BAB 32

635 41 7
                                    

Inara hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang. Perhatiannya lebih tertumpu ke suasana luar, menikmati pemandangan malam. Tenang saja. Langit hitam pekat yang dihiasi dengan kerlipan bintang-bintang dipandangnya.

Kadang-kadang dia terpaksa menghalang pandangannya dengan belakang tangan apabila silauan cahaya lampu kereta mula menyuluh wajahnya. Biarpun malam sudah larut, namun kenderaan lain masih lagi laju ke sana ke sini membelah jalan raya.

Inara memandang sekilas ke hadapan. Nafasnya dihela kasar seraya bibirnya dicebikkan. Dia bencikan situasi ini, situasi di mana dia merasakan bahawa dirinya berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Lelaki yang dipanggil abang grab itu betul-betul mencurigakan. Ditambah pula dengan kesunyian yang tercipta antara mereka, lagilah menambahkan kegusaran dalam hati. Hanya suara penyampai radio sahaja yang cuba memecahkan kesunyian itu.

"Nak tegur ke tak, erk?" Inara bermonolog dalam hati. Dia masih lagi berkira-kira sama ada dia patut ataupun tidak untuk menegur abang grab itu. Niatnya mahu menegur pun sekadar untuk menghilangkan canggung, bukannya mahu mengorat anak teruna orang. Eh, betul ke teruna ni?

Bibirnya diketap perlahan, nafasnya ditarik dan dihembus semula.

"Dah lama ke abang grab bekerja sebagai pemandu?" Soal Inara lembut. Dia cuba untuk bermanis mulut dengan lelaki itu. Memandangkan itu sahaja soalan yang terlintas di fikirannya, jadi dia tanyakan saja.

Senyap. Tiada balasan. Pertanyaan itu dibiarkan dibawa angin lalu.

Inara masih menunggu abang grab itu membuka mulut, menjawab pertanyaannya. Namun hampa, tiada tanda-tanda lelaki itu mahu membalas.

"Abang grab bisu ke?" Soal Inara lagi. Dia tahu, walaupun dia bertanya dengan nada lembut, namun tetap pertanyaannya itu agak kasar bunyinya.

Senyap. Masih tiada sebarang balasan.

Inara mengeluh berat. Agaknya memang betul lelaki itu bisu. Dari tadi lagi, asyik mulutnya saja yang berpopek-popek bertanyakan soalan. Sudahnya, satu habuk pun tak terjawab soalannya.

Terasa bahang wajahnya saat ini. Malu apabila dipulaukan oleh abang grab yang tidak mesra alam itu. Bebola matanya dihalakan semula ke luar tingkap. Lebih baik dia menikmati pemandangan luar, tak lah sakit hatinya.

"Turun"

"Hah?" Inara bingung. Tiba-tiba sahaja lelaki itu membuka mulutnya. Ingatkan dah betul-betul bisu dah tadi.

"Turun" Ulang suara itu lagi. Kali ini dengan nada suara yang lebih kasar.

Inara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Nak suruh aku turun ni dah kenapa? Takkanlah abang grab ini mahu meninggalkannya di tengah jalan? Malam-malam buta kot ni, agak-agaklah!

"Tapi kenapa?" Soal Inara tidak puas hati. Macam tiber je suruh orang turun!

"Dah sampai" Balas lelaki itu.

Inara memandang ke luar. Oh, betullah!

Dia sudah tiba di rumahnya.

Lantas Inara segera mencapai barang-barang miliknya sebelum melangkah keluar dari perut kereta itu. Pintu kereta itu kembali ditutup. Purse diambil dari dalam beg tangan. Belum sempat dia mengeluarkan duit untuk membayar tambang, kereta itu sudah terlebih dahulu meluncur laju ke hadapan.

"Aik, taknak duit ke?" Inara bertambah bingung. Dia masih lagi berdiri di tepi jalan, cuba untuk memproses situasi sekarang ini. Tanpa sebarang kata, lelaki itu terus pergi dari situ.

"Taknak duit sudah. Selamat duit aku!"

Inara melangkah ke pintu pagar rumah. Dengan berhati-hati dia melangkah, takut terpijak kain yang agak meleret itu. Terpaksalah dia melangkah perlahan-lahan.

PEREMPUAN YANG KUIDAMKAN [COMPLETE]Where stories live. Discover now