BAB 42

566 25 2
                                    

Bunyi derapan tapak kaki melangkah bergema di lorong kecil itu.  Setiap kali kakinya memijak tompokan air, pasti bunyi air yang berdecak dapat didengar jelas. Tiada sesiapa di lorong gelap itu kecuali dirinya saja.

Faris bersiul nakal bagi menghilangkan rasa bosannya. Anak batu yang berada di atas jalan disepak-sepaknya. Malam yang dingin menyebabkan tubuhnya cepat saja terasa sejuknya. Tangannya disilangkan lalu kedua lengannya digosok bagi mengurangkan rasa dingin.

PRAP!

Bunyi sesuatu dipijak menyentakkan nya yang sedang berjalan menuju ke kereta. Langkahnya terus terhenti. Faris berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang berani melalui lorong itu selain dirinya.

Melihatkan tiada sesiapa di situ, topi hoodie segera disangkut ke kepalanya. Dia tahu ada seseorang di situ walaupun dia tidak melihatnya. Seolah tahu siapa gerangannya, dia segera menapak laju menuju ke kereta yang berada beberapa meter di depan. Semakin langkahnya dipercepatkan, semakin kuat derapan kaki berada di belakangnya. Yang pasti, bukan seorang tetapi ramai.

Kunci kereta dikeluarkan dari kocek hoodie lalu dihalakan ke keretanya. Baru separuh badan berjaya menerobos masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada tangan yang menarik kasar baju hoodie nya dari arah belakang. Badannya terus jatuh terjelepuk di atas jalan.

"Aduh!" Faris memegang kepalanya yang terhantuk di jalan tar. Matanya dipejam rapat kerana merasakan sakit di kepala.

BUM!

Bunyi pintu keretanya dihempas kuat membuatkannya semakin takut.

"Bos, dia cuba nak lari!" Tempik salah seorang yang berada di situ.

Faris diam tidak berkutik. Dia tahu ramai yang sedang mengelilinginya sekarang ini, sebab itulah matanya tidak dibuka dan kekal tertutup.

"Oii, bangunlah." Terasa badannya disepak-sepak oleh seseorang. Nada suara yang garau itu menyuruhnya supaya bangun.

Faris membuka matanya lalu memandang ke arah empunya suara. Senyuman menyeringai yang dipamerkan kepadanya betul-betul menghapuskan keberaniannya. 

Lelaki itu sedang berdiri beberapa tapak dari tempatnya sambil memegang sebotol minuman keras. Di tepinya pula, ada lebih kurang empat orang lelaki bertubuh tegap yang merupakan anak buah kepada lelaki itu.

Tangan ditongkat ke jalan tar bagi memudahkan tubuhnya untuk bangun. Namun belum sempat untuknya berdiri tegak, batang tubuhnya terlebih dahulu telah disepak dari belakang.

BUK!

Faris jatuh semula di atas jalan tar. Namun kali ini, dia tidak dibiarkan begitu saja. Seorang lelaki bertubuh gempal mara ke arahnya lalu dilayangkan satu penumbuk ke mukanya. Akibatnya, kepalanya terteleng kiri. Malah, makin ramai anak buah lelaki itu yang ikut seronok memukul dan menendangnya.

BUK! BUK! BUK!

Faris hanya mampu melindungi wajahnya dengan lengan daripada terus menjadi sasaran pukulan. Dia tidak mampu melawan. Mereka terlalu ramai berbanding dengan dirinya seorang. Batang tubuhnya sudah terkulai lemah. Lebam-lebam di muka sudah kelihatan.

Lelaki itu hanya menyaksikan Faris yang dipukul teruk oleh anak buahnya dengan penuh kepuasan. Air minuman keras yang masih berbaki separuh diteguknya hingga ke pangkal botol.

"Dah, berhenti!" Suara itu memberikan arahan supaya semua orang berhenti.

Semua yang berada di situ termasuk dirinya diam dan tidak membunyikan suara. Masing-masing takut apabila lelaki itu membuka mulut. Salah caturan, kepala boleh hilang dari badan. Namun, syukurlah tubuhnya sudah tidak disakiti lagi.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now