BAB 6

1K 57 0
                                    


Inara memandang sepi dokumen yang berada di atas meja itu. Pen yang dipegangnya diketuk-ketuk di dagu runcing miliknya. Dokumen itu hanya dibiarkan terbuka tanpa sedikit pun terusik. Tangannya naik memicit-micit kepala bagi menyegarkan semula fikiran.

Entah mengapa pagi ini matanya terasa amat kuyu sekali. Fokusnya pada kerja terganggu dek kerana rasa mengantuk yang menjengah diri walhal semalam dia sudah masuk tidur awal. Tidur awal pun mengantuk, tidur lewat pun mengantuk.

"Haih tak boleh jadi ni, baik aku pergi bancuh nescafe" Inara bangun dari duduknya. Badannya menggeliat kecil sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Sebuah mug dan satu stick nescafe latte caramel yang disediakan di dapur kecil itu dicapainya. Aroma nescafe yang terhasil apabila dibancuh dengan air panas menusuk masuk ke rongga hidungnya. Hilang segala rasa yang membelenggu diri.

Inara membawa mug berisi nescafe panas itu dengan berhati-hati agar tidak tertumpah ke lantai. Dihirup sedikit demi sedikit air itu. Hilang rasa mengantuk hilang rasa dahaga. 2 in 1 bak kata mat salleh. Kerjanya yang tertangguh disambung kembali.

Apabila badan dah terasa segar, nak buat kerja pun rasa bersemangat. Jarinya laju sahaja menekan keyboard komputer manakala pandangannya langsung tidak beralih daripada skrin monitor itu. Ralit sungguh dia menyiapkan tugasannya.

"Yang ni macam mana pula?" Inara menyandarkan badan di kerusi. Dia cuba memerah otaknya untuk menghasilkan beberapa idea. Manalah tahu keluar satu dua idea daripada otak kecil itu.

Kalau tak cuba, macam mana lah kita nak tahu kan!

Lima minit berlalu, namun tiada satu pun idea yang timbul di benak fikirannya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada kak Su sahaja.

Kaki melangkah menuju ke meja yang diduduki Suraya. Tangan mengetuk meja bagi menyedarkan kak Su akan kehadirannya.

Suraya yang sibuk mencatit sesuatu di sticky note mendongakkan kepala melihatnya.

"Eh Inara, you rupanya. You ada apa-apa masalah ke? Ambil kerusi tu duduk sebelah akak" Suraya mula mengalihkan perhatiannya ke Inara.

"Saya nak tanya pasal ni" dokumen yang dibawanya dihulurkan kepada Suraya.

Suraya meneliti dahulu butiran dokumen tersebut. Tanpa banyak soal, Suraya menerangkan segala perkara yang perlu dilakukan dan memberikan beberapa idea kepada Inara.

Inara mengangguk faham apabila Suraya selesai menerangkannya. Mujur ada kak Su, tak ada lah terkontang-kanting sangat dia nak siapkan kerja kalau ada apa-apa masalah.

Matanya beralih pada laci meja itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Kak Su, kenapa ada hanger dalam laci ni?" Inara mencapai hanger tersebut.

"Nak buat apa dengan hanger ni? Nak jemur kain dekat pejabat ke? Ada ampaian ke kat sini?"

Banyak betul soalan yang bermain difikirannya.

"Hanger ni akak sengaja standby, senang sikit nak lempar kalau-kalau ada perempuan miang datang nak ganggu tuan. Sekali lempar headshot terus. Buat selamba badak dia datang sini konon-konon mengaku yang dia tu girlfriend tuan huh" Suraya membuat gaya ala-ala ingin melempar hanger. Nampak gaya macam dah ada pengalaman ni.

Inara tertawa mendengar omongan Suraya. Macam-macamlah Suraya ni. Banyak betul idea luar biasa di kotak fikiran wanita itu. Sikap ini lah yang baru sesuai untuk memegang jawatan sebagai personal assistant, tak ada lah lembik sangat nak melawan kalau ada orang datang buat hal kat sini.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now