BAB 33

645 45 3
                                    

Kain langsir diselak luas, membiarkan cahaya matahari yang sudah memuncak naik memasuki ruangan bilik. Sudah terang benderang pagi itu, langit biru pula terbentang luas.

Sliding door  dibuka.

Qafeel menikmati udara segar yang menyapa wajahnya. Kakinya menapak ke luar balkoni sambil menatang sebuah dulang di tangan. Dulang yang berisi dua biji mug berserta satu pinggan kecil pancake diletakkan di atas meja kopi. Kerusi ditarik lalu didudukinya.

Qafeel menghirup perlahan kopi panas buatannya. Bebola matanya ralit melihat pemandangan luar. Tenang saja. Jarang sekali bunyi enjin kenderaan menyapa halwa telinganya. Mungkin disebabkan kawasan perumahan yang didudukinya dihuni oleh orang-orang yang sibuk bekerja, jadi jiran-jirannya sudah keluar di awal pagi lagi.

Seketika, dia mengintai semula ke dalam bilik. Mahu memastikan sama ada cinta hatinya sudah mencelikkan mata ataupun masih lena dibuai mimpi.

Bibirnya tersenyum nipis. Ternyata isterinya masih lagi berselubung liku. Lama betul wanita itu melelapkan mata.

Qafeel kembali memasuki bilik. Kakinya laju menapak ke arah katil, mahu mengejutkan isterinya. Birai katil itu didudukinya. Bebola matanya hanya memerhati wajah mulus itu yang masih ketiduran.

Perlahan-lahan bibirnya didekatkan ke telinga wanita itu.

"Honey..." Panggilnya perlahan. Tidak mahu wanita itu tersentak dari tidurnya.

"Honey..." Panggilnya sekali lagi. Namun masih juga tiada tanda-tanda tidur isterinya terganggu.

Qafeel tersenyum halus. Sepertinya wanita itu betul-betul keletihan kerana melayaninya malam tadi. Mengingatkan kembali kejadian itu, hatinya bersorak puas. Akhirnya, dia dapat memiliki isterinya luar dan dalam. Sepenuhnya.

Memandangkan kelopak mata wanita itu masih tertutup rapat, jadi dia mengambil keputusan untuk menyusuk masuk kembali ke dalam comforter  itu. Badan genit itu mula ditindihnya dari atas.

Dengkuran halus masih lagi terhasil dari celah bibir itu. Irama turun naik dada itu juga turut jelas terasa. Qafeel mengusap lembut rambut ikal mayang milik isterinya sebelum dia melabuhkan ciuman di bibir wanita itu. Geram, tidak tahan melihat bibir merah merekah itu.

"Honey... taknak bangun tidur lagi ke, hm?" Soalnya sambil tangannya meramas perlahan pinggang isterinya. Cara lembut tak jalan, jadi terpaksalah dia menggunakan cara yang agak kasar sedikit. Tidaklah kasar, namun lebih kepada gatal.

Badan genit itu mula menunjukkan reaksi setelah dia menguatkan sedikit ramasan di pinggang itu. Perlahan-lahan kelopak mata itu mula terbuka.

"Hu— hubby?!" Inara sedikit terkejut apabila badannya ditindih oleh suaminya. Patutlah badannya terasa berat sahaja apabila dia tersedar dari tidur. Rupanya ada bapak singa di atasnya. Badannya cuba digerakkan walaupun agak sedikit sukar.

Tangannya menolak lembut badan tegap itu daripada terus menindihnya. Namun sia-sia saja kerana tubuh itu langsung tidak berganjak dari tempatnya.

"Hubby... bangunlah, sakit tubuh honey ni" Ujarnya lemah. Dia tidak berapa selesa apabila badan mereka bersentuhan seperti itu. Malulah!

Qafeel ketawa halus. Dia mula mengalihkan badannya bersebelahan dengan Inara.

"Kenapa lama sangat tidur, hm?" Soalnya sambil tangannya mengelus lembut pipi gebu itu. Tadi, wanita itu memberitahunya hanya mahu melelapkan mata sekejap saja selepas solat subuh. Eh, alih-alih sampai kesudahnya tak terbangun!

"Urmm... sorry lah" Inara menundukkan wajahnya, jarinya menguis-nguis dada suaminya. Manalah dia tahu dia boleh terbabas tidur.

"Dah, bangun basuh muka. Lepastu kita sarapan kat balkoni" Ujar Qafeel seraya bangun dari baring. Tangannya menarik tangan Inara supaya badan itu turut turun dari katil.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now