BAB 41

538 17 0
                                    

Briefcase yang dibawa diletakkan di atas meja kerja. Kemudian, kerusi ditarik lalu dia melabuhkan duduk di situ. Badannya disandarkan elok di belakang kerusi.

Buat seketika, fikirannya menerawang jauh memikirkan semula kejadian yang dilihatnya kelmarin. Kejadian di mana dia melihat sendiri isterinya bertemu dengan bekas kekasih lama. Mengingatkan tentang itu, rasa geram dan marah semuanya bercampur dalam dirinya. Sudahlah Inara langsung tidak memberitahunya untuk keluar, apatahlagi untuk meminta izin daripadanya.

Kalau diikutkan rasa hati, mahu saja dia terus menapak ke arah mereka berdua kelmarin. Namun apabila melihat tindakan Inara yang memukul Faris dengan beg tangan, niatnya terus terbatal. Sepertinya pertemuan itu sememangnya tidak dirancang dan hanya sekadar pertemuan yang tidak disengajakan. Tapi, wanita itu tiada pula mengatakan apa-apa kepadanya.

"Kalau tak jumpa dengan Faris, habis tu dengan siapa pulak?" Qafeel tertanya-tanya. Naik hairan juga mengapa isterinya boleh berada di tempat yang sama di mana dia turut berada di situ untuk perjumpaan dengan kliennya.

Malam semalam pun sikap Inara juga berbeza daripada sebelum ini. Kenapa tiba-tiba saja?

Qafeel meraup kasar rambutnya ke belakang. Fikirkan perkara ini saja boleh mengusutkan kepalanya. Haih!

Dia menoleh ke bingkai gambar yang berada di atas meja kerja itu lalu dicapainya. Gambar perkahwinannya dengan Inara ditenungnya lama.

"Ada apa-apa yang honey sembunyikan daripada hubby ke?"

TOK! TOK! TOK!

Pintu biliknya diketuk lalu dibuka oleh seseorang.

"Tuan, kita dah boleh bergerak sekarang untuk perjumpaan yang seterusnya." Ujar Suraya yang berada di muka pintu. Dia sedia menunggu jawapan daripada majikannya.

Melihatkan Qafeel hanya menganggukkan kepala dan memberi isyarat supaya berlalu pergi, dia segera faham dan menutup semula pintu bilik itu.

Bingkai gambar tadi diletakkan semula di atas meja. Beberapa dokumen yang perlu dibawanya terus dimasukkan ke dalam briefcase sebelum dia menapak keluar. Perkara yang difikirkannya tadi terus hilang begitu saja.








【✿】








"Eh eh minah ni! Nak apa lagi lah agaknya?!" Inara terus bercekak pinggang selepas melihat nama yang terpapar di skrin telefon pintarnya. Bukan main dia berlari naik ke tingkat atas semata-mata untuk menjawab panggilan itu. Alih-alih ini pula panggilan yang diterimanya.

Bulu ayam yang berada di tangan terus diselitkan ke celak ketiak. Panggilan itu dibiarkan tidak terjawab. Malas nak dilayankan. Entah apalah yang dimahukan oleh Camelia. Siap telefonnya bagai. Dia tahu itu Camelia pun kerana nombor telefon perempuan itu disimpan dalam senarai kenalannya. Jangan tanya kenapa dia boleh simpan nombor Camelia kerana dia sendiri tiada alasan untuk itu. Tiba-tiba saja hatinya terdetik begitu.

Baru sahaja dia mahu menapak turun ke bawah, tiba-tiba telefon pintarnya kembali berdering meminta diangkat. Butang merah di skrin telefon terus ditekan nya bagi mematikan panggilan.

"Huh, padan muka!" Inara tersenyum puas. Pasti Camelia sedang bengang dengannya sekarang ini.

Senang betul hatinya dapat membuat perempuan itu marah. Kadang seronok juga dapat mempermainkan perempuan seperti Camelia. Pasti Camelia memikirkan dirinya seorang yang lemah dan mudah untuk diperbodohkan.

But, nope! She's totally wrong!

Satu peristiwa saja sudah berjaya mematangkan dirinya. Dia tidak akan kalah lagi. Dia akan pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali. Yakin betul Inara ni!

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now