatlah padan sempurna, langsung tidak menunjukkan bentuk badan yang ketara. Patutlah mamanya terlebih beria ingin memilih gaun untuk isterinya, rupanya mamanya arif dalam hal ini.

Aura kecantikan isterinya pula amat berlainan dengan hari-hari yang lain. Tidak lepas matanya daripada memandang susuk tubuh itu, terasa tidak mahu dilepaskan pula. Biar dirinya sahaja yang menikmati kecantikan isterinya, tidak sanggup ingin berkongsi kecantikan itu dengan mana-mana pandangan mata lelaki. Tidak jemu dirinya menatap wajah jelita isterinya itu.

Inara tersimpul malu apabila mendengar sebaris pujian daripada suaminya. Suaminya ini memang arif dalam mengungkapkan kata-kata manis, jadi tidak hairanlah jika dia yang dulunya membenci tapi sekarang tiba-tiba tersalah mencintai pula.

"Ada-ada saja dia ni. Hubby pun apa kurangnya, handsome juga " balas Inara sambil tangannya lincah membetulkan tali leher suaminya. Dibetulkan juga tuksedo hitam yang tersarung di tubuh tegak suaminya itu agar kelihatan lebih kemas.

Qafeel hanya membiarkan saja isterinya membetulkan apa-apa yang patut memandangkan mereka berdua perlu kelihatan cantik dan segak hari ini. Tangannya elok terletak di sisi pinggang isterinya bagi merapatkan lagi jarak di antara mereka.

Selesai saja memastikan si suami sudah kelihatan kemas, Inara mengalihkan tangan kekar itu daripada melilit pinggangnya.

Baru sahaja Inara ingin merenggangkan jarak mereka, Qafeel terlebih dahulu menariknya semula ke dalam pelukan. Mujurlah wajahnya tersembam di dada bidang itu, kalau tidak mungkin pucuk hidungnya sudah kemek kerana bertembung bahu keras itu.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now